Kategori Buku (sila tekan)

Telaga Biru -

    • Gambar : ANGGUK GELENG
    • Nama : ANGGUK GELENG
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR22.00
    • Berat : 363.00G
    • Penerangan :

      ANGGUK GELENG - Himpunan Kisah Dakwah Satira

      Manusia tidak suka digesa apalagi dipaksa. Alpanya tidak boleh dikejutkan dengan kasar. Egonya tidak boleh diterjah dengan bersemuka. Manusia suka dipujuk, dibelai dan diajak kepada kebaikan degan lunak dan kasih-sayang. Biar dia tidak sedar betapa hati, fikiran dan emosinya "diundang" ke daerah kebaikan menerusi pendekatan yang mudah, ceria malah tidak menekan. Inilah eksplorasi yang penuh aspirasi di sebalik pembikinan buku ini.

      " Jangan ada tekanan. Usah ada yang dipersendakan. Buku ini, insya-Allah akan menyebabkan kita rasa bersalah tanpa dipersalahkan."

      Buku ini wajar dimiliki oleh segenap lapisan masyarakat kerana :

      • Memaparkan kisah-kisah yang dapat memberi kesedaran jiwa dan minda ;
      • Paparan kisah dalam keadaan yang bersahaja tetapi mampu membuat kita mengangguk-mengeyakan kebenaran.
      • Paparan kisah yang mampu menyentak kotak fikiran sehingga kita menggeleng - mengakui kita sebahagian daripada kisah yang dipersembahkan, dan
      • Menyajikan kisah-kisah yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan seharian.
    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : MAGNET AKHIRAT
    • Nama : MAGNET AKHIRAT
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR20.00
    • Berat : 162.00G
    • Penerangan :

      MAGNET AKHIRAT - Inspirasi Dari Surah Al-Waqiah

      Halaman 12 : - Apakah nama-nama lain bagi hari kiamat seperti yang disebutkan dalam al-Quran ?

      Halaman 42 :- Antara tiga golongan utama yang dibangkitkan pada hari kiamat kelak, golongan manakah yang paling afdal ?

      Halaman 46 :- Siapakah golongan  VVIP syurga dan apakah nikmat-nikmat yang bakal diperoleh oleh mereka ?

      Halaman 72 :- Bagaimanakah gambaran golongan pertaman yang memasuki syurga ?

      Halaman 84 :- Bagaimanakah tempat teduhan golongan kiri ? Adakah tempat teduhan ini selesa atau penuh seksaan ? 

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : SOLAT SUNAT PILIHAN
    • Nama : SOLAT SUNAT PILIHAN
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR19.90
    • Berat : 267.00G
    • Penerangan :

      SOLAT SUNAT PILIHAN

      Mengapa di akhirat nanti ada orang yang masuk syurga tetapi masih menyesal ? Inilah hakikat yang dialami oleh orang yang masuk syurga apabila melihat kelebihan orang lain. Kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh orang lain itu bukan disebabkan amalan fardu, tetapi hanyalah amalan-amalan sunat. Mereka amat menyesal kerana di dunia dahulu kurang melakukan amalan sunat berbanding orang yang mendapat kelebihan kerana amalan sunat mereka.

      Sebab itulah dikatakan bahawa solat sunat ada kaitan dengan darjat kedudukan seseorang di akhirat nanti. Tidak hairan para sahabat begitu fanatik mengikut jejak Rasulullah s.a.w dalam mengamalkan solat sunat. Setiap solat sunat yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w tetap akan mereka ikuti kerana yakin dengan sabda Rasulullah tentang keistimewaan dan kelebihannya.

      Solat Sunat pilihan menampilkan solat-solat sunat yang menjadi amalan rutin Rasulullah s.a.w setiap hari. Lengkap dengan dalil keterangan Rasulullah s.a.w tentang keistimewaan dan kelebihan setiap satu solat. Sebagai panduan dan bimbingan, disertakan kaifiat melaksanakan solat-solat tersebut.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : FIQH WANITA
    • Nama : FIQH WANITA
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR28.00
    • Berat : 384.00G
    • Penerangan :

      FIQH WANITA

      "Islam memuliakan wanita laksana raja yang mencintai ratunya, ibu yang menyayangi anaknya, dan Tuhan yang mengasihi hamba-Nya."

