PERANAN ENCIK SUAMI HARI INI

  • /jpg/200x500/q-75///682/prod/PESHI.JPG
    PERANAN ENCIK SUAMI HARI INI
    Pustaka Azhar
    MYR14.00
     
    Tambah Pesanan
    Pertanyaan

    PERANAN ENCIK SUAMI HARI INI-Antara Kewajipan Dan Realiti

    Allah mensyariatkan sebuah rumahtangga sebagai asas sebuah masyarakat yang mulia. Seorang ketua rumah tangga adalah penguasa, sekaligus pemimpin dalam rumahtangganya. Melalui rumahtangga ini, lahir sebuah masyarakat yang melahirkan pemerintahan yang sesuai dengan tuntuan syariat Islam. Di bahunya terpikul tanggungjawab yang berat dan tuntutan yang pelbagai.

    Begitu juga peranan seorang isteri. Dia memiliki tanggungjawab terhadap suami, anak-anak dan rumahtangganya. Pada zaman moden seperti sekarang ini, kehadiran buku seperti ini adalah sangat penting . Ini disebabkan oleh kemunculan beberapa kesalahan, penyakit dan polemik yang disebabkan oleh ketiadaan sifat tekal pada anggota keluarga (termasuk suami) terhadap prinsip-prinsip dan hukum-hukum syariat. Buku ini menyasarkan pada penjelasan pengubatan Islam yang murni untuk perbaikan hubungan antara suami isteri, dan anak-anak untuk tampil memainkan peranan mereka. Apabila segenap anggota keluarga telah menjadi baik dan merealisasikan syariat Allah, mereka akan merasakan keharmonian dan kasih sayang sesama mereka.

    Marilah sama-sama kita memohon kepada Allah agar isteri-isteri dan anak-anak kita diperbaiki dan dipelihara daripada segala keburukan, mendatangkan kebaikan yang banyak dan dikumpulkan bersama-sama di dalam syurga kelak. Semoga ilmu yang bermanfaat sentiasa mengiringi kita dalam menyusuri kehidupan yang sejahtera di sunia dan di akhirat.