BULANAN BESTSELLER -

    • Gambar : 600 Kesalahan Dalam Solat
    • Nama : 600 Kesalahan Dalam Solat
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR36.00
    • Penerangan :

      600 KESALAHAN DALAM SOLAT

      Solat merupakan kewajipan dalam kehidupan umat Islam. Nabi Muhammad SAW diisrakkan ke langit untuk menerima perintah solat. Solatlah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama memperbaiki kualiti solat kita.

      Hayati maksud hadis yang berikut,

      "Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak adalah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak".

      Namun begitu, tanpa kita sedari terdapat beberapa kesilapan yang kita lakukan ketika mengerjakan ibadat solat yang sangat dituntut. Semoga dengan terhasilnya buku ini dapat memberi sedikit panduan kepada kita agar berhati-hati serta menjaga daripada melakukan perkara-perkara yang dapat membatalkan solat.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : Peristiwa Rasulullah : Peringatan Akhir Zaman
    • Nama : Peristiwa Rasulullah : Peringatan Akhir Zaman
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR23.00
    • Penerangan :

      PERISTIWA RASULULLAH : PERINGATAN AKHIR ZAMAN

      Nabi Muhammad SAW menyebut dalam beberapa hadis baginda tentang keadaan umat akhir zaman.

      Antara hadis itu adalah : 

      Abu HUraurah melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

      Kiamat tidak akan berlaku sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehinggakaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, " Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah dia!" kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)

      Hadis riwayat Bukhari Muslim.

      Buku ini menghuraikan lebih 40 hadis peringatan Rasulullah SAW tentang peristiwa akhir zaman, ada antara hadis baginda yang sudah berlaku pada zaman ini dan ada juga yang belum. Semoga buku ini menjadi panduan kepada kita bagi mengharungi hidup di akhir zaman ini.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : Pendekatan Dakwah Wali Songo 9
    • Nama : Pendekatan Dakwah Wali Songo 9
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR29.00
    • Penerangan :

      PENDEKATAN DAKWAH WALI SONGO 9

      Kegelapan tidak akan hilang dengan siri pukulan tongkat. Oleh itu, gelap sangat memerlukan cahaya. Inilah sebenarnya 'maunah' Allah yang menjadi rahsia kejayaan dakwah yang penuh hikmah dan kebijaksanaan. Pendekatan dakwah yang bijaksana menjadi senjata penting kerana ia bertepatan dengan maksud firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 125,

      "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu (Allah) dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka melalui cara yang baik."

      Melihat realiti 'maunah' kurniaan Allah SWT yang dimanfaatkan oleh kumpulan Wali 9, sekalipun pelbagai bentuk badai datang menyerang akidah ummah, namun dengan kekuatan itu, Islam terus utuh sepanjang zaman. Bahkan rahmat keberkatannya terus utuh sebagai agama penyelamat hingga akhir zaman. Rahmat keberkatannya terus menerangi, menyebar, mengukuh, membela dan memayungi Muslim Nusantara yang melebihi 400 juta mewakili penganut Islam terbesar dunia.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : Rahsia Kehebatan Zaitun & Habbatus Sauda
    • Nama : Rahsia Kehebatan Zaitun & Habbatus Sauda
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR11.00
    • Penerangan :

      KELEBIHAN ZAITUN

      "Ia menumbuhkan bagimu dengannya tanam-tanaman, pokok-pokok zaitun dan tamar serta anggur; dan hari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda-tanda kekuasaan-Nya bagi kaum berfikir."

      (Surah an-Nahl : 11)

      Kajian menunjukkan bahawa minyak zaitun dapat mencegah timbulnya penyakit jantung dengan mengendalikan kadar low density lipoprotiens (LDL, atau kolestrol jahat) dan meningkatkan kadar high density lipoproteins (HDL, atau kolestrol baik) dalam darah.

      KELEBIHAN HABBATUS SAUDA

      Abu Hurairah melaporkan yang Rasulullah berkata, 

      Dalam habbatus sauda ada ubat untuk segala penyakit, kecuali as-saam (kematian).

      (Hadis direkod oleh Bukhari, kitab at-Thibb bab al-Habbatus Sauda',hadis no.5688)

      Habbatus Sauda kaya dengan beta-sitosterol, yang diketahui memiliki kemampuan mencegah kanser.

      -DR.Michael Tierra L. AC.O.M.D

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : Kisah Nabi Sulaiman & Ratu Saba
    • Nama : Kisah Nabi Sulaiman & Ratu Saba'
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR14.00
    • Penerangan :

      Taurat menyebutkan : Nabi Sulaiman as mencintai banyak wanita asing, termasuklah puteri kepada Piraun, iaitu Muwabiyat, Aminiyat, Adumiyat, Syaiduniyat, dan Hatsiyat. Mereka ialah umat yang pernah dikatakan oleh Allah SWT kepada Bani Israil, " janganlah kamu mengikuti cara mereka, dan ingatlah bahawa mereka tidak akan mengikuti cara kamu, malah mereka akan mencondongkan hati kamu di belakang tuhan-tuhan mereka".

      Walau bagaimanapun, Nabi sulaiman as secara tidak sengaja menjalinkan hubungan dengan mereka sehingga baginda memiliki 700 orang isteri dan 300 orang gundik. Wanita-wanita ini telah memesongkan hatinya sehingga menyebabkan hatinya tidak sesempurna ayahnya Nabi Daud as dalam menyembah Allah SWT. Namun adakah perkara ini diperakui oleh al-Quran ? Bagaimana pula dengan kisah Nabi Sulaiman as dalam al-Quran ?

      *(Taurat yang dimaksudkan di sini adalah yang sudah diubahsuai oelh ahli kitab)

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : Kala Izrail Datang Bertamu
    • Nama : Kala Izrail Datang Bertamu
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR22.00
    • Penerangan :

      KALA IZRAIL DATANG BERTAMU

      Sesungguhnya manusia tidak mengetahui bilakah waktunya Izrail akan datang bertamu. Akan tetapi Allah memberikan tanda-tanda dekatnya akhirat itu kepada manusia, melalui al-Quran dan sunnah. Buku ini akan memperincikan perkara itu.

      Buku ini juga akan membincangkan lebih lanjut, apa yang perlu dilakukan ketika Izrail sudah berada di hadapan pintu dan apa yang akan berlaku apabila roh sudah lepas dari ubun-ubun.

      Panduan yang diberikan dalam buku ini bukan sekadar menjadikan kita tahu, malah membuatkan hati kita bersedia bagi menghadapi hari datangnya Izrail. Buku inilah yang perlu dimiliki untuk menjadi manusia yang bijak, iaitu manusia yang sentiasa mengingati mati.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : 3 Tokoh Bakal Menakluk Dunia
    • Nama : 3 Tokoh Bakal Menakluk Dunia
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR49.00
    • Penerangan :

      3 TOKOH BAKAL MENAKLUK DUNIA

      Sebelum dunia ini dikiamatkan, Islam pasti menjadi agung semula setelah sekian lama Islam bersama penganutnya diperkecilkan oleh umat lain. Kini kita berada di suatu zaman dimana musuh Islam menjadikan umat Islam mangsa kerakusan dan kejahatan mereka.

      Kita diibaratkan bagai telur di hujung tanduk. Tiada pembela dan tiada siapa yang mempedulikannya. Itulah cabaran yang besar ke atas umat Islam yang mempertahankan keimanan dan keyakinan mereka kepada Allah Azawajallah.

      Inilah proses yang ditempuh oleh umat Islam bagi mengembalikan keyakinan mereka kepada hari kebangkitan dan adanya Allah yang maha berkuasa. Allah pasti tidak akan membiarkan Islam ini terus dirobek oleh musuh-mushnya.

      Ini tidak akan terjadi sehingga Allah datangkan kepada kita, Al-Mahdi dan Nabi Isa Al-Masih. Sesungguhnya saat itu semakin hampir untuk meletakkan Islam dan umatnya gemilang dan terbilang. Untuk mengetahui bagaimana Islam ini berdaulat semula, maka kita perlu membaiki dan terus membaca buku ini. Tentunya nanti kita akan tahu apa-apa yang orang lain tidak tahu tentang kejayaan umat Islam di akhir zaman.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan