Q&A HADITS

  • /jpg/200x500/q-75///682/prod/GB0397_ QAHadits-1000x1000.jpg
    Q&A HADITS
    GALERI ILMU
    MYR20.00
     
    Tambah Pesanan
    Pertanyaan

    Q&A HADITS

    Alhamdulillah. al-Faqir sempat melihat keseluruhan hadits dan tulisan guru mulia kita, al-Fadhil Ustaz Mohd Khafidz Soroni, hafizhalullah dalam buku ini. Ia menjelaskan kedudukan hadits yang masyhur dan sering kita dengar, melalui penjelasan muhadditsin dan ulama, serta - di beberapa tempat - memberi penjelasan ringkas tentang hadits tersebut. Sikap yang benar terhadap hadits dhaif ialah menerimanya dalam perkara yang melibatkan fadha'il al-a'mal dan at-targhib wa at-tarhib. Itulah pendekatan al- Fadhil Ustaz Mohd Khafidz dalam buku ini sememangnya selari dengan pendekatan muhadditsin muktabar. Buku ini ringkas, mudah difahami oleh semua terutama sekali kepada para asatizah pendakwah. - Ustaz Muhadir Haji Joll

    ********

    Buku ini mengumpulkan beberapa hadits tidak sahih yang popular dalam masyarakat dan menyenaraikan kalam-kalam ulama berkenaan hadis tersebut. Antaranya :

    • TUNTUTLAH ILMU SAMPAI KE CHINA
    • BENARKAH SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU ?
    • YASIN JANTUNG AL-QURAN ?
    • REZEKI MURAH KERANA ISTIGHFAR ?
    • IKHTILAF UMAT ISLAM ITU RAHMAT ?
    • BARAKAH REJAB, SYAABAN & RAMADAN 
    • HADITS 'SAYIDINA ALI PINTU KOTA ILMU' ITU BENAR ?