Kategori Buku (sila tekan)

Galeri Ilmu -

    • Gambar : Q&A HADITS
    • Nama : Q&A HADITS
    • Kod : GALERI ILMU
    • Harga : MYR20.00
    • Penerangan :

      Q&A HADITS

      Alhamdulillah. al-Faqir sempat melihat keseluruhan hadits dan tulisan guru mulia kita, al-Fadhil Ustaz Mohd Khafidz Soroni, hafizhalullah dalam buku ini. Ia menjelaskan kedudukan hadits yang masyhur dan sering kita dengar, melalui penjelasan muhadditsin dan ulama, serta - di beberapa tempat - memberi penjelasan ringkas tentang hadits tersebut. Sikap yang benar terhadap hadits dhaif ialah menerimanya dalam perkara yang melibatkan fadha'il al-a'mal dan at-targhib wa at-tarhib. Itulah pendekatan al- Fadhil Ustaz Mohd Khafidz dalam buku ini sememangnya selari dengan pendekatan muhadditsin muktabar. Buku ini ringkas, mudah difahami oleh semua terutama sekali kepada para asatizah pendakwah. - Ustaz Muhadir Haji Joll

      ********

      Buku ini mengumpulkan beberapa hadits tidak sahih yang popular dalam masyarakat dan menyenaraikan kalam-kalam ulama berkenaan hadis tersebut. Antaranya :

      • TUNTUTLAH ILMU SAMPAI KE CHINA
      • BENARKAH SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU ?
      • YASIN JANTUNG AL-QURAN ?
      • REZEKI MURAH KERANA ISTIGHFAR ?
      • IKHTILAF UMAT ISLAM ITU RAHMAT ?
      • BARAKAH REJAB, SYAABAN & RAMADAN 
      • HADITS 'SAYIDINA ALI PINTU KOTA ILMU' ITU BENAR ?

       

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : TAKE 5 @ PROF KAMIL
    • Nama : TAKE 5 @ PROF KAMIL
    • Kod : GALERI ILMU
    • Harga : MYR15.00
    • Penerangan :

      TAKE 5 @ PROF KAMIL

      Buatlah kebaikan.

      Biar segalanya jadi amal ibadah.

      TAKE 5 @ PROF KAMIL

      Kunci atas segala-galanya ialah lakukan apa sahaja...

      Semata-mata kerana Allah !

      Semata-mata kerana Allah !

      Semata-mata kerana Allah !

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : MUNGKINKAH INI SOLAT TERAKHIRMU
    • Nama : MUNGKINKAH INI SOLAT TERAKHIRMU
    • Kod : GALERI ILMU
    • Harga : MYR21.00
    • Penerangan :

      MUNGKINKAH INI SOLAT TERAKHIRMU ?

      Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kami untuk selalu menegakkan solat dengan penuh keikhlasan dan kekhusyukan. Dan berilah petunjuk kepada saudara-saudara kami yang belum lagi tergerak hatinya untuk tunduk sujud kepada-Mu.

      *****

      " Sesungguhnya perkara pertama yang dihisab terhadap seorang hamba pada hari kiamat daripada amal perbuatannya ialah SOLATnya. Jika solatnya baik, maka sungguh beruntung dan berjayalah dia, dan jika solatnya buruk, maka kecewa dan rugilah dia." HR an-Nasa'i dan at-Tirmizi

      SOLAT, masih ramai yang bersikap acuh tak acuh, walhal ia adalah ibadah yang paling asas dan paling utama. Ia bukan suatu pilihan, ia suatu kewajipan. Ia adalah warisan yang agung. Namun, berapa ramaikah antara kita yang benar-benar menjaganya ?

      MUNGKINKAH INI SOLAT TERAKHIRMU ? Ia sebuah motivasi untuk kita bangun mendirikan solat... agar dengannya kita muncul dan berada kembali sebagai umat terbaik.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : U-TURN KE JALAN LURUS
    • Nama : U-TURN KE JALAN LURUS
    • Kod : GALERI ILMU
    • Harga : MYR22.00
    • Penerangan :

      U-TURN KE JALAN LURUS

      "Satu 'juadah' berharga untuk membangun jiwa kepada sesiapa sahaja yang ingin mencari jalan lurus. Bahasa dan bentuk penyampaian mesejnya amat bersahaja dan membelai jiwa. Penulis bijak menggabungkan unsur psikologi dan budaya beragama dalam bentuk penceritaan, nukilan dan kisah serta peringatan. Buku ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat yang mahu membersih jalan hidup dan membina matlamat hidupnya agar sejahtera dunia akhirat." 

