Kategori Buku (sila tekan)

Pustaka Azhar -

    • Gambar : BERTANI DI SYURGA
    • Nama : BERTANI DI SYURGA
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR22.00
    • Penerangan :

      Pada suatu hari Rasulullah berbicara dengan seorang lelaki dari desa. Rasulullah SAW menceritakan bahawa ada seorang lelaki penghuni syurga meminta kepada Allah SWT untuk bercucuk tanam, kemudian Allah bertanya kepadanya bukankah ALlah SWT telah berikan segala perkara yang diperlukan?

      Lelaki itu mengakui dia suka bercucuk tanam. Lalu dia mneaburkan biji benih. Tanaman itu terus tumbuh. Kesemuanya sama. Setelah itu dia menuainya. Hasilnya dapat setinggi gunung. Allah SWT berfirman kepadanya," Wahai anak Adam, dia tidak mengenyangkan perut kamu."

      Lelaki dari desa itu berkata," Demi Allah, orang itu adalah orang Quraisy ataupun Ansar kerana mereka daripada golongan petani. Kami bukan daripada golongan petani." Rasulullah tertawa mendengarnya.

      Dan banyak lagi kisah-kisah menarik yang dihidangkan di dalam buku ini. Semua kisah tersebut berkisarkan kehidupan manusia yang beruasaha meraih syurgaNya. Kisah-kisah yang mengajak kita bertani di surga Ilahi.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : FADHILAT & KEUTAMAAN AYAT KURSI
    • Nama : FADHILAT & KEUTAMAAN AYAT KURSI
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR17.50
    • Penerangan :

      FADHILAT & KEUTAMAAN AYAT KURSI

      Buku ini mendedahkan tentang tenaga dan kuasa Ayat Kursi yang sangat istimewa dan mengandungi pemahaman tauhid yang menyeluruh. Tenaga yang dihasilakn daripada ayat Kursi ini antaranya adalah kekuatan untuk mendinding diri daripada hasutan dan bisikan syaitan. Sama ada ianya tersembunyi di dalam diri kita ataupun di persekitaran kita.

      Ayat Kursi ini hendaklah dijadikan amalan harian kerana terlalu banyak kandungan fadhilatnya. Tambahan pula diri kita hanya hambaNya yang terlalu banyak kelemahan dan penyakit-penyakit kalbu. Mudah-mudahan dengan amalan bacaan yang berterusan dapat menghindarkan diri kita dari tipu daya syaitan yang direjam, insya-Allah.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : HEBATNYA DOA SEORANG IBU
    • Nama : HEBATNYA DOA SEORANG IBU
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR21.00
    • Penerangan :

      HEBATNYA DOA SEORANG IBU

      Doa mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah dan Allah menyukai orang yang sentiasa berdoa kepadaNya. Berdoa merupakan salah satu daripada elemen yang penting dalam kehidupan seorang Muslim.

      "Tiga jenis doa yang pasti akan dikabulkan, tanpa diragui lagi : doa orang yang dizalimi, doa orang yang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua kepada anaknya." (Hadis hasan at-Tirmizi dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam sahih Sunan at-Tarmiz-hadis no : 1905)

      Berdasarkan hadis di atas, maka beruntunglah jika ibu bapa dalam keadaan reda dan mendoakan kebaikan kita. Pada waktu yang sama rugilah kita jika ibu bapa dalam keadaan murka sehingga mereka tidak berdoa apa-apa ataupun mendoakan sesuatu keburukan kepada kita.

      Barangsiapa yang membuat reda kedua ibu bapa, bererti dia telah mendapat keredaan Allah, yang demikian itu dapat memasukkan kita ke dalam syurgaNya. 

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : SEBUKU ROTI PENEBUS DOSA
    • Nama : SEBUKU ROTI PENEBUS DOSA
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR16.00
    • Penerangan :

      SEBUKU ROTI PENEBUS DOSA

      Pada masa dahulu, di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah SWT. Dia melakukan ibadah itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadah itu tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah ditentukankanya.

      Suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita. Dia tergoda dengan pujuk rayu wanita itu lalu mereka terjatuh ke dalam dosa. Setelah dia menyedari akan kesalahannya itu, maka dia bertaubat. Dia meninggalkan tempat ibadahnya itu, lalu mengembara sambil mengerjakan solat dan bertaubat.

      Akhirnya, dia sampai ke sebuah pomndok yang di dalamnya terdapat dua belas orang fakir miskin. Lelaki itu berhasrat untuk menumpang tidur di sana kerana berasa sangat letih setelah berjalan jauh. Di situ tinggal seorang pendita yang selalu bersedekah roti dan roti inilah yang kemudian dapat menebusnya dari dosa.

      Bagaimanakah kisahnya ? Mari ikuti sambungan kisah ini dalam Sebuku Roti Penebus Dosa.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : DAHSYATNYA SOLAT
    • Nama : DAHSYATNYA SOLAT
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR26.00
    • Penerangan :

      DAHSYATNYA SOLAT

      "Sesungguhnya solat itu mecegah kita daripada (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya daripada ibadat-ibadat lain). Dan Allah mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan".

      (Surah al'Ankabut : 45)

      ***********

      "Sekiranya kamu mendengar azan dan iqamat dilaungkan, maka bergeraklah untuk mengerjakan solat. Berjalanlah dengan tenang dan jangan terburu-buru. Solatlah dengan rakaat yang sempat kamu ikuti dan sempurnakanlah rakaat yang tertinggal."

      (Hadis riwayat Bukhari)

      **********

      * Apakah ada rahsia tertentu dalam gerakan solat ?
      * Apa pula kehebatan pergerakan solat ?
      * Bagaimana dengan rahsia berwuduk ?


      Semak semuanya dalam buku ini, Dahsyatnya Solat.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : LEMBARAN KISAH DARI SYURGA
    • Nama : LEMBARAN KISAH DARI SYURGA
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR10.50
    • Penerangan :

      LEMBARAN KISAH DARI SYURGA

      Semasa pemerintahan Saidin Umar al-Khattab, ada seorang lelaki bernama Hassan. Suati hari, dia keluar dari kampungnya dengan menunggang seekor unta untuk melakukan suatu perjalanan yang jauh. Setelah lama menunggang, dia pun berasa letih. Dia turun daripada untanya dan bersandar di sebatang pokok lalu tertidur. Setelah terbangun daripada tidurnya...

      Apakah yang berlaku seterusnya ? Ikutilah kisah selanjutnya dengan membaca buku penuh hikmah ini. Ianya menghimpunkan pelbagai kisah teladan ilmiah yang bakal membawa kita menghayati kehidupan para cendekiawan terdahulu.

      Selamat membaca.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : PERANAN ENCIK SUAMI HARI INI
    • Nama : PERANAN ENCIK SUAMI HARI INI
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR14.00
    • Penerangan :

      PERANAN ENCIK SUAMI HARI INI-Antara Kewajipan Dan Realiti

      Allah mensyariatkan sebuah rumahtangga sebagai asas sebuah masyarakat yang mulia. Seorang ketua rumah tangga adalah penguasa, sekaligus pemimpin dalam rumahtangganya. Melalui rumahtangga ini, lahir sebuah masyarakat yang melahirkan pemerintahan yang sesuai dengan tuntuan syariat Islam. Di bahunya terpikul tanggungjawab yang berat dan tuntutan yang pelbagai.

      Begitu juga peranan seorang isteri. Dia memiliki tanggungjawab terhadap suami, anak-anak dan rumahtangganya. Pada zaman moden seperti sekarang ini, kehadiran buku seperti ini adalah sangat penting . Ini disebabkan oleh kemunculan beberapa kesalahan, penyakit dan polemik yang disebabkan oleh ketiadaan sifat tekal pada anggota keluarga (termasuk suami) terhadap prinsip-prinsip dan hukum-hukum syariat. Buku ini menyasarkan pada penjelasan pengubatan Islam yang murni untuk perbaikan hubungan antara suami isteri, dan anak-anak untuk tampil memainkan peranan mereka. Apabila segenap anggota keluarga telah menjadi baik dan merealisasikan syariat Allah, mereka akan merasakan keharmonian dan kasih sayang sesama mereka.

      Marilah sama-sama kita memohon kepada Allah agar isteri-isteri dan anak-anak kita diperbaiki dan dipelihara daripada segala keburukan, mendatangkan kebaikan yang banyak dan dikumpulkan bersama-sama di dalam syurga kelak. Semoga ilmu yang bermanfaat sentiasa mengiringi kita dalam menyusuri kehidupan yang sejahtera di sunia dan di akhirat.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : RATIB AL-ATTAS & ASMAUL HUSNA BERSERTA SURAH YAASIN
    • Nama : RATIB AL-ATTAS & ASMAUL HUSNA BERSERTA SURAH YAASIN
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR7.00
    • Penerangan :

      RATIB AL-ATTAS & ASMAUL HUSNA BERSERTA YAASIN

      Adapun kelebihan bagi mereka yang mengamalkan Ratib al-Attas adalah memohon kesejahteraan dan keberkatan Allah SWT kepada pembacanya serta memohon perlindungan bagi melindungi diri sendiri, keluarga dan harta benda daripada kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti kebakaran, kecurian, sihir, penyakit dan bala serta sebagainya.

      Daripada Bukhari, Muslim, at-Tirmizi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra : Rasulullah SAW bersabda : Allah SWT berfirman :

      "Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila die mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya aku mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak". 

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : HEBATNYA KUASA ISTIGHFAR
    • Nama : HEBATNYA KUASA ISTIGHFAR
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR13.00
    • Penerangan :

      HEBATNYA KUASA ISTIGHFAR

      Allah berfirman.

      " Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia mengirimkan hujan  kepadamu dengan lebat"

      (Surah Nuh-10-11)

      **********

      Rasulullah juga bersabda,

      "Barangsiapa sentiasa beristighfar, nescaya Allah memberikan jalan keluar untuk setiap kesedihannya dan membukakan jalan untuk setiap kesempitannya serta Allah memberikan rezeki yang tidak disangka-sangka".

      (Hadis riwayat Ahmad, Abu DAwud, Ibnu Majah dan Hakim)

      Rasulullah SAW sendiri beristighfar sebanyak 70 hingga 100 kali dalam sehari semalam. Baginda bersabda,

      " Aku adalah orang yang paling bertakwa dan paling mengetahui tentang Allah. Namun, aku beristighfar kepada Allah sehari semalam lebih daripada 70 kali".

      (Hadis riwayat Ibnu Majah)

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : ISTERIKU BIDADARIKU
    • Nama : ISTERIKU BIDADARIKU
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR29.00
    • Penerangan :

      ISTERIKU BIDADARIKU

      " Wanita-wanita yang solehah itu ialah mereka yang taat kepada Allah dan suami mereka..."

      Buku Isteriku Bidadariku adalah himpunan pesanan seorang suami kepada isteri dengna berpandukan al-Quran dan sunah nabi Muhammad. Antara pesan itu adalah :

      • Mentaati Allah
      • Patuh dan taat kepada suami
      • Berhias untuk suami
      • Berpakaian mengikut ajaran Islam
      • Mengurus anak-anak dengan baik
      • Tanggungjawab dalam menyusu anak-anak
      • Hindari dari banyak cakap

      Masih ada banyak pesanan yang dapat disemak dalam buku ini, bagi membantu para isteri menjadi bidadari kepada suami tercinta dan dicintai pula oleh Allag dan Rasulullah.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : HAZAL HABIB-INI KEKASIHKU MUHAMMAD BIN ABDULLAH
    • Nama : HAZAL HABIB-INI KEKASIHKU MUHAMMAD BIN ABDULLAH
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR10.00
    • Penerangan :

      HAZAL HABIB- INI KEKASIHKU MUHAMMAD BIN ABDULLAH

      Tidak dapat dinafikan Muhammad SAW adalah seorang insan yang mempunyai latar belakang yang cukup indah lagi sempurna. Kisah hidupnya begitu unik, kisah yang penuh dramatis dan puitis. Kisah ini membuatkan orang yang membacanya terpukau dan teruja, membuatkan sasterawan hanyut dan karam dilautan pujangga dan para sejarawan bagaikan mati hidup semula.

      Buku Hazal Habib - Ini Kekasihku yang berada di tangan pembaca ini bakal merungkai  1001 persoalan negatif dan fitnah yang dilemparkan kepada junjungan besar kita, Muhammad SAW yang merupakan utusan Allah SWT, penutup segala nabi dan pemimpin orang beriman.

      Baginda adalah tauladan sepanjang zaman dan tidak boleh disanggah akan kesucian dan kemuliaan dirinya. Segala fitnah yang dilemparkan oleh Yahudi Barat hanyalah momokan yang bakal dibalas dengan balasan yang setimpal oleh Allah SWT.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : MEMBURU DARJAT WANITA SOLEHAH
    • Nama : MEMBURU DARJAT WANITA SOLEHAH
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR29.00
    • Penerangan :

      MEMBURU DARJAT WANITA SOLEHAH

      Buku Memburu Darjat Wanita Solehah adalah sebuah buku panduan bagaimana untuk menjadi wanita yang patuh kepada agama. Ia mencakupi reformasi empat aspek penting yang sangat berkait rapat dengan keimanan seorang Islam, iaitu aspek akidah, ibadah, rumahtangga dan akhlak.

      Mengapakah seseorang wanita itu perlu menjadi wanita solehah ? Ini adalah kerana, wanita Islam memang menjadi sasaran musuh Islam sejak dahulu sampai sekarang. Usaha-usaha penyesatan terhadap wanita Muslim adalah bagi menghancurkan Islam menerusi jalan akidah Islamiah dan keluarga Islam.

      Wanita Islam perlu melengkapkan diri dengan ilmu Islam. Hanya wanita solehah yang akan mampu menangkis serangan dan godaan para musuh.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : MENITI SAKARATUL MAUT
    • Nama : MENITI SAKARATUL MAUT
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR13.00
    • Penerangan :

      MENITI SAKARATUL MAUT 

      Setiap orang pasti akan melalui detik-detik sakaratul maut.

      • Bagaimanakah para nabi, khalifah dan orang soleh memalui detik-detik ini ?
      • Apakah yang diucapkan pada akhir nafas mereka ?
      • Apa yang perlu dilakukan oleh ahli keluarga kepada insan yang sedang sakaratul maut ?
      • Bolehkah kita bersedih apabila orang yang disayangi meninggal dunia ?
      • Adakah kita akan berbaik sangka kepada Allah pada ketika ini ?

      'Kematian pasti akan tiba...'

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : KURSUS LENGKAP-PERKAHWINAN
    • Nama : KURSUS LENGKAP-PERKAHWINAN
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR21.00
    • Penerangan :

      KURSUS LENGKAP PERKAHWINAN-Adab Dan Bimbingan Menjadi Suami Isteri Berjaya

      Pembentukan rumahtangga adalah satu keperluan dan tuntutan hidup yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan penuh keinsafan, supaya rumahtangga yang bakal dibina sentiasa aman dan sejahtera.

      Allah SWT berfirman :

      " Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan menjadikan-Nya di antara kamu(suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir". (Ar-Rum:21)

      Buku Kursus Lengkap Perkahwinan ini diharapkan dapat membantu generasi muda yang bakal berumahtangga, ataupun mereka yang sudah berumahtangga bagi membina keluarga dan generasi yang bahagia atau keluarga sakinah.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : 100 WASIAT NABI UNTUK WANITA
    • Nama : 100 WASIAT NABI UNTUK WANITA
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR17.00
    • Penerangan :

      100 WASIAT NABI UNTUK WANITA

      Sesungguhnya kaum wanita memiliki tempat yang istimewa dalam islam. Keistimewaan ini diberitahu melalui Rasulullah SAW. Sabda ataupun wasiat baginda ini disampaikan kepada wanita pada sepanjang zaman.

      Antara wasiat baginda adalah :

      • " Janganlah menikahkan janda sebelum meminta pendapatnya dan janganlah menikahkan anak dara sebelum meminta persetujuannya ".
      • " Seorang janda lebih berhak ke atas dirinya berbanding walinya ".
      • " Orang mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik antara kalian adalah yang paling baik perlakuannya kepada perempuan
    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : 12 CARA MENDAPATKAN DOA MALAIKAT
    • Nama : 12 CARA MENDAPATKAN DOA MALAIKAT
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR20.00
    • Penerangan :

      12 CARA MENDAPATKAN DOA MALAIKAT

      Antara isu yang dikupaskan di dalam buku ini adalah :

      • Apakah yang patut kita lakukan bagi mendapatkan doa daripada malaikat ?
      • Bagaimanakan cara malaikat mendoakan kita ?
      • Dimanakah tempat yang disukai malaikat ?
      • Apakah yang membuatkan malaikat menjauhi kita ?

      Setiap persoalan pasti akan terjawab melalui pembacaan dalam buku ini. 

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : WASIAT IBNU QUDAMAH AL MAQDISI
    • Nama : WASIAT IBNU QUDAMAH AL MAQDISI
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR10.00
    • Penerangan :

      WASIAT IBNU QUDAMAH AL MAQDISI - Jalan Lurus Menuju Allah

      Nama sebenar beliau ialah Abu Muhammad, Abdullah bin Ahmad bin Qudamah Al Jamai'li Al Maqdisi Ad Dimasyqi Al Hambali. Beliau seorang ulama mazhab Hambali yang amat faqih dan mempunyai karangan yang masyhur. Dilahirkan di Jama'ili iaitu sebuah perkampungan di kawasan Nablus, Palestin pada tahun 541H bersamaan dengan 1146M dan beliau meninggal dunia pada tahun 620H bersamaan dengan 1223M.

      Beliau merupakan seorang Imam yang diikuti, mujtahid dan syaikul Islam. Beliau menghafaz al-Quran dan menguasainya sebelum usia balighnya. Beliau mengembara menuntut ilmu bersama dengan sepupunya Al Hafiz Abdul Ghani pada tahun 561H di Kota Baghdad. Beliau sempat belajar dengan Syaikh Abdul Qadir Al Jilani di madrasahnya di Baghdad selama 40 hari. Beliau mempunyai ramai guru dan juga mempunyai ramai murid. Antara gurunya yang terkenal ialah Ibnu Jauzi ra.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : SEJARAH KEAJAIBAN GERAK DALAM SOLAT
    • Nama : SEJARAH KEAJAIBAN GERAK DALAM SOLAT
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR15.00
    • Penerangan :

      SEJARAH KEAJAIBAN GERAK DALAM SOLAT

      Buku ini memaparkan sejarah bermulanya kewajiban solat, dari malam kejadian Israk dan Mikraj dan rahsia di sebalik gerakan dan bacaan dalam solat, mengikut panduan al-Quran dan hadis.

      Disini juga dapat kita cungkil rahsia diperintahkan bersolat di awal waktu juga rahsia-rahsia gelombang alam pada setiap masuknya waktu solat.

      Diharapkan buku ini dapat memberikan petunjuk kepada umat Islam bagi mengenal selok belok solat dan memberi fokus dalam menunaikan solat seharian bagi merapatkan hubungan antara hamba dengan Tuhannya.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : TOOLKIT FARDHU AIN
    • Nama : TOOLKIT FARDHU AIN
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR39.00
    • Penerangan :

      TOOLKIT FARDHU AIN

      Toolkit Fardhu Ain adalah panduan fardhu ain yang ringkas. Ilmu fardhu ainmerupakan ilmu yang membincangkan tentang segala amalan-amalan wajib yang dilakuka oleh umat Islam pada setiap masa. Antara topik yang dimuatkan dalam buku ini ialah taharah, najis, istinjak, darah wanita, air manusia,mandi, sunat fitrah, wuduk dan tayamum.

      Segala kandungan yang terdapat dalam buku ini sangat sesuai dibaca oleh semua golongan masyarakat. Gaya bahasa yang mudah dan senang difahami oleh golongan biasa. Dilengkapi juga dengan gambar, jadual dan peta minda bagi memudahkan pembaca memahami segala topik yang dibahaskan.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : BILIK-BILIK CINTA MUHAMMAD
    • Nama : BILIK-BILIK CINTA MUHAMMAD
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR27.00
    • Penerangan :

      BILIK-BILIK CINTA MUHAMMAD

      Bagaimanakah kehidupan Nabi Muhammad sehari-harian ?

      Bagaimanakah kehidupan baginda dengan isteri-isterinya ?

      Bagaimana pula pergaulan Nabi Muhammad SAW dengan orang di sekeliling baginda yang lain seperti :

      • Keluarga bapa saudara baginda.
      • Anak-anak baginda dan anak-anak tiri.
      • Para Hamba sahaya.
      • Para jiran tetangga.
      • Para sahabat

      Semua jawapan di atas dapat disemak dalam buku Bilik-Bilik Cinta Muhammad SAW ini. Semoga buku ini dapat menambahkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan