• PROFIL SYARIKAT

      PUSTAKA AZHAR ditubuhkan pada 1 April 1995 di Johor Bahru, Johor. Syarikat milik penuh bumiputera dan pemilikan tunggal telah diasaskan oleh Tuan Hj. Azhar b Hj. Ahmad yang berasal dari Kedah. Produk Pustaka Azhar diedarkan oleh beberapa pengedar di dalam dan luar negara. Selain Malaysia, produk kami turut mendapat tempat di luar negara di seperti Brunei Darussalam dan Singapura selain pasaran yang lebih besar melalui jualan atas talian (on-line) dalam perniagaan dunia tanpa sempadan.
      Kami juga sangat berbesar hati menawarkan peluang perniagaan untuk usahawan-usahawan tempatan yang sedia ada atau yang baru untuk menjadi stokis dan peruncit dari kawasan yang belum diwakili oleh unit-unit pengedaran kami. Kami juga menyediakan nasihat perniagaan dalam bidang berkaitan penerbitan sebagai usaha untuk mengembang kinikan PUSTAKA AZHAR.


      MISI

      Menyambung dakwah Islamiah bagi menepati firman Allah SWT dan sabda junjungan Rasulullah s. Allah SWT berfirman, maksudnya: "Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan cara yang bijaksana dan memberi nasihat yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang sebaik–baiknya." (Surah al-Nahl:165)


      OBJEKTIF

      Menyediakan produk–produk berbentuk pengajaran dan nasihat yang berguna dalam bentuk hiburan dan pendidikan kepada seluruh individu merangkumi pelbagai peringkat usia dan lapisan masyarakat. Bersama–sama membantu masyarakat untuk mendidik jiwa dan peribadi secara tidak langsung melalui produk yang dihasilkan.


      PERKEMBANGAN SYARIKAT

      Sehingga kini, kami telah menerbitkan lebih daripada 200 tajuk buku pelbagai bidang. Kami turut mengedarkan lebih dari 150 buah buku daripada Indonesia untuk bacaan rakyat Malaysia. Semoga dengan sokongan daripada anda, kami akan terus dapat berniaga di samping berdakwah kepada seluruh umat islam di Malaysia.