Kategori Buku (sila tekan)

PERANG SALIB PERTAMA

  • /jpg/200x500/q-75///682/prod/download (13).jpg
    PERANG SALIB PERTAMA
    PTS
    MYR25.00
    398.00G
     
    Tambah Pesanan
    Pertanyaan

    PERANG SALIB PERTAMA - Jatuhnya Baitulmuqaddis

    Inilah permulaan bagi siri peperangan yang paling panjang dalam sejarah peradaban manusia.

    Ia bermula dengan Maharaja Alexius 1, yang meminta bantuan Barat, demi mempertahankan Empayar Rom Byzantine. Seruan itu bersambut, dengan Paus Urban 11 berucap di persidangan Clermont. Dia menyeru bagi membantu Empayar Rom Byzantine, menyeru kepada balas dendam dan menyeru membebaskan Baitulmuqaddis. Seruan itu merebak ke seluruh Eropah. Akhirnya puluhan ribu sukarelawan berkumpul di Kota Konstantinopel.

    Sementara itu, jauh di Timur, kerajaan Islam Turki Seljuk, Kerajaan Fatimiyah Mesir, Bani Abbasiyah terus bertelagah kuasa. Mereka tidak sedar, satu gerombolan tentera yang tinggi semangat juangnya, sedang menuju ke arah mereka, yang akan menghancurkan segala yang menghalang. Mereka adalah gerombolan tentera Salib.

    Lalu, apa akhirnya bagi Perang Salib yang pertama ?