      (DR. ROBIAH K.HAMZAH-Pengarah Urusan RKH Motivation & Services dan Pakar Motivasi dan Kaunseling Keluarga )


      "Buku ini dapat memberikan iktibar dan kesedaran kepada kita melalui cerita-cerita dan teladan yang mudah difahami dan mungkin juga pernah dialami. Ia mengajar kita untuk menerima dan menilai sesuatu musibah atau kejadian yang berlaku dengan pemikiran dan sudut pandangan yang positif. Lebih berkesan apabila adanya peringatan Allah SWT dan ulasan ulasan penulis untuk kita menelaah dan seharusnya dijadikan pedoman dalam mengharungi kehidupan seharian supaya tidak leka atau alpa dengan fitnah dunia"

      (DATIN FAUZIAH BINTI DATO' NIK HUSSIN - Pengarah Urusan Kumpulan Alloy Consolidated Sdn Bhd.)


      "Kisah-kisah yang menarik untuk dijadikan wake-up call kepada golongan dewasa yang kadangkala alpa tentang agama. Kelainan  dari segi penulisan menjadikan buku ini menarik untuk dijadikan bahan bacaan ringan"

      (DATO' AHMAD FADZIL MOHAMAD - CEO Golden Pharos Europe Ltd (UK) XL Joinery, Prestige Doors DLC.)

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : RINDU BAU POHON TIN
    • Nama : RINDU BAU POHON TIN
    • Kod : GALERI ILMU
    • Harga : MYR18.00
    • Penerangan :

      RINDU BAU POHON TIN

      " Kenapa semua gambar Abang, berwajah sedih semasa di Jordan?" tanya Ummu Saif pada suatu masa.

      " Entahlah..." saya pun tidak pasti apa jawapan yang terbaik untuknya.

      Biar sesukar mana pun hari-hari itu saya tempuhi, akhirnya ia tetap sebuah kerinduan. Saya rindukan bumi itu kerana di situ mata dan hati saya tercelik melihat segalanya tentang kehidupan.

      Segala yang menyediakan saya untuk kehidupan susulan yang lebih menguji dan penuh kesulitan.

      **********

      Semuanya masih jelas di ingatan.

      Kenangan itu seakan menggigit jiwa dan perasaan saya. Pada sebuah kerinduan yang dalam dan ppenuh rahsia.

      Dan sebahagian saya hari ini adalah kesan memori suka dan duka terhadapnya.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : PUJUKLAH HATI
    • Nama : PUJUKLAH HATI
    • Kod : GALERI ILMU
    • Harga : MYR22.00
    • Penerangan :

      PUJUKLAH HATI

      Bukan setiap masa kita diuji. Ada masa-masanya, keadaan tenang sahaja. Kita sempat menarik nafas lega. Kita sempat ketawa dan tersenyum gembira. Cuma, sudah tentu putaran itu akan terus berulang. Laut yang tenang, sudah pasti akan terus dipukul gelombang. Namun, antara sela gelombang yang menghempas dan rasa damai yang bertunas, ternyata hingga ke hari ini, kita terus menghela nafas.

      Belajarlah memujuk hati kita untuk menerima sesuatu ketentuan meskipun tidak selari dengan jiwa kita. Bersangka baiklah dengan Allah dalam setiap perkara. Tentu ada hikmahnya. Sungguh, takdir Allah ialah satu perkara yang sangat misteri. Siapa sangka saya akan terhutang budi pada seseorang yang saya tidak sukai ? 

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : UNTUKMU WANITA
    • Nama : UNTUKMU WANITA
    • Kod : GALERI ILMU
    • Harga : MYR21.00
    • Penerangan :

      UNTUKMU WANITA

      Hadiah istimewa buat insan bernama wanita. Menggarap pelbagai permasalahan wanita yang merangkumi isu aurat, maruah, perkahwinan dan juga rumahtangga.

      Dipersembahkan dalam bentuk soal jawab, santai dan bersahaja. Dikukuhkan dengan dalil-dalil yang boleh dijadikan sebagai rujukan dan bimbingan. Juga diselitkan kisah-kisah motivasi yang dapat membentuk peribadi solehah.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : Q&A MUAMALAT
    • Nama : Q&A MUAMALAT
    • Kod : GALERI ILMU
    • Harga : MYR20.00
    • Penerangan :

      Q&A MUAMALAT

      Buku ini menjelaskan pelbagai isu kewangan dan muamalat yang sering menjadi isu dalam masyarakat Muslim hari ini. Setiap persoalan dihuraikan dengan definisi, diperjelaskan dengan contoh dan dikukuhkan dengan dalil serta fakta yang sahih. Antara isu yang diberikan pencerahan :

      • Berniaga melalui internet
      • Jual beli rumah melalui bank
      • Riba tambahan bayaran
      • Awas pelaburan emas
      • Hukum-hakam 'main' saham
      • Komisyen orang tengah
      • Menang cabutan bertuah
      • Kenaikan harga barang
      • Kena bayar cukai, GST pula !

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : BATU-BATA KEHIDUPAN
    • Nama : BATU-BATA KEHIDUPAN
    • Kod : GALERI ILMU
    • Harga : MYR25.00
    • Penerangan :

      BATU-BATA KEHIDUPAN

      BATU-BATA KEHIDUPAN terdiri Cinta dan Kehidupan Mukmin yang merupakan bahan bina penting dalam struktur 'bangunan kehidupan' setiap insan. BATU-BATA KEHIDUPAN mengajak pembaca membina 'bangunan kehidupan' dengan bahan binaan berkualiti dan utuh agar ia dapat bertahan hingga ke akhirat.

      Bukan semua orang faham berkenaan ikhuwah, Ya, kita sayang sahabat kita. Tetapi, apakah sahabat kita itu faham makna ukhuwah tertinggi adalah itsar,(melebihkan sahabat daripada diri sendiri) dan ukhuwah terendah adalah berlapang dada, apakah sahabat kita faham benda yang sama ? Kalau sahabat kita faham, apakah dia kuat untuk menggerakkan kefahamannya dalam amalan?

      Ya... Jangan harapkan sahabat kita apa-apa.

      Ya... Kita perlu korbankan masa kita untuk sahabat kita.

      Kita korbankan ruang jiwa kita untuk sahabat kita

      Kita korbankan harta kita untuk sahabat.

      Kita korban apa saja. Semuanya untuk ukhuwah kita.


    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : RAHSIA MENJEMPUT RAHMAT
    • Nama : RAHSIA MENJEMPUT RAHMAT
    • Kod : GALERI ILMU
    • Harga : MYR19.00
    • Penerangan :

      RAHSIA MENJEMPUT RAHMAT

      Rahsia Menjemput Rahmat membawa anda menemui rahsia menjemput belas kasihan Allah yang membawa kita ke dalam syurga-Nya dengan melahirkan cinta luar biasa yang Islami.

      " Tuan, aku benar-benar mencintaimu," ujar Salamah.

      "Aku pun sangat mencintaimu."

      "Aku sangat ingin memelukmu."

      "Demi Allah, aku pun demikian , Salamah," ujar Abdul Rahman.

      "Kalau begitu apa yang menghalangi kita melakukannya? Bukankah di tempat ini tidak ada sesiapa yang melihat kita ?" tanya Salamah manja.

      " Aku tidak dapat menjamin umur kita masih panjang setelah melakukan maksiat. Mungkin ajal menjemput kita ketika kita sedang melakukan maksiat." ujar Abdul Rahman al- Qass bangkit dan pergi sambil menangis. Sejak itu dia tidak lagi mahu bertemu dengan Salamah. Dia kembali kepada kehidupannya yang dipenuhi dengan ibadah dan ketaatan kepada Allah. 

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : SUAMI HENSEM ISTERI OHSEM
    • Nama : SUAMI HENSEM ISTERI OHSEM
    • Kod : GALERI ILMU
    • Harga : MYR20.00
    • Penerangan :

      SUAMI HENSEM ISTERI OHSEM

      Orang lelaki semasa berurusan di kaunter bayaran, mereka akan menggunakan duit besar ( wang kertas ) agar urusan pecah duit dibuat oleh cashier.-  " JIMAT MASA".

      Orang perempuan pula akan cari duit syiling yang ada dalam beg sebelum menggunakan wang kertas. - "JIMAT DUIT"

      MENGAPA ?

      Hanya dengan kesabaran dan menghormati perbezaan keperluan dan kehendak masing-masing dapat mnegekalkan kebahagiaan suami dan isteri.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : Q&A BERSAMA USTAZ KAZIM ELIAS : PERIHAL KELUARGA
    • Nama : Q&A BERSAMA USTAZ KAZIM ELIAS : PERIHAL KELUARGA
    • Kod : GALERI ILMU
    • Harga : MYR25.00
    • Penerangan :

      Q&A Bersama Ustaz Kazim Elias  : PERIHAL RUMAH TANGGA

      Q&A Bersama Ustaz Kazim Elias menjawab persoalan-persoalan semasa dan rumahtangga yang sering dihadapi oleh umat Islam dan turut memuatkan tperkongsian amalan - Amalan Untuk Mencari Orang yang Tenggelam (lemas), Amalan bagi Menarik Pengunjung ke Premis Perniagaan dan Amalan atau Petua Menghafaz Al-quran- yang amat berguna untuk dijadikan panduan dan untuk diamalkan. Soalan-soalan ini adalah hasil kompilasi persoalan daripada orang awam kepada ustaz Kazim Elias. Kini ia dibukukan khas untuk dikongsikan bersama pembaca dan peminat.

      Antara kandungan menarik :

      • Suami Cium Tangan Isteri.. Okey ke ?
      • Anak Degil Salah Siapa ?
      • Powernya Doa Suami
      • Isteri Mudah Bersalin
      • Putus Hubungan Keluargaan
      • Siapa Yang Patut Cemburu ?
      • Syoknya Mengumpat !
      •  Mengapa Isteri Berleter ?
      • Gaduh - Empat Tip Pertautan Hati
      • Siapa Bapanya ?
      • Suami Tertarik Dengan Wanita Lain
      • Menilai Mimpi
      • Suami Jangan Takut Tegur Isteri
      • Awas Kebinasaan Berkahwin !
    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : NAWAITU SAUMA GHADDIN
    • Nama : NAWAITU SAUMA GHADDIN
    • Kod : GALERI ILMU
    • Harga : MYR17.00
    • Penerangan :

      NAWAITU SAUMA GHADDIN - Sahaja Aku Berpuasa Esok Hari

      Penulis menjawab segala persoalan berkaitan puasa dengan ringkas dan padat berdasarkan fakta yang jelas agar pembaca dapat memahami dan menghayati ibadah puasa yang dilaksanakan. Antara kemusykilan yang dijawab :

      • Keadaan yang tidak membatalkan  puasa.
      • Berniat pada setiap malam atau berniat puasa sebulan ?
      • Mengorek hidung atau telinga ketika berpuasa.
      • Puasa orang yang sakit buasir.
      • Ganti fidyah puasa dengan duit.
      • Berpuasa tetapi melakukan maksiat.
      • Menggabungkan puasa qadha dengan puasa sunat.
    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : JADILAH SEPERTI PU FAIZ
    • Nama : JADILAH SEPERTI PU FAIZ
    • Kod : GALERI ILMU
    • Harga : MYR18.00
    • Penerangan :

      PU Faiz menjawab 162 persoalan fekah yang sering dipersoalkan dalam masyarakat. Antaranya :

      • Kalau pegang dada pondan batal wuduk tak ?
      • Ambil gambar curi-curi boleh ke ?
      • Boleh tak saya nak ambil gambar dengan girlfriend saya ?
      • Ustaz, apa tandanya seseorang itu jodoh kita ?
      • Boleh bagi tip macam mana nak kahwin awal ?
      • Apa hukum tengok cerita hantu ?
      • Orang muda macam saya pun kena bayar zakat ke ?
      • Berdosa ke langgar traffic light ?

      " Jika memakai kopiah sahaja dan tidak memakai serban. Sahkah solat?"

      "Anda memakai topi keledar sekalipun, sah solat anda sekiranya dahi itu mencecah di tempat sujud."

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : AKHIRAT FIRST
    • Nama : AKHIRAT FIRST
    • Kod : GALERI ILMU
    • Harga : MYR18.00
    • Penerangan :

      AKHIRAT FIRST

      Beramal dengan kebaikan biarlah sebanyak-banyaknya kerana kebaikan apabila semakin banyak, maka bertambahlah nilai baik  dan barakah dalam sebuah kehidupan.

      Hakikatnya, kebaikan tiada noktah dalam kehidupan, melainkan mati dalam kebaikan adalah noktahnya !

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : TRAVELOG DI SEBALIK NIQAB - Kisah Tersirat
    • Nama : TRAVELOG DI SEBALIK NIQAB - Kisah Tersirat
    • Kod : GALERI ILMU
    • Harga : MYR38.00
    • Penerangan :

      DI SEBALIK NIQAB : KISAH TERSIRAT

      Pada zahirnya, niqab menggambarkan wanita Saudi, lebih-lebih lagi penulis pernah bermuqim di Madinah. Justeru, Di Sebalik NIqab : Kisah Tersirat seolah-olah berkisar wanita di sana.

      TIDAK ! Ia pandangan yang sangat salah !

      Niqab bukan semata-mata dipakai wanita Arab. Ia sebenarnya adalah simbol halangan, lindungan atau batasan. Hanya mereka yang berada di sebalik niqab mampu melihat dan menyingkap dengan jelas segala kisah yang tersembunyi.

      Di Sebalik Niqab : Kisah Tersirat merupakan satu lagi kisah sisi kehidupan penulis selepas buku Kandil di Kaki Gunung, Rumah Kecil Di Jabal Uhud, Bukan Sekadar Resipi dan Aroma Antara Benua. Senyumlah, menangislah,tertawalah bersama karya unik ini.

      ***********

      " Mama... Abla Ibtisam ajak Amirul belajar di Khartoum."

      Allah ya Allah... tiba-tiba nyawa saya bagai diragut malaikat maut tanpa sebarang amaran. Tangkai jantung bagaikan disentap tanpa belas kasihan. Membayangkan dirinya seorang anak manja, mudah menangis, kaki 'pemakan' terasa tidak tergamak melepaskan Amirul pergi.

      " Habis tu... apa kata Amirul ?"

      " Mama... Amirul kata ya, Amirul nak ikut Abla ke Sudan."

      Hari itu bagaikan hari-hari terakhir hidup saya di dunia. Langit bagaikan runtuh di atas bumbung, lalu bumbung itu pula menghempap ke atas kepala. Bagaimanapun hati berbisik, Imam Syafi'i sudah keluar menuntut ilmu sejak kecil lagi. Amirul berusia 14 tahun, izinkanlah anakmu pergi.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : MOTIVASI ANAK PINTAR-POWER PARENTING
    • Nama : MOTIVASI ANAK PINTAR-POWER PARENTING
    • Kod : GALERI ILMU
    • Harga : MYR20.00
    • Penerangan :

      MOTIVASI ANAK PINTAR- POWER PARENTING

      Setiap ibu bapa pastinya mahu anak-anak mereka berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. Apabila kita ada anak yang menduduki peperiksaan penting, maka orang sekeliling akan bertanyakan apa keputusan peperiksaan anak kita. Berapa 'A' atau dapat masuk sekolah berasrama pebuh atau tidak ? bagi ibu bapa, jika anak tidak mendapat semua 'A' dalam peperiksaan maka peluang untuk mereka berjaya tipis. 

      • Adakah kita tergolong sebagai ibu bapa yang terlalu obses dengan pencapaian semua 'A' ?
      • Benarkah pelajaran yang baik itu mampu menjamin anak-anak menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat ?
      • Bersyukurkah kita terhadap anugerah Allah, jika anak kita bukan 'A' dalam pelajaran tetapi 'A' di akhirat sana?
    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : BERSYUKUR SAAT DIUJI
    • Nama : BERSYUKUR SAAT DIUJI
    • Kod : GALERI ILMU
    • Harga : MYR22.00
    • Penerangan :

      BERSYUKUR SAAT DIUJI

      Saya didatangi oleh seorang ustaz yang mengharapkan pertolongan agar anaknya diterima masuk sebagai staf UTM. Jawatan kerani. Pagi-pagi lagi beliau sudha muncul di rumah. Lalu saya dengar dengan teliti tujuan kedatangan beliau dan dengan nada perlahan saya berkata,

      " Ustaz, boleh saya bertanya satu soalan? Jika ada calon yang ditemu duga, katalah anak ustaz yang paling teruk sekali, tidak berkelayakan, maka jika saya memberi markah tertinggi kepadanya, adakah saya berdosa?" (Nota : beliau memberi jawapan,"berdosa"). Sanggupkah ustaz menyuruh saya melakukan dosa?"

      Saya menitiskan air mata di hadapan beliau. Dalam sebak inilah saya nyatakan kepada beliau, " Ustaz, saya mungkin mempunyai sedikit kuasa, tetapi kuasa Allah lebih luas dan tidak terperi hebatnya. Saya tidak mahu berdosa. Tolonglah saya ustaz untuk tidak melakukan dosa. Ustaz orang beragama. Ustaz orang pandai. Saya orang bodoh, jahil dan tidak berilmu."

      Beliau meninggalkan rumah saya tanpa berkata apa-apa.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : RASULULLAH INSAN YANG TERPELIHARA
    • Nama : RASULULLAH INSAN YANG TERPELIHARA
    • Kod : GALERI ILMU
    • Harga : MYR30.00
    • Penerangan :

      RASULULLAH INSAN YANG TERPELIHARA

      Kitab ini mengandungi pembetulan bagi sebahagian kefahaman yang didustakan oleh pedapat yang menafikan terpeliharanya para nabi a.s amnya, dan Rasulullah SAW khususnya, yang telah berlanjutan selama beberapa kurun. Di mana usaha orang-orang yang terkemudian  dalam membicarakan isu ini tidaklah lebih hebat  daripada usaha mereka yang sebelumnya, melainkan mereka telah mewarisi - pada apa yang mereka warisi - dengan pandangan tahqiq dan dirayah. Disebabkan itu mereka telah mencampuradukkan antara yang betul dan salah. 

      Inilah, sesungguhnya aku tidaklah mendakwa - dengan buku ini- bahawa akulah yang alim tentang hal ini, dan aku juga tidaklah  menafikan bahawa apa yang aku bincangkan di dalam  buku ini telah ada dalam perbincangan orang yang terdahulu. Buku ini adalah sebuah fikiran, atau idea yang terhasil daripada pemerhatian. Sesungguhnya ia adalah limpah kurnia daripada Allah SWT yang membuka kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dengan apa  yang Dia kehendaki, sepertimana yang Dia kehendaki, dan pada bila-bila masa yang Dia kehendaki. Dia mengurniakan rahmat-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah-lah yang memiliki kemuliaan dan keagungan.

      -Pengarang-

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : ADD PAHALA DELETE DOSA
    • Nama : ADD PAHALA DELETE DOSA
    • Kod : GALERI ILMU
    • Harga : MYR23.00
    • Penerangan :

      ADD PAHALA, DELETE DOSA

      Saya menangis dan menjerit kesakitan sambil menyebut, 'Allahu akbar!', teramat sakit. 'Kenapa aku diseksa sebegini? Aku bersolat juga.' Tiba-tiba mulut saya boleh berkata-kata. Ketika itu saya mendengar suara malaikat yang menakutkan itu mengherdik, 'Memang kamu bersolat. Tetapi tidak sepenuh hati. Kamu bersolat pun tidak ikhlas. Bersolat kerana bosan mendengar leteran ibu menyuruh kamu bersolat.

      'Kamu lebih mengutamakan internet dan tidur berbanding solat. Tanpa rasa bersalah, kamu memegang tanya perempuan bukan mahram. Kamu juga tidak menutup aurat. Selalu memakai seluar pendek. Jika ada yang menegur, kamu cepat melenting, cepat marah. Walhal mereka memesan kepada kebaikan. Kamu lalai daripada mengingati Allah. Hanya berseronok sahaja yang kamu tahu.

      ADD PAHALA DELETE DOSA adalah sebuah karya mengenai amalan dan ibadah harian yang ditujukan khas untuk pelajar dan golongan muda. Perkongsian kisah dan tip yang tercatat di dalamnya amat membantu kita, yakni orang muda untuk terus beramal walaupun hanya dengan amalan-amalan kecil sekalipun. ia membantu kita untuk mengenal pasti adakah kita orang muda yang begitu bermotivasi dalam melakukan amal ibadah? ATAU adakah kita orang muda hanya melakukan amal ibadah secara bermusim  ATAU orang muda yang malas melakukan amal ibadah? Tepuk dada tanyalah diri. Jawapannya ada di dalam hatimu wahai orang muda.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan