Kategori Buku (sila tekan)

KISAH MALAIKAT

  • /jpg/200x500/q-75///682/prod/kisah malaikat-500x500.jpg
    KISAH MALAIKAT
    MUSTREAD
    MYR19.00
    288.00G
     
    Tambah Pesanan
    Pertanyaan

    KISAH MALAIKAT - MENYINGKAP RAHSIA MAKHLUK BERSAYAP

    Ramai antara kita yang mengaku beriman kepada malaikat. Namun kebanyakan lafaz beriman itu hanya bermain di bibir sahaja, tanpa benar-benar diterapkan dalam hati.Adakah kita benar-benar mengenali susuk makhluk Allah yang bergelar malaikat ini? Sejauh mana kecintaan kita kepada golongan ini? Hakikatnya, malaikat sangat dekat dengan kehidupan kita sehari-hari., sehinggakan beriman kepada malaikat telah ditetapkan sebagai rukun kedua dalam jujukan senarai rukun iman.

    Alam malaikat penuh dengan rahsia tersendiri yang wajar kita ketahui. Oleh itu, mari kita teroka alam malaikat dengan mengenali hakikat kejadian malaikat, keperibadian malaikat serta tugas dan peranan malaikat berdasarkan apa yang telah diceritakan oleh al-Quran dan hadis.

    Tidak dinafikan, banyak persoalan tentang malaikat yang kita tidak tahu. Atas dasar itu, naskah ini menyediakan jawapannya. Antara persoalan yang dirungkai adalah :

    • Bagaimana cara malaikat mencabut nyawa orang ramai dalam satu masa?
    • Mengapa Allah SWT tidak menjadikan malaikat sebagai nabi?
    • Benarkah malaikat boleh menyamar sebagai manusia?
    • Adakah malaikat berkahwin?