101 DOA DARIPADA HADIS-HADIS SAHIH

  • /jpg/200x500/q-75///682/prod/download.jpg
    101 DOA DARIPADA HADIS-HADIS SAHIH
    Telaga Biru
    MYR26.00
    341.00G
     
    Tambah Pesanan
    Pertanyaan

    101 DOA DARIPADA HADIS-HADIS SAHIH

    Doa dan zikir mampu menjadi motivasi diri untuk menguatkan rohani dan jiwa. Ahli psikologi mengatakan bahawa apa yang minda kita mampu fikir, kita mampu lakukan. Fikiran minda itu ialah doa dan zikir. Apabila kita berdoa, kita membayangkan (visualise) natijah yang ingin kita capai. Segala kekuatan, pengalaman, kemahiran dan kekuatan batin yang lahir daripada tenaga dalaman akan dipadukan untuk mencapai apa-apa yang dihajatkan. Apabila diketengahkan dan diamalkan dalam kehidupan seharian, doa dan zikir mampu menjadi senjata paling ampuh.

    Selain itu, doa dan zikir juga perlu melalui adab dan kaifiat untuk mendatangkan kesan yang optimum. Doa dan zikir adalah suara hati. Namun jika doa dan zikir itu daripada hadis, bermakna pemohon membawa suara hati Rasulullah SAW untuk memohon daripada Allah SWT. Sudah tentu impaknya lebih kuat.

    Pada masa yang sama, doa tidak pula menghalang kita daripada berusaha. Orang yang bukan Islam juga berdoa menggunakan kaedah mereka yang tersendiri. Mereka juga berjaya menempa kecemerlangan. Buku ini mendedahkan segala persoalan berkaitan doa dan zikir dalam kehidupan seharian berserta teks lengkap, adab dan motivasi untuk kita amalkan.