Kategori Buku (sila tekan)

Penerbit -

    • Gambar : KAKI MASJID
    • Nama : KAKI MASJID
    • Kod : MUSTREAD
    • Harga : MYR18.00
    • Berat : 143.00G
    • Penerangan :

      KAKI MASJID - Kaki Masjid Di Dunia, VIP Di Syurga

      Pernah lihat ikan dilepaskan ke dalam air? Gembira ikan itu tidak terkata. Begitulah perasaannya apabila orang yang kaki masjid itu dapat berkunjung ke masjid. 

      Ibarat rindu kepada kekasih. Ibarat benda yang kita suka. Makin lama makin cinta. Makin dekat makin sedap, makin seronok, makin berahi. Hati sentiasa ingat, sentiasa melekat.

      Jadilah kaki masjid, bukak kaki sembang atau kaki karaoke. Latih diri jadi kekasih Allah. Banyakkan pergi ke masjid daripada pergi ke supermarket. Banyakkan selawat, banyakkan sebut nama ya Allah, ya Allah, ya Allah. Bukan amal ya TV, ya TV, ya makan, ya makan, ya anak, ya bini.

      Jom kita jadi kaki masjid. Masjid tempat peberet kita, insya-Allah.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : SALAHUDIN AL-AYUBI
    • Nama : SALAHUDIN AL-AYUBI
    • Kod : PTS
    • Harga : MYR24.00
    • Berat : 306.00G
    • Penerangan :

      SALAHUDIN AL AYUBI - Pembuka Baitulmuqaddis

      Salahudin al- Ayubi adalah pemberani terulung. Tidak pernah sesekali beliau rela Baitulmuqaddis terus berada dalam tangan tentera salib. Gerakan ketenteraannya, yang penuh strategi, dan percaturan politiknya yang bijak, berjaya menyatukan negara-negara Islam.

      Selepas Islam bersatu, akhirnya satu demi satu tanah jajahan salib jatuh, sehinggalah Baitulmuqaddis berjaya dikembalikan kepada Islam.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : PERJANJIAN HUDAIBIYAH
    • Nama : PERJANJIAN HUDAIBIYAH
    • Kod : PTS
    • Harga : MYR24.00
    • Berat : 298.00G
    • Penerangan :

      PERJANJIAN HUDAIBIYAH

      Bertitik tolak daripada mimpi Rasulullah SAW, beliau bersama 1,400 orang Islam Madinah menuju Makkah bagi mengerjakan ibadat umrah. Kaum Musyrikin Makkah yang tidak gembira dengan khabar kedatangan rombongan umat Islam dari Madinah, sudah sedia menunggu dengan senjata terhunus. Saidina Uthman bin Affan dihantar bagi berunding, namun tersebar pula berita yang beliau tewas di tangan musuh.

      Demi sebuah perdamaian, kedua-dua pihak akhirnya bersetuju mengikat perjanjian yang dilihat memihak kepada Musyrikin Makkah. Namun, hakikatnya ia mengandungi seribu hikmah buat umat Islam.

      Perjanjian Hudaibiyah adalah perjanjian sebelas syarat yang sebenarnya membuktikan ketenangan dan kebijaksanaan seorang utusan Allah.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : DRACULA - Bermulanya Sebuah Legenda
    • Nama : DRACULA - Bermulanya Sebuah Legenda
    • Kod : PTS
    • Harga : MYR23.00
    • Berat : 309.00G
    • Penerangan :

      DRACULA - Bermulanya Sebuah Legenda

      Dalam budaya popular, Dracula digambarkan sebagai raja puntianak yang hauskan darah. Puntianak yang berasal daripada legenda seorang raja yang kejam, yang dikenali sebagai Vlad II Dracula, pemerintah bagi wilayah Wallachia.

      Inilah novel, yang menceritakan kisah hidup Vlad yang penuh dendam, kisah pertembungannya dengan Empayar Uthmaniyyah yang maha sengit, kisah bagaimana akhirnya dia dikenali sebagai Vlad the Impaler yang tidak punya belas simpati, dan juga kisah bagaimana kekejamannya terhenti.

      Kisah-kisah itulah yang teradun denga fakta dan mitos, dan akhirnya bermulalah sebuah legenda yang bernama Dracula.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : PERANG JEMENTAH-Kuasa Diutamakan, Agama Diketepikan
    • Nama : PERANG JEMENTAH-Kuasa Diutamakan, Agama Diketepikan
    • Kod : PTS
    • Harga : MYR24.00
    • Berat : 359.00G
    • Penerangan :

      PERANG JEMENTAH-Kuasa Diutamakan, Agama Diketepikan

      Berita kemangkatan Sultan Ali mengejutkan seluruh penduduk Umbai-Kesang. Sebelum mangkat, baginda mewasiatkan supaya Tengku Mahmod dilantik menjadi sultan menggantikan baginda. Tengku Mahmod adalah putera Almarhum Sultan dengan isteri ketiga baginda, iaitu orang kebanyakan. Pelantikan ini ditentang oleh Tengku Alam, putera sulung baginda dari isteri tuanya.

      Akibat tentangan itu, tercetuslah perang saudara yang pertama di Johor.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : PERANG KHAIBAR-Penaklukan Kota Khaibar
    • Nama : PERANG KHAIBAR-Penaklukan Kota Khaibar
    • Kod : PTS
    • Harga : MYR24.00
    • Berat : 302.00G
    • Penerangan :

      PERANG KHAIBAR-Penaklukan Kota Khaibar

      Kota Khaibar terletak 150 kilometer dari Madinah. Ia adalah sebuah kubu kaum Yahudi yang terbesar meliputi kawasan berbukit dan kawasan pamah. Ia terdiri daripada lapan buah kubu yang besar dan setiap kubu dilingkungi benteng yang kukuh. 

      Walaupun ia dikepung selama setahun ia tetap tidak mampu ditawan kerana mendapat bekalan makanan dan air. Tentera Rom sudah beberapa kali cuba menakluk Kota Khaibar tetapi tidak berjaya. Ia adalah antara kubu terkukuh yang pernah dibina.

      *****

      Selepas perang Khandaq, Yahudi Bani Qainuqa' dan Bani Nadhir yang mendiami Khaibar mula merancang membalas dendam kepada pihal Islam. Mereka mengajak kaum Yahudi lain termasuk Wadi Qurra, Taima', Fadak dan kabilah Arab Ghafatan sekali lagi menyerang Madinah.

      Tentera terbaik di bawah pimpinan junjungan agung bertindak pantas. Rancangan menakluk Kota Khaibar bagi menghalang serangan segera diatur. Akhirnya tentera terbaik pun bersemuka dengan kubu terkukuh dan Perang Khaibar pun bersemarak.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : PERANG UHUD-Sejarah Duka Tentera Islam
    • Nama : PERANG UHUD-Sejarah Duka Tentera Islam
    • Kod : PTS
    • Harga : MYR24.00
    • Berat : 297.00G
    • Penerangan :

      PERANG UHUD - Sejarah Duka Tentera Islam

      Pada 3 Syawal tahun 3 Hijrah, di suatu kawasan yang dahulu hening daripada pekik manusia, sepi daripada gemerincing baju zirah, sunyi daripada derap-derap kaki kuda serta damai daripada dengungan pedang dan anak panah, suatu pertempuran hebat akan terjadi. Pertempuran yang memerahkan tanah pasir, peperangan yang memberikan seribu pengajaran. Pertempuran yang dikenali sebagai perang Uhud.

      *****

      Gunung Uhud terletak di sebelah utara Kota Madinah. Jauhnya kira-kira enam kilometer dari Masjid Nabawi. Dinamakan Gunung Uhud kerana keadaannya tunggal tidak bersambung dengan gunung-gunung yang lain. Dari jauh gunung itu tampak kemerahan kerana terdiri dari batu kerikil merah.

      Dalam pertempuran di kaki Gunung Uhud itu, pasukan Islam mengalami kekalahan di mana 71 orang gugur syahid manakala di pihak lawan hanya 23 orang yang terbunuh.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : PERANG BADAR-Perang Penentuan
    • Nama : PERANG BADAR-Perang Penentuan
    • Kod : PTS
    • Harga : MYR24.00
    • Berat : 290.00G
    • Penerangan :

      PERANG BADAR - Perang Penentuan

      Inilah perang pertama dan ini adalah 'perang' bagi ujian keimanan. Ujian keimanan yang datang pada saat umat Islam menjalani ibadah puasa. Para bangsawan Quraisy kafir Mekah dengan tentera-tentera yang gagah, mencabar kekuatan umat Islam di Madinah. Cabaran mereka bersandarkan pada tajamnya pedang dan hitamnya hati.

      Umat Islam yang dipimpin oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW tidak undur. Bersama dengan 305 tentera Islam yang setia menunggu di Badar. Mereka daripada kabilah-kabilah yang berbeza, berjuang demi agama yang sama. 

      Pada 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah, Perang Badar... perang penentuan pun bermula...

      Perang Badar adalah perang pertama yang dilalui oleh umat Islam. Ia berlaku pada 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah bersamaan 17 Mac 624 Masihi. Pada mulanya umat Islam diuji buat pertama kali diwajibkan berpuasa pada siang bulan Ramadan, kemudian pada bulan yang sama diuji lagi berperang bersama Rasulullah, semasa mereka sedang berpuasa. 

      Pentingnya Perang Badar hingga Nabi Muhammad berdoa, sekiranya mereka kalah maka tidak ada lagi manusia yang akan menyembah Allah di muka bumi ini.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : IMAM MOHAMED SAID RAMADAN AL-BOUTI
    • Nama : IMAM MOHAMED SAID RAMADAN AL-BOUTI
    • Kod : PTS
    • Harga : MYR12.00
    • Berat : 182.00G
    • Penerangan :

      IMAM MOHAMED SAID RAMADAN AL-BOUTI

      Imam Mohamed Said Ramadan al Bouti dalam kenangan adalah himpunan kertas kerja yang ringkas dan padat mengenai seorang ulama kontemporari yang tiada tandingannya pada zaman ini. Di samping kisah hidup dan latar belakang beliau, buku ini juga ciba mengetengahkan aspek pemikiran Al-Bouti yang dilihat kontroversi dan mengundang pelbagai kritikan, sehingga akhirnya beliau dikurniakan syahid kerana dibom ketika sedang mengajar. Semoga Allah merahmati dan mengampuni beliau.

      " Penguasaan bahasa Arab yang baik, pidato yang mengesankan jiwa, hujah yang mantap, wajah istidlal daripada dalil dan juga kekuatan Usul Al-Fiqh menjadikan Al-Bouti cukup terkenal di bumi Syam. Beliau mampu mengajar ilmu tasawuf melalui Syarah Hikam yang cukup terkenal. Kajian sirah nabawiyah melalui kitabnya Fiqh Al-Sirah melonjakkan namanya ke persada tokoh ulama dunia mutakhir ini." - S.S.Datuk Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan KL)

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : UMAR ABDUL AZIZ
    • Nama : UMAR ABDUL AZIZ
    • Kod : PTS
    • Harga : MYR24.00
    • Berat : 326.00G
    • Penerangan :

      UMAR ABDUL AZIZ - Bayangan Khalifah al-Rasyidin

      Semasa hidupnya, Khalifah Umar al-Khattab selalu berdoa. "Wahai tuhanku, kurniakan aku zuriat yang menguatkan Islam."

      Doa Khalifah Umar al-Khattab termakbul dengan lahirnya Umar bin Abdul Aziz atau nama sebenarnya Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam bin Ash bin Umaiyah bin Abdi Syams. Ibunya bernama Laila Ummu Ashim binti Ashim bin Umar al-Khattab, khalifah al Rasyidin yang kedua.

      Beliau dilahirkan di Halwan pada tahun 61 Hijrah/683 Masihi. Namun pendapat yang popular mengatakan beliau lahir pada 63 Hijrah/684 Masihi di Kota Madinah ketika tentera Yazid bin Muawiyah dari Damsyik menyerang kota suci tersebut.

      Selepas menjadi khalifah, Umar Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan  keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangkan menyamai keadilan pada zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khattab yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim.

      Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut siapa Umar Abdul Aziz dan mengapa dia dianggap sebagai bayangan Khalifah al-Rasyidin. 

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : RUNTUHNYA ISLAM ANDALUSIA
    • Nama : RUNTUHNYA ISLAM ANDALUSIA
    • Kod : PTS
    • Harga : MYR20.00
    • Berat : 257.00G
    • Penerangan :

      RUNTUHNYA ISLAM ANDALUSIA - Pelengkap Kemasyhuran Ratu Isabella

      Andalusia diperintah oleh umat Islam selama 781 tahun, dari tahun 711 hingga 1492. 

      Pemerintahan Islam di Andalusia bermula apabila Thariq bin Ziyad bersama pasukan tenteranya berjaya memasuki negara itu melalui Selat Jabal Thariq (Gibraltar) yang terletak di Teluk Algeciras. Selat ini menghubungkan Laut Atlantik dnegan Laut Mediterranean.

      Kemudian, perlahan-lahan akibat masalah dalaman, satu persatu wilayah orang Islam di Andalusia runtuh. Apabila Ratu Isabella bersama Raja Ferdinand bergabung, kekuatan Kristian semakin memuncak dan akhirnya kota terakhir umat Islam di Andalusia, jatuh ke tangan mereka.

      Inilah kisah, runtuhnya Islam di Andalusia.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : SULTAN ABDUL HAMID II
    • Nama : SULTAN ABDUL HAMID II
    • Kod : PTS
    • Harga : MYR25.00
    • Berat : 375.00G
    • Penerangan :

      SULTAN ABDUL HAMID II - Sultan Terakhir Empayar Uthmaniyyah

      Sultan Abdul Hamid ii, mewarisi sebuah empayar yang sudah lemah. Empayar yang sudah mula diintai para kuasa besar Eropah untuk diratah-ratah.

      Baginda berusaha menyelamatkan empayar Uthmaniyyah dengan sedaya upaya. Dalam masa ratusan tahun, baginda menjadi antara khalifah Turki yang sangat berbakat. Namun, bukan sahaja tentangan dari luar yang perlu di hadapi, malah kelicikan musuh dari dalam yang mebuatkan dia terpaksa menjadi Sultan Terakhir Empayar Uthmaniyyah.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : MALCOLM X - Pembela Kulit Hitam Amerika
    • Nama : MALCOLM X - Pembela Kulit Hitam Amerika
    • Kod : PTS
    • Penerangan :

      MALCOLM X - Pembela Kulit Hitam Amerika

      Malcolm X dilahirkan pada tahun 1954 di Omaha, Nebraska. Bapanya, Earl Little, adalah seorang reverend yang berceramah untuk memperjuangkan hak orang kulit hitam. Oleh kerana ucapan bapanya sering berunsurkan subversif, keluarga Malcolm diserang oleh kumpulan 'white supremacist' Ku Klux Klan dan The Black Legion yang membakar rumah keluarga mereka. Selepas berpindah ke Michigan, bapanya mati dibunuh dan ibunya pula menjadi gila. Malcolm dan adik-beraduknya seramai lapan orang dipisahkan dan diletakkan di bawah keluarga angkat.

      Pada usia 20 tahun, dia dimasukkan ke Charlestown State Prison dengan hukuman penjara 10 tahun. Di dalam penjara, Malcolm kembali belajar menulis, menghafal kamus dan mempelajari sejarah keturunan orang kulit hitam. Adik beradiknya sering datang melawat. Akhirnya Malcolm mendapat tahu keluarganya sudah memeluk agama Islam di bawah seorang lelaki yang bernama Elijah Muhammad melalui pertubuhan Nation of Islam. 

      Kisah Malcolm X pun bermula..

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : PERANG SALIB KETIGA
    • Nama : PERANG SALIB KETIGA
    • Kod : PTS
    • Harga : MYR22.00
    • Berat : 342.00G
    • Penerangan :

      PERANG SALIB KETIGA - Tumpasnya Richard The Lionheart

      Selepas Baitulmuqaddis berjaya dibuka oleh Salahudin Al-Ayubi, negara-negara Kristian Eropah mula menggerakkan misi merampas kembali tanah suci itu. Raja-Raja besar Eropah mengumpulkan kekuatan tentera yang mencapai ratusan ribu orang, lalu berarak menuju ke Timur.

      Antara raja-raja itu, muncul seorang raja yang menjadi duri dalam daging tentera Islam. Beliau adalah Richard 1, Raja England yang lebih dikenali sebagai Richard The Lion.

      Kegagahan beliau di medan tempur dan kepintaran strateginya, menyebabkan tentera Islam mengalami beberapa kekalahan. Akibatnya, Richard The Lionheart sudah semakin hampir dengan Baitumuqaddis.

      Namun, tentera Islam di bawah kepimpinan Salhudin Al-Ayubi tidak pernah patah semangat.

      Lalu apa akhir pertembungan dua pemimpin agong ini ?

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : PERANG SALIB KEDUA
    • Nama : PERANG SALIB KEDUA
    • Kod : PTS
    • Harga : MYR26.00
    • Berat : 452.00G
    • Penerangan :

      PERANG SALIB KEDUA

      Selepas Baitulmuqaddis jatuh ke tangan tentera Salib, umat Islam kehilangan taring. Kerajaan Salib Jerussalem kukuh mempertahankan Baitulmuqaddis. Sehinggalah jatuhnya kota Edessa ke tangan Sultan Imanuddin Zangi. Kerajaan Salib mula menjadi resah. Bantuan segera dipohon daripada kerajaan-kerajaan Eropah. Bilangan tentera yang besar dari Eropah datang membantu dengan membawa semangat Perang Salib Kedua. Semangat yang lebih kuat bagi menakluki lebih banyak wilayah Islam.

      Pada saat getir itulah munculnya pemimpin legenda, Salahudin Al-Ayubi, yang bukan sahaja menyekat, malah turut membuka kembali Kota Baitulmuqaddis kepada umat Islam.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : PERANG SALIB PERTAMA
    • Nama : PERANG SALIB PERTAMA
    • Kod : PTS
    • Harga : MYR25.00
    • Berat : 398.00G
    • Penerangan :

      PERANG SALIB PERTAMA - Jatuhnya Baitulmuqaddis

      Inilah permulaan bagi siri peperangan yang paling panjang dalam sejarah peradaban manusia.

      Ia bermula dengan Maharaja Alexius 1, yang meminta bantuan Barat, demi mempertahankan Empayar Rom Byzantine. Seruan itu bersambut, dengan Paus Urban 11 berucap di persidangan Clermont. Dia menyeru bagi membantu Empayar Rom Byzantine, menyeru kepada balas dendam dan menyeru membebaskan Baitulmuqaddis. Seruan itu merebak ke seluruh Eropah. Akhirnya puluhan ribu sukarelawan berkumpul di Kota Konstantinopel.

      Sementara itu, jauh di Timur, kerajaan Islam Turki Seljuk, Kerajaan Fatimiyah Mesir, Bani Abbasiyah terus bertelagah kuasa. Mereka tidak sedar, satu gerombolan tentera yang tinggi semangat juangnya, sedang menuju ke arah mereka, yang akan menghancurkan segala yang menghalang. Mereka adalah gerombolan tentera Salib.

      Lalu, apa akhirnya bagi Perang Salib yang pertama ?

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK 2
    • Nama : HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK 2
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR19.00
    • Berat : 259.00G
    • Penerangan :

      HIMPUNAN TAZKIRAH CANTEEK 2

      TEGUR YANG DITEGUR

      Kemudahan media sosial yang terus berkembang hari ini menjadikan banyak pihak yang ghairah untuk memberi teguran pada sesuatu perkara yang dirasakan perlu untuk menegur. Bagus sebenarnya, saling ingat-mengingatkan! Cuma dalam keghairahan seperti inilah kita sering terlupa dalam Islam hendak menegur pun ada adab yang perlu dijaga.

      BELUM TENTU TENANG

      Ketenangan hati sangat penting bagi setiap insan. Terdapat pelbagai cara untuk manusia mencari ketenangan. Ada yang berjam-jam melihat ikan arowana kesayangannya di dalam akuarium, ada yang pergi ke tepi pantai, ada yang pergi jungle tracking jauh ke dalam hutan atau mendaki puncak gunung semata-mata hendak mencari ketenangan tersebut. Dapat title MB (mak bapak) pun belum tentu dapat ketenangan.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : ISLAM HINA WANITA ?
    • Nama : ISLAM HINA WANITA ?
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR16.00
    • Berat : 188.00G
    • Penerangan :

      ISLAM HINA WANITA ?

      • Benarkah majoriti ahli neraka adalah wanita ? -halaman 8
      • Islam meletakkan darjat wanita sebagai insan kelas kedua ? - halaman 18
      • Adilkah Islam yang menyekat kebebasan wanita dengan adanya tempoh idah ? - halaman 67
      • Isteri akan dilaknat oleh malaikat jika enggan bersama suami ? - halaman 130

      Segala persoalan di atas akan terjawab apabila anda memiliki buku ini. Usah biarkan diri terus menafikan kedudukan sebenar seorang wanita dalam Islam. Daptkan pencerahan yang jelas supaya Islam tidak disalaherti. Islam itu indah. Wanita juga ciptaan yang indah. Oleh itu, rungkaikan segala persoalan agar kedudukan wanita dalam Islam yang indah sentiasa indah.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : MUNYATUL MUSOLLI
    • Nama : MUNYATUL MUSOLLI
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR20.00
    • Berat : 307.00G
    • Penerangan :

      MUNYATUL MUSOLLI - Harapan Orang Yang Bersolat

      Sebuah karya berharga tulisan ulama rantau Nusantara, iaitu Syeikh Daud al-Fathani melalui karangannya, Munyatul Musolli. Kitab ini telah menjadi panduan dan bahan pengajian di banyak kawasan di Rantau Melayu dan diajar di merata tempat. Membicarakan perkara-perkara asas tentang solat berdasarkan mazhab Imam Syafie. Turut diselitkan dengan perbahasan tanggungjawab pemimpin yang disadur daripada kitab Siraj al-Muluk. Sementara itu, di akhir kitab ini disertakan juga kitab al-Bahjah al-Mardhiyyah yang membicarakan persoalan perihal imam dan makmum.

      Masih mengekalkan tulisan asal pengarang dalam tulisan Jawi sebagai menjana amanah ilmu serta memartabatkan warisan tulisan yang bernilai ini agar ia kekal diketahui dan diwarisi sepanjang zaman.

      Digantingkan dengan edisi pengalihan kepada bahasa Melayu moden supaya lebih mudah difahami oleh generasi baru. Turut merangkumkan isi kitab dan perbahasan dengan bahasa yang lebih jelas dan mudah dihadam.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : CELIK FIQAH 24/7
    • Nama : CELIK FIQAH 24/7
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR14.00
    • Berat : 236.00G
    • Penerangan :

      CELIK FIQAH 24/7

      Miliki buku ini segera agar persoalan-persoalan ringkas tentang hukum setiap amalan kita dapat dihadam tanpa ragu-ragu. Kita tahu tentang sesuatu amalan tetapi adakah kita jelas dengan hukumnya ? Kita tahu tentang sesuatu hukum tetapi sejauh mana kita yakin? Insya-Allah, buku ini dapat menjawab secara pantas setiap persoalan anda. Singkirkan keraguan, beramal dengan aman.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan