Telaga Biru -

    • Gambar : HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK 2
    • Nama : HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK 2
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR19.00
    • Berat : 259.00G
    • Penerangan :

      HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK 2

      TEGUR YANG DITEGUR

      Kemudahan media sosial yang terus berkembang hari ini menjadikan banyak pihak yang ghairah untuk memberi teguran pada sesuatu perkara yang dirasakan perlu untuk menegur. Bagus sebenarnya, saling ingat-mengingatkan! Cuma dalam keghairahan seperti inilah kita sering terlupa dalam Islam hendak menegur pun ada adab yang perlu dijaga.

      BELUM TENTU TENANG

      Ketenangan hati sangat penting bagi setiap insan. Terdapat pelbagai cara untuk manusia mencari ketenangan. Ada yang berjam-jam melihat ikan arowana kesayangannya di dalam akuarium, ada yang pergi ke tepi pantai, ada yang pergi jungle tracking jauh ke dalam hutan atau mendaki puncak gunung semata-mata hendak mencari ketenangan tersebut. Dapat title MB (mak bapak) pun belum tentu dapat ketenangan.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : ISLAM HINA WANITA ?
    • Nama : ISLAM HINA WANITA ?
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR16.00
    • Berat : 188.00G
    • Penerangan :

      ISLAM HINA WANITA ?

      • Benarkah majoriti ahli neraka adalah wanita ? -halaman 8
      • Islam meletakkan darjat wanita sebagai insan kelas kedua ? - halaman 18
      • Adilkah Islam yang menyekat kebebasan wanita dengan adanya tempoh idah ? - halaman 67
      • Isteri akan dilaknat oleh malaikat jika enggan bersama suami ? - halaman 130

      Segala persoalan di atas akan terjawab apabila anda memiliki buku ini. Usah biarkan diri terus menafikan kedudukan sebenar seorang wanita dalam Islam. Daptkan pencerahan yang jelas supaya Islam tidak disalaherti. Islam itu indah. Wanita juga ciptaan yang indah. Oleh itu, rungkaikan segala persoalan agar kedudukan wanita dalam Islam yang indah sentiasa indah.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : MUNYATUL MUSOLLI
    • Nama : MUNYATUL MUSOLLI
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR20.00
    • Berat : 307.00G
    • Penerangan :

      MUNYATUL MUSOLLI - Harapan Orang Yang Bersolat

      Sebuah karya berharga tulisan ulama rantau Nusantara, iaitu Syeikh Daud al-Fathani melalui karangannya, Munyatul Musolli. Kitab ini telah menjadi panduan dan bahan pengajian di banyak kawasan di Rantau Melayu dan diajar di merata tempat. Membicarakan perkara-perkara asas tentang solat berdasarkan mazhab Imam Syafie. Turut diselitkan dengan perbahasan tanggungjawab pemimpin yang disadur daripada kitab Siraj al-Muluk. Sementara itu, di akhir kitab ini disertakan juga kitab al-Bahjah al-Mardhiyyah yang membicarakan persoalan perihal imam dan makmum.

      Masih mengekalkan tulisan asal pengarang dalam tulisan Jawi sebagai menjana amanah ilmu serta memartabatkan warisan tulisan yang bernilai ini agar ia kekal diketahui dan diwarisi sepanjang zaman.

      Digantingkan dengan edisi pengalihan kepada bahasa Melayu moden supaya lebih mudah difahami oleh generasi baru. Turut merangkumkan isi kitab dan perbahasan dengan bahasa yang lebih jelas dan mudah dihadam.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : CELIK FIQAH 24/7
    • Nama : CELIK FIQAH 24/7
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR14.00
    • Berat : 236.00G
    • Penerangan :

      CELIK FIQAH 24/7

      Miliki buku ini segera agar persoalan-persoalan ringkas tentang hukum setiap amalan kita dapat dihadam tanpa ragu-ragu. Kita tahu tentang sesuatu amalan tetapi adakah kita jelas dengan hukumnya ? Kita tahu tentang sesuatu hukum tetapi sejauh mana kita yakin? Insya-Allah, buku ini dapat menjawab secara pantas setiap persoalan anda. Singkirkan keraguan, beramal dengan aman.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : FIQAH PERKAHWINAN
    • Nama : FIQAH PERKAHWINAN
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR26.00
    • Berat : 441.00G
    • Penerangan :

      FIQAH PERKAHWINAN - Binalah Syurga Di Dunia Sebuah Syurga Abadi

      Buku Fiqah Perkahwinan mesti dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat, khususnya pasangan yang bakal berkahwin dan yang telah berkahwin. Buku ini dapat merungkai semua persoalan yang terlintas di fikiran mengenai hukum-hakam dan hak-hak dalam perkahwinan.

      Pelajarilah ilmu agama berkaitan rumah tangga agar syariat Islam itu terjaga dan dipatuhi. Sekiranya syariat Islam diperlakukan sesuka hati, itu akan mengundang murka daripada Allah SWT. Semoga Allah memberi taufiq dan hidayah kepada kita semua.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : SUPERMAMA
    • Nama : SUPERMAMA
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR18.00
    • Berat : 288.00G
    • Penerangan :

      SUPERMAMA - LIGAT,CEKAP,HEBAT

      Seni bina kehidupan di rumah.

      Bukan mudah menjadi ibu sepenuh masa, namun ia bukanlah susah seperti yang disangka. Dengan bekalan ilmu dan iman, Insya-Allah lahir kuasa SUPERMAMA yang luar biasa !

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : ITU JUGA JALAN KITA KE SYURGA
    • Nama : ITU JUGA JALAN KITA KE SYURGA
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR20.00
    • Berat : 235.00G
    • Penerangan :

      ITU JUGA JALAN KITA KE SYURGA

      Antara yang menarik di dalam :

      • Masuk syurga mudah-mudah pun tidak mahu ?
      • Jom tempah rumah di syurga.
      • 21 perkara tentang syurga yang tidak mungkin kita lupakan.
      • Senarai hitam orang yang tidak dapat masuk syurga.
      • Jom musafir bersama Rasulullah
      • Rasulullah juga marah

      Siapa tahu mungkin buku ini menjadi penyebab anda dan saya dapat bertemu di syurga nanti. Amin.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : MAHASISWA JUTAWAN
    • Nama : MAHASISWA JUTAWAN
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR10.00
    • Berat : 153.00G
    • Penerangan :

      MAHASISWA JUTAWAN - Di Dada Penuh Ilmu, Di Poket Penuh Wang.

      ANDA MAHASISWA ?

      Ingin tahu bagaimana cara menghimpun kekayaan ketika belajar ?

      Miliki buku ini untuk ketahui rahsia :

      1. Berbelanja tanpa membazir
      2. Merancang wang untuk memiliki aset
      3. Kerjaya sambilan yang menjana pendapatan

      Ayuh! Sambil belajar, sambil penuhkan poket. Jadilah mahasiswa serba boleh, kaya dan berjaya dunia akhirat.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : KRONOLOGI KIAMAT
    • Nama : KRONOLOGI KIAMAT
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR12.00
    • Berat : 189.00G
    • Penerangan :

      KRONOLOGI KIAMAT

      Islam memberikan perhatian terhadap kejadian serta keadaan huru-hara yang bakal berlaku terhadap umat Islam menerusi keterangan al-Quran dan al-Sunah. Perkara ini turut diberi keutamaan oleh para sahabat dan para ulama selepas mereka.

      Kini, perbahasan berkenaan perkara ini semakin hangat diperkatakan, terutama berkenaan situasi masa depan yang bakal berlaku. Hal ini memberikan harapan kepada umat dalam menghadapi kemunduran dewasa ini, yang turut sama dirasai oleh manusia sejagat.

      Buku ini dibahagikan kepada pendahuluan dan dua bahagian utama, seperti berikut :

      • Pendahuluan - Mengandungi perbahasan berkenaan objektif, kepentingan, sejarah, sumber dan kategori berkaitan tajuk.
      • Bahagian pertama - Kaedah berinteraksi dengan hadis masa depan.
      • Bahagian kedua - Hadis-hadis terpenting berkaitan tajuk. 
    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : REMAJA BERTANYA, USTAZ FAUWAZ MENJAWAB
    • Nama : REMAJA BERTANYA, USTAZ FAUWAZ MENJAWAB
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR14.00
    • Berat : 191.00G
    • Penerangan :

      REMAJA BERTANYA, USTAZ FAUWAZ MENJAWAB

      "Waktu remaja adalah waktu perubahan yang sangat ketara dari segi perubahan fizikalnya, sikapnya dan perilakunya. Waktu remaja penting dalam perkembangan kehiduppan kerana waktu inilah remaja tercari-cari identiti mereka. Buku ini sangat baik sebagai satu kebergantungan buat remaja dalam mencari panduan ke arah fasa dewasa yang matang. Ringkas dan tidak membosankan." - Irma Hasmie/Selebriti

      "Bukan sahaja remaja malah setiap peringkat umur mempunyai banyak persoalan dalam menjalani kehidupan seharian yang kadang-kadang tidak terjawab kerana tiada kesempatan untuk bertanya. Buku ini sangat membantu dalam menyelesaikan beberapa kekeliruan dalam cara yang amat mudah difahami. Lagipun ilmu sememangnya perlu sentiasa dipelajari sepanjang hayat tanpa noktah." - Diana Amir/Selebriti

      Milikilah buku ini untuk megetahui jawapan kepada persoalan ramaja masa kini.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : DOSA-DOSA BESAR
    • Nama : DOSA-DOSA BESAR
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR33.00
    • Berat : 550.00G
    • Penerangan :

      DOSA-DOSA BESAR

      Biasanya, perbahasan tentang dosa-dosa besar kurang diberi perhatian oleh umum. Ramai daripada kalangan umum masih tidak dapat membezakan dosa yang dilakukan, sama ada besar atau kecil. Bahana dosa besar ini bukan sahaja akan memberi kesan buruk kepada individu, tetapi mampu menular dan menjadi perosak kepada ummah.

      Telaga Biru Sdn.Bhd memilih karya al-Kaba'ir sebagai bahan terjemahan kali ini melihat kepada mutu penulisan al-Zahabi dan kredibiliti beliau yang sangat tinggi dalam bidang hadis yang membincangkan tentang dosa-dosa besar. Bahkan karya ini diiktiraf sebagai antara tulisan beliau yang cukup berbeza dan istimewa istimewa berbanding tulisannya yang lain.

      Tambahan pula, karya al-Kaba;ir yang digunakan ini merupakan hasil tulen daripada beliau, ketika pasaran semasa sudah terisi dengan karya al-Kaba'ir palsu, yang bukan merupakan tulisan beliau sepenuhnya. Hal ini penting, kerana kejituan suatu penulisan menunjukkan keagungan ilmu penulisnya. Apabila buku ini diselak helaian demi helaian, para pembaca pasti mengagumi tulisan asli beliau ini, jauh berbeza dengan karya palsu yang sarat dengan hadis dan hikayat yang samar-samar sumbernya.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : MEMBURU 27 DARJAT
    • Nama : MEMBURU 27 DARJAT
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR25.00
    • Berat : 504.00G
    • Penerangan :

      MEMBURU 27 DATJAT - Tatatertib Muafik & Masbuk

      • Seseorang yang hendak berjemaah tetapi tidak mengetahui sama ada sekumpulan jemaah di hadapan menunaikan solat fardhu ataupun sunat. apakah yang perlu diniatkan olehnya ?
      • Adakah disyaratkan persamaan niat antara imam dengan makmum ?
      • Apakah perbezaan antara solat Jumaat dengan solat-solat yang lain pada hukum masbuk ?
      • Bolehkah seseorang yang solat qasar dua rakaat berimamkan orang yang solat sunat dua rakaat ?
      • Adakah wajib bertakbir lima kali ( dalam solat sunat Hari raya ) bagi seseorang makmum masbuk yang bangun untuk menunaikan rakaat kedua yang tertinggal ?

      Milikilah buku ini untuk mengetahui jawapan kepada semua persoalan di atas. Ketahui juga pelbagai lagi permasalahan dan persoalan bagaimana cara memburu 27 darjat ini.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : ADAT VS IBADAT
    • Nama : ADAT VS IBADAT
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR18.00
    • Berat : 288.00G
    • Penerangan :

      ADAT VS IBADAT - Jawapan Kepada Amalan Kontroversi

      • Adakah bacaan basmalah perlu dinyaringkan atau tidak ketika membaca surah al-Fatihah dalam solat ?
      • Adakah amalan masyarakat membaca doa qunut dalam solat subuh adalah bidaah ?
      • Apakah hukum main kutu ? Adakah main kutu termasuk riba dan judi ? 
      • Wujudkah fidyah solat? Adakah amalan ini boleh dilakukan ?
      • Adakah amalan meminta air penawar daripada orang alim dibenarkan dalam Islam ?
      Milikilah buku ini bagi mengetahui jawapan kepada semua persoalan di atas dan banyak lagi persoalan mengenai amalan masyarakat Islam di Nusantara.
    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : SENI DAKWAH KONTEMPORARI
    • Nama : SENI DAKWAH KONTEMPORARI
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR18.00
    • Berat : 295.00G
    • Penerangan :

      SENI DAKWAH KONTEMPORARI

      Ayuh jadikan diri kita pendakwah yang :

      • Bertaring tidak mengerkah
      • Berkuku tidak mencakar
      • Berpengtahuan tidak membodohkan
      • Berani tidak melasi
      • Besar tidak melendan
      • Bertaji tidak memupur

      Demi merungkai seni dakwah pada zaman serba canggih ini, Dato' Ustaz Badli Shah tampil dengan pelbagai medium dakwah yang boleh digunakan oleh pendakwah masa kini.Daripada medium biasa-biasa kepada medium luar biasa. Daripada menjadi pendakwah 'biasa-biasa' kepada menjadi pendakwah 'luar biasa'. Seni Dakwah Kontemporari buat para dai masa kini :

      1. Buat para dai yang sedang berjuang menyebarkan syiar Islam dan menegakkan agama kebenaran.
      2. Buat para guru dan pendidik yang sedang berjuang demi ilmu penyuluh generasi akan datang.
      3. Buat para ibu bapa yang sedang berjuang membentuk khalifah-khalifah Allah, amanah dalam rumah tangga.
      4. Akhir sekali, sudah tentu buat pencinta al-Quran, sunah dan hadis Nabi.

      SELAMAT BERBUDIMAN DALAM BERDAKWAH

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : WARNA-WARNI DALAM KEHIDUPAN
    • Nama : WARNA-WARNI DALAM KEHIDUPAN
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR19.00
    • Berat : 415.00G
    • Penerangan :

      WARNA-WARNI DALAM KEHIDUPAN-Kompilasi Artikel Majalah al-Ustaz,Kolum Warna Kehidupan

      Dalam kehidupan, kita sering kali dihadapkan dengan pelbagai pilihan. Nah, inilah bingkisan mutiara jiwa pemecah kebuntuan. Dilema sebagai insan yang memegang pelbagai peranan. Tidak kiralah anda seorang ibu, bapa, suami, isteri ataupun si bujang yang sedang mencari pendamping diri. Warna-warni kehidupan merupakan coretan pengalaman dan luahan yang mewarnai kehidupan masyarakat sekeliling kita. Luahan masyarakat digarap bersama panduan berhikmah daripada pengalaman penulis menghasilkan perkongsian yang menarik untuk kita teladani.

      Buku ini turut menyentuh cabaran masa kini seperti gejala ISIS dan kemurtadan mahupun anasir LGBT yang turut mempengaruhi sebahagian masyarakat Islam. Justeru, ambillah iktibar daripada setiap perkongsian agar kehidupan kita diwarnai dengan jalan yang dirahmati Maha Berkuasa.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : RAGAM HIDUP BERUMAHTANGGA
    • Nama : RAGAM HIDUP BERUMAHTANGGA
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR16.00
    • Berat : 245.00G
    • Penerangan :

      RAGAM HIDUP BERUMAHTANGGA

      "Kesan kecelaruan ini, kita dibentangkan dengan keseriusan gejala sosial yang melanda dalam kalangan anak-anak remaja masa kini. Kebanyakkan yang terlibat ialah mereka yang dibesarkan dalam keluarga yang bermasalah."

      *****

      Bahtera rumahtangga pasti akan berlaku bermacam-macam ragam, cubaan dan ujian. Bidalan Melayu sendiri ada menyebutkan, "Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri." Ini menunjukkan bahawa dalam mengharungi hidup berumahtangga, khususnya dalam hubungan suami isteri, perselisihan merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun, ia boleh diperbaiki dengan menggunakan cara yang bijaksana dan bertoleransi.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : KU INTAI CINTA DI TERATAK CITA-CITA
    • Nama : KU INTAI CINTA DI TERATAK CITA-CITA
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR16.00
    • Berat : 327.00G
    • Penerangan :

      KU INTAI CINTA DI TERATAK CITA-CITA

      "Rindu itu... Umpama pelita hati dari Allah...

      Jasad yang memiliki jiwa dan sanubari...

      Pasti ada rasa rindu...

      Mengajar sebuah ketenangan...

      Membisikkan bicara kedamaian...

      Membelai erti kesejahteraan...

      yang membawa nilai kebahagiaan... 

      orang-orang yang meyakini Tuhannnya...

      Bertamu rindu akan adanya kebenaran...

      Bertunjang kejujuran dan keikhlasan...

      Reda abadi Tuhannya...

      Mukmin soleh dan solehah mendambakannya...

      Zuriat penyambung syurga idaman...

      Pasangan penyejuk mata yang memandang... Keluarga Bahagia"

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : MUTIARA USRATI
    • Nama : MUTIARA USRATI
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR19.00
    • Berat : 310.00G
    • Penerangan :

      MUTIARA USRATI

      Andai ingin berumah tangga berkat,

      Suami isteri harus muafakat.

      Andai ingin bahagiakan suami,

      Lembutkan tutur, katanya dituruti.

      Andai ingin isteri bahagia,

      Usah disinggung hati lembutnya.

      Andai ingin anak-anak patuh dan taat,

      Jalin kemesraan, kerap titipkan nasihat.

      Andai ingin miliki syurga dunia,

      Mantapkan ilmu penyuluh cahaya.

      Andai ingin Allah kasihkan seluruh keluarga,

      Seimbangkan dunia, kejar akhirat jiwa dan raga.

      *****

      Ayuh miliki buku yang sarat dengan perkongsian ilmu rumah tangga ini! Sebuah rumah tangga Muslim sentiasa perlu disegarkan dengan ilmu, diharumkan dengan ilmu dan dibiarkan mekar denga ilmu. Beriringanlah bersama suami, isteri, ibu, ayah, datuk, nenek, anak-anak dan cucu-cucu menyemai ilmu Allah SWT yang maha luas.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : RAHMAT DALAM PERBEZAAN
    • Nama : RAHMAT DALAM PERBEZAAN
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR10.00
    • Berat : 182.00G
    • Penerangan :

       RAHMAT DALAM PERBEZAAN

      Ramai yang bertanya, sampai bilakah berlakunya ikhtilaf dalam kalangan ulama? Bilakah umat Islam boleh bersatu? - Jawapannya di halaman 2.

      Seorang pendakwah yang sangat masyhur di dunia Arab sekarang, Sheikh Dr. Salman bin Fahad al-'Audah telah menggambarkan keadaan masyarakat Islam pada zaman ini. Hasil daripada pengalaman dakwah beliau dan para pendakwah lain terlihat jelas melalui dua rangkap syair. _Hayati bait-bait syair ini di halaman 41.

      "Umar Al-Khattab berkumpul bersama para sahabat yang pernah menyertai Perang Badar untuk bermesyuarat dan beliau membenarkan aku menyertai mereka. Beberapa orang daripada mereka berkata," kamu membenarkan budak lelaki ini masuk dan kami pun ada anak-anak yang sepertinya?" Umar berkata, "Dia ialah seorang yang kamu kenali:. Siapakah budak lelaki yang dimaksudkan? ketahuinya di halaman 96.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : RINGKASAN RIYADHUS SHALIHIN
    • Nama : RINGKASAN RIYADHUS SHALIHIN
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR50.00
    • Berat : 1.024KG
    • Penerangan :

      RINGKASAN RIYADHUS  SHALIHIN - IMAM AN NAWAWI

      Riyadhus Shalihin yang bermaksud Taman-Taman Golongan Solihin ialah kumpulan hadis  yang disusun oleh tokoh ulama besar antarabangsa bermazhab Syafi'i iaitu Imam al-Hafiz Sheikhul Islam Muhyiddin Abu Zakariya Yahya yang kita kenali sebagai Imam an-Nawawi. Kitab ini layak menjadi rujukan dan kajian umat Islam seluruh dunia.

      Kisah asal Riyadhus Shalihin telah diringkaskan oleh seorang ulama terkenal, Syeikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani dan dinamakan TAHZIB AN-NUFUS FI TARTIB AD-DURUS.

      Kitab ini mengandungi ayat al-Quran dan hanya kumpulan hadis sahih dan hasan yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim sahaja. Susunannya merangkumi hal-hal perundangan dalam agama yang membicarakan masalah akidah, syariah dan akhlak.

      Antara kandungan RINGKASAN RIYADHUS SHALIHIN ialah :

      • Akidah dan ilmu
      • Solat, puasa, zakat, haji dan ibadah-ibadah lain
      • Adab yang bersifat lahiriah dan batiniah
      • Pemberi semangat (targhib) dan amaran (tarhib)
      • Perbahasan mengenai zuhud & warak
      • Pendidikan keluarga
      • Penyucian hati dan ubatnya
      • Pemeliharaan anggota tubuh badan
      • Kepemimpinan
      • Jihad
    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan