BUKU TERBARU -

    • Gambar : 60 TIP MENJADI WANITA CANTIK & SOLEHAH
    • Nama : 60 TIP MENJADI WANITA CANTIK & SOLEHAH
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR19.00
    • Penerangan :

      60 TIP MENJADI WANITA CANTIK & SOLEHAH

      " Wanita adalah kunci kebaikan kepada sesuatu umat. Wanita bagaikan batu bata yang berperanan membangunkan generasi manusia."

      Apabila kaum wanitanya baik, maka baiklah suatu generasi. Sebaliknya apabila kaum wanita itu rosak, akan rosak pulalah generasi itu.

      Buku 60 Tip Menjadi Wanita Cantik & Solehah adalah himpunan tip bagi membantu wanita menjadi muslimah yang hebat untuk dirinya, keluarga dan orang di sekelilingnya. Dapatkan buku ini sebagai hadiah ataupu bahan rujukan muslimah. 

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : PANDUAN SOLAT FARDHU & SOLAT-SOLAT SUNAT
    • Nama : PANDUAN SOLAT FARDHU & SOLAT-SOLAT SUNAT
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR14.00
    • Penerangan :

      PANDUAN SOLAT FARDHU & SOLAT-SOLAT SUNAT

      " Solatlah kamu sebagaimana dikau melihat aku " -Hadis Nabi SAW

      Solat yang sempurna adalah asas kepada kesempurnaan tiang agama. Setiap orang Islam yang cukup syaratnya wajib menunaikan solat. Buku ini memaparkan bagaimana cara untuk melaksanakan solat dengan sempurna mengikut tertib aturan yang ditetapkan berpandu al-Quran dan hadis.

      Solat dengan hati yang khusyuk dan minda yang fokus adalah solat yang terbaik. Sesungguhnya solat yang khusyuk dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.

      Moga-moga buku ini dapat memberi panduan dan pencerahan kepada masyarakat. Hanya kepada Allah kita berserah dan memohon pertolongan.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : HIMPUNAN SOLAT SUNAT LENGKAP
    • Nama : HIMPUNAN SOLAT SUNAT LENGKAP
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR12.00
    • Penerangan :

      HIMPUNAN SOLAT SUNAT LENGKAP BERSERTA DOA & WIRID

      "Orang yang beriman digalakkan melaksanakan ibadah sunat bagi mendekatkan diri kepada Allah dan meraih kebaikan daripadanya"

      **********

      Aisyah melaporkan bahawa Nabi Muhammad bersabda, " Sesiapa yang sentiasa mengerjakan solat sunat 12 rakaat, Allah akan membina rumah untuknya di syurga..."( Riwayat Turmizi)

      Buku Himpunan Solat Sunat Lengkap Berserta Doa & Wirid Harian menghimpunkan jenis dan tatacara bagi melaksanakan solat-solat sunat. Semoga kita dapat beribadat berpandukan ilmu dan termasuk dalam golongan orang yang soleh.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : SOLAT FARDHU DAN SOLAT-SOLAT SUNAT
    • Nama : SOLAT FARDHU DAN SOLAT-SOLAT SUNAT
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR9.00
    • Penerangan :

      SOLAT FARDHU DAN SOLAT-SOLAT SUNAT

      "Solatlah kamu sebagaimana dikau melihat aku".- Hadith Nabi SAW

      Solat yang sempurna adalah asas kepada kesempurnaan tiang agama. Setiap orang Islam yang cukup syaratnya wajib menunaikan solat. Buku ini memaparkan bagaimana cara untuk melaksanakan solat dengan sempurna mengikut tertib aturan yang ditetapkan berpandu al-Quran  dan hadis.

      Solat dengan hati yang khusyuk dan minda yang fokus adalah solat yang terbaik. Sesungguhnya solat yang khusyuk dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.

      Moga-moga ini dapat memberi panduan dan pencerahan kepada masyarakat. Hanya kepada Allah kita berserah dan memohon pertolongan.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : 200 Wasiat Ibnu Arabi
    • Nama : 200 Wasiat Ibnu Arabi
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR47.00
    • Penerangan :

      200 WASIAT IBNU ARABI

      Beberapa wasiat Ibnu Arabi : 

      Allah berada di sisi hamba-nya ketika sakit. Tidakkah engkau melihat orang sakit yang tidak punya tempat meminta pertolongan selain Allah dan tidak ada yang diingatinya kecuali Dia ?

      **********

      Berhati-hatilah, jangan engkau menjadi orang yang tidak mamhu memohon pertolongan kepada Tuhan, kerana orang seperti ini bereti bahawa ia telah menuduh-Nya sebagai bakhil.

      **********

      Peliharalah hak jiran tetangga dan dahulukanlah jiran yang paling hampir. Berilah jiranmu apa yang telah dianugerahkan Allah SWT kepadamu, kerana engkau akan ditanya tentang mereka.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : 120 Doa Yang Disukai Nabi Muhammad
    • Nama : 120 Doa Yang Disukai Nabi Muhammad
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR27.00
    • Penerangan :

      120 DOA YANG DISUKAI NABI MUHAMMAD

      Doa adalah permohonan yang dihajatkan kepada Allah dengan penuh rasa rendah diri, kekhusyukkan jiwa, harapan dan pergantungan yang mutlak kepada-Nya.

      Namun, waktu dan ketika yang dipilih oleh Allah untuk sesuatu doa itu diperkenankan, hanya dalam pengetahuan Allah. Kadang-kala dilambatkan atas hikmah yang Dia Maha Mengetahui, dan biasanya kita akan melihat hikmah tersebut apabila tiba masanya. Sehingga, apabila tiba waktu doa itu ditunaikan Allah, baru kita alan berasa betapa beruntungnya kemustajaban itu hadir pada waktu tersebut. Maka jangan putus asa dalam doa. Sabda Nabi SAW :

      Doa itu sentiasa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah, selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, ataupun memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopoh gapah.

      Ditanya kepada baginda, " Apa itu tergopoh-gapah?"

      Baginda menjawab, " Apabila dia berkata, 'Aku telah pun berdoa! Aku telah pun berdoa, tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku,' lalu dia berhenti di situ dan meninggalkan doa." (Riwayat Muslim)

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : Rahsia Menjadi Isteri Penuh Pesona
    • Nama : Rahsia Menjadi Isteri Penuh Pesona
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR28.00
    • Penerangan :

      RAHSIA MENJADI ISTERI PENUH PESONA

      Apabila seorang isteri mentaati semua perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya, nescaya dia akan menjadi seorang yang dimuliakan jiwanya di sisi Allah. Ditambah pula dengan tingkahnya yang elok dan mempesonakan hati suaminya, sudah pasti janji untuknya adalah syurga. Manakala pergaulan yang baik dan lembut di dalam rumah bersama anak-anak, bakal menjadikan rumahnya ibarat syurga buat keluarganya. Dari semua perkara yang tersebut, manusia akan melihat keindahan Islam, kemuliaan dan kecantikan melalui dirinya.

      Nabi SAW pernah bersabda kepada Umar, " Mahukah kamu saya tunjukkan perbendaharaan (khazanah) terbaik untuk disimpan oleh seseorang ? Iaitu isteri yang solehah, apabila melihatnya pasti menyenangkan, apabila diperintah pasti mentaatinya dan apabila ditinggal (pergi suami) pasti dapat menjaga dirinya dan harta suaminya." (Riwayat Abu Daud)

      Oleh itu wahai isteri Muslimah, marilah kita sama-sama menjadi seperti para wanita dambaan Islam yang taat dan penuh pesona serta setia bagi mengharumkan rumah tangganya. Marilah kita mempelajari Rahsia Menjadi Isteri Penuh Pesona melalui kalam-Nya. Moga bermanfaat.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : Kuasa Solat Duha
    • Nama : Kuasa Solat Duha
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR15.00
    • Penerangan :

      KUASA SOLAT DUHA

      Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Qudsi :

      Allah SWT berfiman : "Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau meninggalkan empat rakaat pada waktu permulaan siang ( solat duha) nescaya pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada akhir harinya."

      (Hadis riwayat Abu Daud, Ahmad dan Tirmizi)

      Rasulullah SAW bersabda, " Solat awwabin (orang yang suka taubat) waktunya adalah ketika unta merasakan panas."

      (Hadis riwayat Muslim, Ad Darimi dan Ibnu Hibban)

      Abu Hurairah berkata, " Kekasihku Nabi SAW mewasiatkan kepadaku dengan 3 perkara yang tidak akan aku tinggalkan, iaitu agar aku berpuasa 3 hari setiap bulan, agar aku tidak meninggalkan dua rakaat solat duha kerana ia adalah solatnya orang-orang yang sentiasa kembali (bertaubat) kepada Allah, dan agar aku tidak tidur malam kecuali setelah witir."

      (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : Misteri Karamah Dan Keberanian Sahabat Rasulullah
    • Nama : Misteri Karamah Dan Keberanian Sahabat Rasulullah
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR20.00
    • Penerangan :

      MISTERI KARAMAH DAN KEBERANIAN SAHABAT RASULULLAH

      Antara dalil berlakunya karamah adalah :

      1. Kisah makanan Saidina Abu Bakar dengan tetamu-tetamunya seperti yang direkod dalam kitab hadis sahih.

      2. Kisah Sungai Nil banjir dengan sebab surat Saidina Umar.

      3. Kisah Saidina Umar ketika berada di atas mimbar di Madinah dapat melihat tenteranya di Nahawand serta dapat memberikan arahan. Mereka mendengar kata-kata saidina Umar sedangkan jarak di antara mereka dengan Umar mengambil masa perjalanan selama dua bulan.

      4. Kisah Saidina Khalid minum racun tanpa memberi sebarang mudarat.

      Telah berlaku pelbagai perkara yang 'mencarik adat' di atas tangan para sahabat dan para tabi'in serta orang-orang selepas mereka, yang mana perkara ini tidak dapat diingkari.

      Semak kisah tokoh-tokoh ini dalam Misteri karamah dan Keberanian Sahabat Rasulullah.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : Rahsia Puasa Daud & Puasa Sunnah
    • Nama : Rahsia Puasa Daud & Puasa Sunnah
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR10.00
    • Penerangan :

      RAHSIA PUASA DAUD & PUASA SUNNAH

      Ertinya : "Sesungguhnya di syurga ada satu pintu "Ar-Rayyan", pintu itu akan dimasuki oleh orang-orang yang sering berpuasa. Pada hari kiamat nanti, hanya orang yang berpuasa akan masuk dari pintu itu. Diseru kepada mereka, " Manakah orang-orang yang suka berpuasa?" Maka mereka pun berdiri dan tidak ada yang masuk melalui pintu itu kecuali mereka. Apabila mereka sudah masuk maka pintu itu ditutup, sehingga tidak seorang pun dapat masuk melaluinya lagi."

      (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

      "Puasa yang paling disukai oleh Allah adalah puasa Nabi Daud. Solat yang paling disukai oleh Allah adalah solat Nabi Daud. Baginda biasa tidur separuh malam, dan bangun pada sepertiganya, dan tidur pada seperenamnya. Baginda biasa berbuka sehari dan berpuasa sehari."

      (Hadis riwayat Bukhari no.3420 dan Muslim no.1159)

      Bagi memahami rahsia Daud, maka perlu memahami dahulu beberapa hal seperti bagaimana amalan Nabi Daud, pengertian puasa Nabi Daud, kedudukan dan keutamaan puasa Daud, anjuran Nabi Muhammad untuk puasa Daud dan persiapan untuk puasa Daud. Semua ini dapat pembaca temui dalam tulisan ini.

      (Penulis)

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : 13 Tip Menjemput Rezeki
    • Nama : 13 Tip Menjemput Rezeki
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR17.00
    • Penerangan :

      13 TIP MENJEMPUT REZEKI

      Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

      Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, pasti kamu akan diberi rezeki sebagaimana burung diberi rezeki, ia lapar di pagi hari dan telah kenyang pada waktu petang.

      (Hadis riwayat Umar bin al-Khattab daripada Imam Ahmad, at-Tirmizi)

      **********

      Abu Hurairah ra meriwayatkan :

      Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa suka rezekinya diluaskan dan umurnya dipanjangkan hendaklah ia menyambung silaturrahim."

      (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

      **********

      Pintu rezeki ini ada banyak dan buku ini menyediakan tip bagi membuka pintu-pintu itu, pilih saja yang mana satu.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : Berkebun Emas Dengan Sedekah
    • Nama : Berkebun Emas Dengan Sedekah
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR15.00
    • Penerangan :

      BERKEBUN EMAS DENGAN SEDEKAH

      Sedekah memiliki beberapa keutamaan bagi orang yang mengamalkannya. Antaranya adalah mengundang datangnya rezeki. Khalifah Ali bin Abi Talib menyatakan,

      "Pancinglah rezeki dengan sedekah."

      Selain itu sedekah juga dapat menolak bala. Rasulullah SAW bersabda,

      "Bersegeralah bersedekah, kerana bala musibah tidak akan pernah mampu mendahuluinya."

      Imam Hasan al-Basri mengatakan bahawa bersedekah ibarat berkebun emas yang akan dituai dan dipetik kelak di dalam syurga. Oleh itu sesiapa yang rajin dan gemar bersedekah, ia bagaikan memiliki "kebun emas".

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : Misteri dan Dahsyatnya Azab Kubur
    • Nama : Misteri dan Dahsyatnya Azab Kubur
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR12.00
    • Penerangan :

      MISTERI DAN DAHSYATNYA AZAB KUBUR

      Riwayat daripada Ibnu Abbas ra, beliau melaporkan : Nabi Muhammad bersabda, " Sesungguhnya kedua-dua mayat ini sedang diazab dan bukanlah kedua-duanya diazab sebab dosa yang terlalu besar. Adapun salah seorangnya tidak bersuci daripada kencing dan yang seorang lagi kerana berjalan ke sana ke mari mengadu domba."

      Baginda kemudian mengambil pelepah tamar yang basah dan dipatahkan kepada dua bahagian. Kemudian baginda pacakkan ke atas setiap kubur tersebut. Mereka (sahabat-sahabat) bertanya, " Mengapa Tuan berbuat demikian?" Baginda menjawab, " Mudah-mudahan diiringankan azab kedua-dua mayat ini selama mana kedua pelepah ini belum kering."

      (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

      Aisyah ra berkata, " Aku tidak melihat baginda selepas sembahyang kecuali (berdoa) memohon perlindungan daripada azab kubur."

      (Hadis riwayat Muslim dan Bukhari)

      Buku ini mendedahkan misteri dan dahsyatnya seksaan ataupun azab kubur. Semoga ianya menjadi panduan bagi kita untuk terus meningkatkan amal ibadat agar terhindar daripada azab kubur yang mengerikan itu. Amin ya Rabbil' Alamin.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : Tafsiran Mimpi Ibnu Sirin
    • Nama : Tafsiran Mimpi Ibnu Sirin
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR49.00
    • Penerangan :

      TAFSIRAN MIMPI IBNU SIRIN 

      Menurut al-Quran dan sunah, mimpi terbahagi kepada dua iaitu mimpi yang benar dan mimpi yang batil. Mimpi yang benar ialah mimpi yang dialami oleh manusia tatkala psikologinya berada dalam keadaan seimbang dan diibaratkan keadaan cuaca yang ditandai oleh bergoyangnya pohon-pohon sehingga dedaunan berguguran. Mimpi yang benar tidak didahului dengan fikiran dan keinginan atau sesuatu yang seterusnya mumcul dalam mimpi. Mimpi yang benar juga tidak dinodai oleh mereka yang berada dalam keadaan junub dan haid. Apakah maksud jika kita bermimpi seperti berikut :

      Bermimpi berjumpa nabi

      Bermimpi melihat malaikat

      Bermimpi melihat khalifah ar-rasyidin

      Bermimpi melihat orang soleh

      Bermimpi memeluk Islam

      Bermimpi melakukan khatan

      Bermimpi tentang kematian

      Bermimpi tentang menangis

      Bermimpi tentang jenazah

      Bermimpi tentang kematian dan kubur

      Semak selengkapnya dengan Tafsir Mimpi Ibnu Sirin.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : 60 Bencana Lidah
    • Nama : 60 Bencana Lidah
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR32.00
    • Penerangan :

      60 BENCANA LIDAH

      " Sesungguhnya kejujuran akan menunjukkan kepada kebaikan dan kebaikan itu akan menghantarkan kepada syurga. Seseorang yang bersikap jujur akan dicatat sebagai orang yang jujur oleh Allah SWT. Sesungguhnya berbohong itu akan membawa kepada kezaliman dan kezaliman itu akan menghantarkan ke neraka. Seseorang yang terus-menerus berbohong akan ditulis oleh Allah SWT sebagai pembohong. 

      ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan