Kategori Buku (sila tekan)

DOSA-DOSA BESAR

  • /jpg/200x500/q-75///682/prod/download (10).jpg
    DOSA-DOSA BESAR
    Telaga Biru
    MYR33.00
    550.00G
     
    Tambah Pesanan
    Pertanyaan

    DOSA-DOSA BESAR

    Biasanya, perbahasan tentang dosa-dosa besar kurang diberi perhatian oleh umum. Ramai daripada kalangan umum masih tidak dapat membezakan dosa yang dilakukan, sama ada besar atau kecil. Bahana dosa besar ini bukan sahaja akan memberi kesan buruk kepada individu, tetapi mampu menular dan menjadi perosak kepada ummah.

    Telaga Biru Sdn.Bhd memilih karya al-Kaba'ir sebagai bahan terjemahan kali ini melihat kepada mutu penulisan al-Zahabi dan kredibiliti beliau yang sangat tinggi dalam bidang hadis yang membincangkan tentang dosa-dosa besar. Bahkan karya ini diiktiraf sebagai antara tulisan beliau yang cukup berbeza dan istimewa istimewa berbanding tulisannya yang lain.

    Tambahan pula, karya al-Kaba;ir yang digunakan ini merupakan hasil tulen daripada beliau, ketika pasaran semasa sudah terisi dengan karya al-Kaba'ir palsu, yang bukan merupakan tulisan beliau sepenuhnya. Hal ini penting, kerana kejituan suatu penulisan menunjukkan keagungan ilmu penulisnya. Apabila buku ini diselak helaian demi helaian, para pembaca pasti mengagumi tulisan asli beliau ini, jauh berbeza dengan karya palsu yang sarat dengan hadis dan hikayat yang samar-samar sumbernya.