Kategori Buku (sila tekan)

mustread -

    • Gambar : KAKI MASJID
    • Nama : KAKI MASJID
    • Kod : MUSTREAD
    • Harga : MYR18.00
    • Berat : 143.00G
    • Penerangan :

      KAKI MASJID - Kaki Masjid Di Dunia, VIP Di Syurga

      Pernah lihat ikan dilepaskan ke dalam air? Gembira ikan itu tidak terkata. Begitulah perasaannya apabila orang yang kaki masjid itu dapat berkunjung ke masjid. 

      Ibarat rindu kepada kekasih. Ibarat benda yang kita suka. Makin lama makin cinta. Makin dekat makin sedap, makin seronok, makin berahi. Hati sentiasa ingat, sentiasa melekat.

      Jadilah kaki masjid, bukak kaki sembang atau kaki karaoke. Latih diri jadi kekasih Allah. Banyakkan pergi ke masjid daripada pergi ke supermarket. Banyakkan selawat, banyakkan sebut nama ya Allah, ya Allah, ya Allah. Bukan amal ya TV, ya TV, ya makan, ya makan, ya anak, ya bini.

      Jom kita jadi kaki masjid. Masjid tempat peberet kita, insya-Allah.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : TEMBOK ZULQARNAIN SUDAH BOLOS
    • Nama : TEMBOK ZULQARNAIN SUDAH BOLOS
    • Kod : MUSTREAD
    • Harga : MYR16.90
    • Berat : 196.00G
    • Penerangan :

      TEMBOK ZULQARNAIN SUDAH BOLOS

      " (Demikianlah keadaan mereka) hingga apanila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi."-Surah al-Anbiyaa',ayat:96)

      Sudah terjawabkah soalan bonus ini? Benarkah tembok Zulqarnain yang utuh itu sudah bolos ? Benarkah Yakjuj dan Makjuj masih dalam kepungan tembok Zulqarnain? Sekian lamanya kita disogok dengan pelbagai momokan dan mitos mengenai Yakjuj dan Makjuj. Seolah-olah kemunculan makhluk luar biasa ini nanti merupakan pengakhiran bagi manusia! Sejauh manakah benarnya kisah-kisah ini?

      Buku di tangan anda ini memberi kupasan baru perbincangan dalam kalangan ulama dan beberapa penyelidik mengenai Yakjuj dan Makjuj, siapa Zulqarnain dan beberapa tajuk yang berkaitan. Buku ini membongkar kesan pengaruh Israeliyat, lokasi tembok Zulqarnain dan bagaimanakah rupa makhluk yang bergelar Dabbatul Ard. Terbitnya buku ini dengan tujuan agar pembaca dapat menekuni seterusnya meninali kesahihan cerita yang dipaparkan sebelum ini.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : KIT IBADAT : ZAKAT
    • Nama : KIT IBADAT : ZAKAT
    • Kod : MUSTREAD
    • Harga : MYR16.00
    • Berat : 193.00G
    • Penerangan :

      KIT IBADAT ZAKAT : KONSEP, PRAKTIKAL & KAEDAH PENGIRAAN

      Senario pada zaman moden ini, zakat dilihat sinonim dengan bulan Ramadhan dan Syawal. Hal ini kerana bulan itu berkait rapat dengan pembayaran zakat fitrah. Namun realitinya, kita bukan sahaja wajib membayar zakat fitrah, malah lebih daripada itu.

      Kelebihan buku ini :

      • Mengandungi huraian tentang jenis zakat berserta kaedah pengiraannya yang ringkas, mudah danpraktik berdasarkan contoh situasi.
      • Turut memerihalkan hukum zakat semasa, golongan yang berhak menerima zakat dan isu-isu zakat di Malaysia.

      Antara isu menarik yang dibincangkan :

      • Emas yang dipakai melebihi kadar kebiasaan wajib dikenakan zakat.
      • Wang simpanan yang disimpan di dalam bank tidak terkecuali daripada zakat.
      • Orang yang memberi hutang wajib mengeluarkan zakat ke atas hutang
      • Hukum mengagihkan zakat sendiri tanpa dibayar kepada amil yang dilantik pemerintah.
    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : TRAGEDI UHUD
    • Nama : TRAGEDI UHUD
    • Kod : MUSTREAD
    • Harga : MYR15.00
    • Berat : 186.00G
    • Penerangan :

      TRAGEDI UHUD-MENGAPA ISLAM TEWAS

      Tragedi perang uhud mencatat sejarah hitam dalam sejarah peperangan Islam. Namun, di sebalik kisah duka itu, terkandung iktibar untuk umat Islam. Buku ini menganalisis peristiwa- Uhuhd daripada sumber yang paling sahih iaitu al-Quran, serta menghuraikan iktibar daripada peristiwa ini mengikut kronologi ayat-ayat daripada surah Ali-Imran. Antara persoalan menarik dalam buku ini ialah :

      • Mengapakah pada hari ini, banyak kisah sedih dan bencana yang mengisi ruang hidup kita, terutamanya di dada akhbar dan televisyen?
      • Terdapat dua golongan Mukmin yang terbentuk selepas peristiwa Uhud. Siapakah dua golongan itu?
      • Dalam perjuangan Islam pula, pasti wujud dua golongan. Siapakah dua golongan yang dimaksudkan ini?
      • Apakah punca utama orang bukan Islam menindas dan menzalimi orang Islam?
      • Mengapa Kristian kuat dan mengapa Islam lemah ?
    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : TIP KHUSYUK SOLAT
    • Nama : TIP KHUSYUK SOLAT
    • Kod : MUSTREAD
    • Harga : MYR16.00
    • Berat : 183.00G
    • Penerangan :

      TIP KHUSYUK SOLAT

      Apakah perbezaan khusyuk iman dan khusyuk munafik? Siapakah syaitan yang dipanggil khanzab dan apa kaitannya dengan khusyuk? Apakah perbuatan yang dikatakan khusyuk tetapi tercela?

      Jawapan ketiga-tiga persoalan di atas ada di dalam buku ini! Mari baca dan tambah ilmu pengetahuan agar kualiti solat yang kita dirikan lima kali sehari terpelihara, dan berubah kepada yang lebih baik dari hari ke hari walaupum sedikit.

      Buku ini memberi pencerahan tentang panduan yang memudahkan kita mencapai khusyuk dalam solat. Antara tip khusyuk solat yang dikongsikan ialah :

      • Memilih saf hadapan
      • Makan dahulu jika makanan sudah terhidang
      • Memahami makna bacaan
    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : KISAH MALAIKAT
    • Nama : KISAH MALAIKAT
    • Kod : MUSTREAD
    • Harga : MYR19.00
    • Berat : 288.00G
    • Penerangan :

      KISAH MALAIKAT - MENYINGKAP RAHSIA MAKHLUK BERSAYAP

      Ramai antara kita yang mengaku beriman kepada malaikat. Namun kebanyakan lafaz beriman itu hanya bermain di bibir sahaja, tanpa benar-benar diterapkan dalam hati.Adakah kita benar-benar mengenali susuk makhluk Allah yang bergelar malaikat ini? Sejauh mana kecintaan kita kepada golongan ini? Hakikatnya, malaikat sangat dekat dengan kehidupan kita sehari-hari., sehinggakan beriman kepada malaikat telah ditetapkan sebagai rukun kedua dalam jujukan senarai rukun iman.

      Alam malaikat penuh dengan rahsia tersendiri yang wajar kita ketahui. Oleh itu, mari kita teroka alam malaikat dengan mengenali hakikat kejadian malaikat, keperibadian malaikat serta tugas dan peranan malaikat berdasarkan apa yang telah diceritakan oleh al-Quran dan hadis.

      Tidak dinafikan, banyak persoalan tentang malaikat yang kita tidak tahu. Atas dasar itu, naskah ini menyediakan jawapannya. Antara persoalan yang dirungkai adalah :

      • Bagaimana cara malaikat mencabut nyawa orang ramai dalam satu masa?
      • Mengapa Allah SWT tidak menjadikan malaikat sebagai nabi?
      • Benarkah malaikat boleh menyamar sebagai manusia?
      • Adakah malaikat berkahwin?
    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : KIT IBADAT:PUASA-PUASA SUNAT
    • Nama : KIT IBADAT:PUASA-PUASA SUNAT
    • Kod : MUSTREAD
    • Harga : MYR15.00
    • Berat : 169.00G
    • Penerangan :

      KIT IBADAT : PUASA-PUASA SUNAT

      Rasulullah SAW amat menggalakkan umatnya untuk berpuasa sunat, sepertimana hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim :

      " Abu Hurairah RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah mewasiatkan kepadanya tiga perkara : perkara pertama adalah berpuasa tiga hari pada setiap bulan, yang kedua mengerjakan solat dhuha dua rakaat dan yang ketiga menunaikan solat witir sebelum tidur." - Riwayat oleh Imam Bukhari dan Muslim.

      Sejajar dengan dorongan daripada Rasulullah SAW yang menyarankan kita berpuasa sunat, buku KIT IBADAT: PUASA-PUASA SUNAT amat bersesuaian untuk dijadikan panduan kepada semua Muslimin dan Muslimat. Buku ini mengandungi hukum-hukum puasa, jenis-jenis puasa, waktu yang diharamkan puasa, hari yang disunatkan, cara perlaksanaan ibadat puasa, hikmah, matlamat dan tujuan berpuasa. Secara amnya, kita mengetahui hikmah berpuasa secara fizikal dapat menyihatkan tubuh badan manakala hikmah berpuasa secara batin adalah mendidik jiwa dengan sifat sabar.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : 7 SUNAH MEMBAWA SYAFAAT
    • Nama : 7 SUNAH MEMBAWA SYAFAAT
    • Kod : MUSTREAD
    • Harga : MYR17.00
    • Berat : 235.00G
    • Penerangan :

      7 SUNAH MEMBAWA SYAFAAT

      " Sesiapa yang menghidupakan satu sunah daripada sunah-sunahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapat pahala  seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun."- Riwayat Ibnu Majah

      Miliki ganjaran di atas dengan cara mengamalkan perkara berikut ;

      • Jika bangun pada malam hari, jangan lupa SOLAT TAHAJUD.
      • Jika diri sihat dan mampu, berusaha untuk BERPUASA SUNAT.
      • Jika berada pada waktu duha, ringankan diri untuk menunaikan SOLAT DUHA.
      • Jika memiliki harta, jangan kedekut untuk BERSEDEKAH.
      • Jika ada masa berselang, basahi lidah dengan BERSELAWAT.
      • Jika ada waktu terluang, isilah aktiviti dengan MEMBACA AL-QURAN.
      • Jika ada kesempatan dan tenaga, tujulah ke masjid untuk SOLAT BERJEMAAH.

      Buku ini membicarakan semua kelebihan yang diperolehi oleh setiap orang yang mengamalkan 7 sunah Rasulullah SAW.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : LOST? AL-QURAN KAN ADA
    • Nama : LOST? AL-QURAN KAN ADA
    • Kod : MUSTREAD
    • Harga : MYR17.00
    • Berat : 184.00G
    • Penerangan :

      LOST? AL-QURAN KAN ADA

      Kadangkala di saat hati sedih, buntu memikirkan masalah kehidupan yang tidak berkesudahan, kita lebih suka mencari keseronokan lain untuk melupakan masalah. Namun, Allah SWT telah menitipkan al-Quran kepada umat-Nya agar kehidupan manusia terpandu dengan baik. Jika terasa diri jauh daripada Tuhan, buka dan bacalah al-Quran. Sayangilah al-Quran melebihi apa yang ada di sekeliling anda, kerana ia kalam Allah.

      Pastikan Al-Quran sentiasa ada.

      Ikuti kisah pengalaman dakwah Ustaz Zamri dan bagaimana beliau mengaitkan setiap kisahnya dengan ayat-ayat al-Quran. Dalam setiap butir pesanannya, terselit mutiara hikmah untuk panduan semua.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : SIPUT YANG MENGUBAH SEJARAH
    • Nama : SIPUT YANG MENGUBAH SEJARAH
    • Kod : MUSTREAD
    • Harga : MYR22.00
    • Berat : 233.00G
    • Penerangan :

      SIPUT YANG MENGUBAH SEJARAH

      " Di sebalik helaian dan perenggan buku ini, saya dapat merasakan seolah-olah penyusunan semula ide-ide yang sering saya kongsikan bersama beliau lewat bicara santai kami di kafe Human Science dan juga siri ceramah saya di youtube. Istimewanya, Syed dapat mengolahkannya dalam bentuk yang lebih menarik dengan mengaitkannya dengan ilmu-ilmu yang beliau miliki.- Dr.Maszlee Malik, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

      "Penulis buku ini berjaya menjadikan sejarah sebagai subjek yang menarik perhatian hasil daripada penulisannya yang santai kritis."- Ustaz Abdullah Bukhari, Penulis buku Ceritera Haji Wartawan Al-Quran.

      "Membaca buku ini seperti membaca pemikiran-pemikiran yang mengubah umat manusia, termasuklah kita."- Saudara Hafizul Faiz, Penulis Novel Surat-Surat Dari Maninjau.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : KEMBALI BERTUHAN
    • Nama : KEMBALI BERTUHAN
    • Kod : MUSTREAD
    • Harga : MYR19.00
    • Berat : 267.00G
    • Penerangan :

      KEMBALI BERTUHAN - KERANA CINTA, AKU KEMBALI

      Bilakah kali terakhir kita menangis kerana Tuhan? 

      Buku ini merungkai satu per satu kasih sayang Tuhan supaya rasa cinta kepada-Nya itu hadir dan mekar. Mudah-mudahan pada akhirnya kita akan sedar dan insaf untuk kembali bertuhan, bukan sekadar agama.

      "Jika engkau datang kepadaku dengan membawa dosa-dosa yang hampir memenuhi bumi kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun, nescaya Aku datang kepadamu dengan memberikan ampunan sepenuh bumi".- Riwayat Tirmizi

      Sudahkah anda bersedia untuk kembali bertuhan?

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : MAT CLEANER UK
    • Nama : MAT CLEANER UK
    • Kod : MUSTREAD
    • Harga : MYR20.00
    • Berat : 158.00G
    • Penerangan :

      MAT CLEANER UK - AWAS! TUKANG CUCI SEDANG......

      Ada orang yang jadi tukang cuci sebab pilihan sendiri. Ada orang memang tak ada pilihan, sekadar itu saja kebolehan mereka. Bukan semua orang boleh cuci najis dan kotoran orang lain, tapi tukang cuci dah lalui itu semua. Mereka dah mudahkan kerja kita. Mereka kotorkan tangan supaya tangan kita sendiri tidak kotor.

      Ini semua kita perlu hargai.

      Kerja sebagai tukang cuci ini memang penat. Kotor. Busuk. Tapi apabila kami berjumpa dengan pelanggan dan tetamu yang melayan kita seperti manusia, penat lelah kami itu seolah-olah hilang ditiup angin.

      Ya, kami tukang cuci ini juga manusia. Ada hati dan perasaan. Ada masa kami tertekan, ada masa kami sedih, ada masa kami terluka.

      Sama seperti pekerja kolar putih, kami juga ada tugasan yang perlu disiapkan dalam masa tertentu. Jadi kalau ada pelanggan yang baik hati membantu memudahkan kerja kami, alangkah gembiranya kami.

      Terima kasih pelanggan yang baik hati.

      Terima kasih kerana melayan kami seperti manusia.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : APA JADINYA HIDUP TANPA ISLAM
    • Nama : APA JADINYA HIDUP TANPA ISLAM
    • Kod : MUSTREAD
    • Harga : MYR14.00
    • Berat : 172.00G
    • Penerangan :

      APA JADINYA HIDUP TANPA ISLAM

      Kita sedang hidup di dunia yang dicengkam kezaliman, dibelenggu penindasan, dicemari ketidakadilan, bahkan wang menjadi nadi dan raja dalam hati insan. Sedarkah kita, virus apa yang sedang melanda ini? Tahukah kita, dunia yang kita diami ini pernah sebegitu gah di bawah acuan Islam, namun kegemilangan Islam dijatuhkan oleh tangan-tangan kotot yang tidak suka melihat Islam bangkit. Mengapa ia berlaku? Mari kita lihat sendiri :

      • Mengapa Yahudi suka apabila agama Islam dipisahkan daripada pentadbiran?
      • Agama Kristian juga pernah disatukan dalam pentadbiran, namun akhirnya dipisahkan. Apa puncanya?
      • Mengapa syariat Islam dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW diperakui oleh pakar-pakar dari Barat? Apa istimewaannya Islam yang tiada pada agama lain?
      • Hanya kerana menentang kepimpinan yang zalim, lidah mereka dipotong dan mereka dibakar hidup-hidup. Siapa mereka ini ?
      • Seribu orang mati dibunuh dalam masa satu malam, dan 9 juta orang menderita terkorban dalam tempoh lima abad. Inikah natijahnya hidup tidak berlandaskan Islam?  
    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : REBEL DENGAN TUHAN
    • Nama : REBEL DENGAN TUHAN
    • Kod : MUSTREAD
    • Harga : MYR22.00
    • Berat : 194.00G
    • Penerangan :

      REBEL DENGAN TUHAN

      "Kau ingat Allah tu macam manusia? Bila kau rebel, akan dapat perhatian? Bila kau buat kecoh, akan dapat apa yang kau inginkan?"

      Apabila kita peroleh kejayaan, kita sangka kejayaan itu daripada hasil usaha kita. Kita begitu bangga atas kejayaan kita. Namun apabila Tuhan tarik kejayaan itu, kita marah kepada Tuhan. Begitulah manusia. Dia hanya ingat dirinya sahaja, dab begitu senang melupakan Si Pemberi Nikmat.

      Rebel Dengan Tuhan bunyinya agak canggung. Contohnya, jika dahulu dirinya selalusolat berjemaah, kini dia tidak lagi mahu ke masjid atau surau untuk solat berjemaah. Dia rebel dengan Tuhan. Dia seolah-olah ingin menunjukkan rajuknya kepada Tuhan. Dia benar-benar tenggelam dalam kefahaman dan keyakinan akidah yang tidak kena.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : AURAT DI BAWAH BUMBUNG
    • Nama : AURAT DI BAWAH BUMBUNG
    • Kod : MUSTREAD
    • Harga : MYR18.00
    • Berat : 201.00G
    • Penerangan :

      AURAT DI BAWAH BUMBUNG

      Kita sering kali terlepas pandang batas aurat dalam kalangan keluarga, sedangkan ia amat penting demi menjaga maruah diri dan keluarga. Penjagaan aurat bukan sahaja bermula apabila kita melangkah keluar dari rumah, malah ia bermula dari dalam rumah. Semak kembali pergaulan kita sesama ahli keluarga. 

      Adakah kita boleh bersalaman dengan sepupu? Dua pupu? Atau dengan bapa saudara?

      Antara topik menarik dalam buku ini :

      • Siapa mahram saya?
      • Boleh kita bersalaman?
      • Lesen bertunang
      • Ketahui pergaulan lelaki dengan wanita ajnabi
      • Kisah viral menantu tidak mahu tidur di rumah mertua!

      Gula-gula. Selagi mana ia masih berbalut, ia akan tetap terpelihara dan boleh dimakan. Tetapi sebaik sahaja ia terbuka dan gula-gula itu jatuh ke tanah, ia tidak lagi akan di makan. Begitulah perumpamaan penjagaan aurat dan tatasusila sebagai Muslim.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan