WASIAT IBNU QUDAMAH AL MAQDISI

  • /jpg/200x500/q-75///682/prod/untitled.JPG
    WASIAT IBNU QUDAMAH AL MAQDISI
    Pustaka Azhar
    MYR10.00
     
    Tambah Pesanan
    Pertanyaan

    WASIAT IBNU QUDAMAH AL MAQDISI - Jalan Lurus Menuju Allah

    Nama sebenar beliau ialah Abu Muhammad, Abdullah bin Ahmad bin Qudamah Al Jamai'li Al Maqdisi Ad Dimasyqi Al Hambali. Beliau seorang ulama mazhab Hambali yang amat faqih dan mempunyai karangan yang masyhur. Dilahirkan di Jama'ili iaitu sebuah perkampungan di kawasan Nablus, Palestin pada tahun 541H bersamaan dengan 1146M dan beliau meninggal dunia pada tahun 620H bersamaan dengan 1223M.

    Beliau merupakan seorang Imam yang diikuti, mujtahid dan syaikul Islam. Beliau menghafaz al-Quran dan menguasainya sebelum usia balighnya. Beliau mengembara menuntut ilmu bersama dengan sepupunya Al Hafiz Abdul Ghani pada tahun 561H di Kota Baghdad. Beliau sempat belajar dengan Syaikh Abdul Qadir Al Jilani di madrasahnya di Baghdad selama 40 hari. Beliau mempunyai ramai guru dan juga mempunyai ramai murid. Antara gurunya yang terkenal ialah Ibnu Jauzi ra.