RATIB AL-ATTAS & ASMAUL HUSNA BERSERTA SURAH YAASIN

  • /jpg/200x500/q-75///682/prod/ratib.JPG
    RATIB AL-ATTAS & ASMAUL HUSNA BERSERTA SURAH YAASIN
    Pustaka Azhar
    MYR7.00
     
    Tambah Pesanan
    Pertanyaan

    RATIB AL-ATTAS & ASMAUL HUSNA BERSERTA YAASIN

    Adapun kelebihan bagi mereka yang mengamalkan Ratib al-Attas adalah memohon kesejahteraan dan keberkatan Allah SWT kepada pembacanya serta memohon perlindungan bagi melindungi diri sendiri, keluarga dan harta benda daripada kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti kebakaran, kecurian, sihir, penyakit dan bala serta sebagainya.

    Daripada Bukhari, Muslim, at-Tirmizi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra : Rasulullah SAW bersabda : Allah SWT berfirman :

    "Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila die mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya aku mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak".