Kategori Buku (sila tekan)

PERANG UHUD-Sejarah Duka Tentera Islam

  • /jpg/200x500/q-75///682/prod/Cover_Perang_UHUD_outline-380x581.jpg
    PERANG UHUD-Sejarah Duka Tentera Islam
    PTS
    MYR24.00
    297.00G
     
    Tambah Pesanan
    Pertanyaan

    PERANG UHUD - Sejarah Duka Tentera Islam

    Pada 3 Syawal tahun 3 Hijrah, di suatu kawasan yang dahulu hening daripada pekik manusia, sepi daripada gemerincing baju zirah, sunyi daripada derap-derap kaki kuda serta damai daripada dengungan pedang dan anak panah, suatu pertempuran hebat akan terjadi. Pertempuran yang memerahkan tanah pasir, peperangan yang memberikan seribu pengajaran. Pertempuran yang dikenali sebagai perang Uhud.

    *****

    Gunung Uhud terletak di sebelah utara Kota Madinah. Jauhnya kira-kira enam kilometer dari Masjid Nabawi. Dinamakan Gunung Uhud kerana keadaannya tunggal tidak bersambung dengan gunung-gunung yang lain. Dari jauh gunung itu tampak kemerahan kerana terdiri dari batu kerikil merah.

    Dalam pertempuran di kaki Gunung Uhud itu, pasukan Islam mengalami kekalahan di mana 71 orang gugur syahid manakala di pihak lawan hanya 23 orang yang terbunuh.