Kategori Buku (sila tekan)

PERANG BADAR-Perang Penentuan

  • /jpg/200x500/q-75///682/prod/Cover_Perang_Badar-380x580.jpg
    PERANG BADAR-Perang Penentuan
    PTS
    MYR24.00
    290.00G
     
    Tambah Pesanan
    Pertanyaan

    PERANG BADAR - Perang Penentuan

    Inilah perang pertama dan ini adalah 'perang' bagi ujian keimanan. Ujian keimanan yang datang pada saat umat Islam menjalani ibadah puasa. Para bangsawan Quraisy kafir Mekah dengan tentera-tentera yang gagah, mencabar kekuatan umat Islam di Madinah. Cabaran mereka bersandarkan pada tajamnya pedang dan hitamnya hati.

    Umat Islam yang dipimpin oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW tidak undur. Bersama dengan 305 tentera Islam yang setia menunggu di Badar. Mereka daripada kabilah-kabilah yang berbeza, berjuang demi agama yang sama. 

    Pada 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah, Perang Badar... perang penentuan pun bermula...

    Perang Badar adalah perang pertama yang dilalui oleh umat Islam. Ia berlaku pada 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah bersamaan 17 Mac 624 Masihi. Pada mulanya umat Islam diuji buat pertama kali diwajibkan berpuasa pada siang bulan Ramadan, kemudian pada bulan yang sama diuji lagi berperang bersama Rasulullah, semasa mereka sedang berpuasa. 

    Pentingnya Perang Badar hingga Nabi Muhammad berdoa, sekiranya mereka kalah maka tidak ada lagi manusia yang akan menyembah Allah di muka bumi ini.