U-TURN KE JALAN LURUS

  • /jpg/200x500/q-75///682/prod/U-Turn Ke Jalan Lurus-1000x1000.png
    U-TURN KE JALAN LURUS
    GALERI ILMU
    MYR22.00
     
    Tambah Pesanan
    Pertanyaan

    U-TURN KE JALAN LURUS

    "Satu 'juadah' berharga untuk membangun jiwa kepada sesiapa sahaja yang ingin mencari jalan lurus. Bahasa dan bentuk penyampaian mesejnya amat bersahaja dan membelai jiwa. Penulis bijak menggabungkan unsur psikologi dan budaya beragama dalam bentuk penceritaan, nukilan dan kisah serta peringatan. Buku ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat yang mahu membersih jalan hidup dan membina matlamat hidupnya agar sejahtera dunia akhirat." 

    (DR. ROBIAH K.HAMZAH-Pengarah Urusan RKH Motivation & Services dan Pakar Motivasi dan Kaunseling Keluarga )


    "Buku ini dapat memberikan iktibar dan kesedaran kepada kita melalui cerita-cerita dan teladan yang mudah difahami dan mungkin juga pernah dialami. Ia mengajar kita untuk menerima dan menilai sesuatu musibah atau kejadian yang berlaku dengan pemikiran dan sudut pandangan yang positif. Lebih berkesan apabila adanya peringatan Allah SWT dan ulasan ulasan penulis untuk kita menelaah dan seharusnya dijadikan pedoman dalam mengharungi kehidupan seharian supaya tidak leka atau alpa dengan fitnah dunia"

    (DATIN FAUZIAH BINTI DATO' NIK HUSSIN - Pengarah Urusan Kumpulan Alloy Consolidated Sdn Bhd.)


    "Kisah-kisah yang menarik untuk dijadikan wake-up call kepada golongan dewasa yang kadangkala alpa tentang agama. Kelainan  dari segi penulisan menjadikan buku ini menarik untuk dijadikan bahan bacaan ringan"

    (DATO' AHMAD FADZIL MOHAMAD - CEO Golden Pharos Europe Ltd (UK) XL Joinery, Prestige Doors DLC.)