RASULULLAH INSAN YANG TERPELIHARA

  • /jpg/200x500/q-75///682/prod/Rasulullah-Insan-Yang-Terpelihara_l.jpg
    RASULULLAH INSAN YANG TERPELIHARA
    GALERI ILMU
    MYR30.00
     
    Tambah Pesanan
    Pertanyaan

    RASULULLAH INSAN YANG TERPELIHARA

    Kitab ini mengandungi pembetulan bagi sebahagian kefahaman yang didustakan oleh pedapat yang menafikan terpeliharanya para nabi a.s amnya, dan Rasulullah SAW khususnya, yang telah berlanjutan selama beberapa kurun. Di mana usaha orang-orang yang terkemudian  dalam membicarakan isu ini tidaklah lebih hebat  daripada usaha mereka yang sebelumnya, melainkan mereka telah mewarisi - pada apa yang mereka warisi - dengan pandangan tahqiq dan dirayah. Disebabkan itu mereka telah mencampuradukkan antara yang betul dan salah. 

    Inilah, sesungguhnya aku tidaklah mendakwa - dengan buku ini- bahawa akulah yang alim tentang hal ini, dan aku juga tidaklah  menafikan bahawa apa yang aku bincangkan di dalam  buku ini telah ada dalam perbincangan orang yang terdahulu. Buku ini adalah sebuah fikiran, atau idea yang terhasil daripada pemerhatian. Sesungguhnya ia adalah limpah kurnia daripada Allah SWT yang membuka kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dengan apa  yang Dia kehendaki, sepertimana yang Dia kehendaki, dan pada bila-bila masa yang Dia kehendaki. Dia mengurniakan rahmat-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah-lah yang memiliki kemuliaan dan keagungan.

    -Pengarang-