SOLAT SUNAT PILIHAN

  • /jpg/200x500/q-75///682/prod/download (3).jpg
    SOLAT SUNAT PILIHAN
    Telaga Biru
    MYR19.90
    267.00G
     
    Tambah Pesanan
    Pertanyaan

    SOLAT SUNAT PILIHAN

    Mengapa di akhirat nanti ada orang yang masuk syurga tetapi masih menyesal ? Inilah hakikat yang dialami oleh orang yang masuk syurga apabila melihat kelebihan orang lain. Kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh orang lain itu bukan disebabkan amalan fardu, tetapi hanyalah amalan-amalan sunat. Mereka amat menyesal kerana di dunia dahulu kurang melakukan amalan sunat berbanding orang yang mendapat kelebihan kerana amalan sunat mereka.

    Sebab itulah dikatakan bahawa solat sunat ada kaitan dengan darjat kedudukan seseorang di akhirat nanti. Tidak hairan para sahabat begitu fanatik mengikut jejak Rasulullah s.a.w dalam mengamalkan solat sunat. Setiap solat sunat yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w tetap akan mereka ikuti kerana yakin dengan sabda Rasulullah tentang keistimewaan dan kelebihannya.

    Solat Sunat pilihan menampilkan solat-solat sunat yang menjadi amalan rutin Rasulullah s.a.w setiap hari. Lengkap dengan dalil keterangan Rasulullah s.a.w tentang keistimewaan dan kelebihan setiap satu solat. Sebagai panduan dan bimbingan, disertakan kaifiat melaksanakan solat-solat tersebut.