Rahsia Menjadi Isteri Penuh Pesona

  • /jpg/200x500/q-75///682/prod/isteri.JPG
    Rahsia Menjadi Isteri Penuh Pesona
    Pustaka Azhar
    MYR28.00
     
    Tambah Pesanan
    Pertanyaan

    RAHSIA MENJADI ISTERI PENUH PESONA

    Apabila seorang isteri mentaati semua perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya, nescaya dia akan menjadi seorang yang dimuliakan jiwanya di sisi Allah. Ditambah pula dengan tingkahnya yang elok dan mempesonakan hati suaminya, sudah pasti janji untuknya adalah syurga. Manakala pergaulan yang baik dan lembut di dalam rumah bersama anak-anak, bakal menjadikan rumahnya ibarat syurga buat keluarganya. Dari semua perkara yang tersebut, manusia akan melihat keindahan Islam, kemuliaan dan kecantikan melalui dirinya.

    Nabi SAW pernah bersabda kepada Umar, " Mahukah kamu saya tunjukkan perbendaharaan (khazanah) terbaik untuk disimpan oleh seseorang ? Iaitu isteri yang solehah, apabila melihatnya pasti menyenangkan, apabila diperintah pasti mentaatinya dan apabila ditinggal (pergi suami) pasti dapat menjaga dirinya dan harta suaminya." (Riwayat Abu Daud)

    Oleh itu wahai isteri Muslimah, marilah kita sama-sama menjadi seperti para wanita dambaan Islam yang taat dan penuh pesona serta setia bagi mengharumkan rumah tangganya. Marilah kita mempelajari Rahsia Menjadi Isteri Penuh Pesona melalui kalam-Nya. Moga bermanfaat.