      ***

      Antara yang menarik di dalam :

      1. Imam al-Qaradhawi ada menyebut beberapa syarat untuk wanita bekerja, apakah syarat tersebut? m/s 236
      2. Menuntut ilmu dan menziarahi orang sakit adalah antara aktiviti Muslimah pada zaman Nabi saw. Apakah aktiviti lain yang dilakukan oleh wanita pada zaman nabi saw ?m/s 200
      3. Fuqaha telah berbeza pendapat dalam hukum mengkhatan wanita. Apakah sebenarnya hukum khatan terhadap wanita?m/s 24
      4. Apakah hukum mempercepat dan memperlambat pengeluaran darah haid? Apakah pula implikasi daripada perbuatan ini?m/s 80
    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : MAKKAH AL-MUKARRAMAH
    • Nama : MAKKAH AL-MUKARRAMAH
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR30.00
    • Berat : 380.00G
    • Penerangan :

      MAKKAH AL-MUKARRAMAH - Kelebihan Dan Sejarah

      ***

      Apabila tiba di Marwah pada kali terakhir, Hajar terdengar seakan-akan bunyi suara, lalu beliau mendiamkan diri dan memasang telinga dengan teliti. Beliau mendengar bunyi suatu suara yang berkata kepadanya, " Aku telah mendengar suara kamu. Adakah kamu mempunyai sesuatu untuk menolongku ?". - Siapakah yang berkata-kata itu? ketahuinya di halaman 49.

      ***

      Ibrahim lalu berpesan, " Apabila suami kamu pulang, sampaikan salamku kepadanya dan beritahu kepadanya supaya menukar mabang pintu rumahnya." - Apakah maksud kata-kata Nabi Ibrahim ini? Ketahuinya di halaman 52.

      ***

      Ibrahim lalu berkata " Wahai Ismail! Allah telah menurunkan perintah-Nya terhadapku." Kata Ismail, "Tunaikanlah apa yang telah diperintahkan oleh Tuhanmu." Ibrahim bertanya, "Adakah kamu akan menolongku?" Ismail menjawab, " Aku akan menolongmu." - Apakah yang telah diperintahkan kepada Nabi Ibrahim? Ketahuinya di halaman 54.


    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : SOAL JAWAB A-Z TENTANG MUNAKAHAT
    • Nama : SOAL JAWAB A-Z TENTANG MUNAKAHAT
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR30.00
    • Berat : 522.00G
    • Penerangan :

      SOAL JAWAB A-Z TENTANG MUNAKAHAT - Tapi Anda Tiada Tempat Untuk Bertanya

      Buku SOAL JAWAB A-Z TENTANG MUNAKAHAT Tapi Anda Tiada Tempat Untuk Bertanya... ini berkisar tentang soal jawab munakahat yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Turut disertakan penerangan yang mudah di fahami, terperinci, dan menyeluruh.

      Kepada calon-calon suami isteri, buku ini amat sesuai untuk dimiliki sebagai mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan agar bahtera yang dinaiki, tidak terpesong dari arah tujuan yang sebenar walaupun dilanda badai atau karam di tengah lautan.

      ' Diharapkan buku yang disampaikan dalam bentuk soal jawab yang mudah difahami ini mendatangkan manfaat yang besar kepada seluruh umat Islam'.

      Jadikanlah buku ini sebagai bahan bacaan dan rujukan serta bahan kuliah untuk di baca selepas solat berjemaah atau di dalam usrah dan tazkirah keluarga. Buku ini juga amat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah majlis pertunangan, perkahwinan dan hari ulang tahu.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : MADINAH MUNAWWARAH - Kelebihan Dan Sejarah
    • Nama : MADINAH MUNAWWARAH - Kelebihan Dan Sejarah
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR30.00
    • Berat : 422.00G
    • Penerangan :

      MADINAH MUNAWWARAH - Kelebihan Dan Sejarah

      Buku ini mendalami sejarah asal-usul dan ketamadunan pembinaan pusat perkembangan agama Islam. Di samping itu pembaca juga dapat mencungkil hikmah yang terdapat di sebalik kewujudan bandar istimewa ini. Jadi sebelum para jemaah merancang atau bercita-cita untuk mengerjakan ibadah haji atau umrah, ambillah masa untuk meneliti dan membaca buku ini bagi menyelami hikmah dan kepentingan Madinah di sisi Islam.

      Gambar rajah, peta dan gambar disertakan sebagai panduan dan maklumat berguna buat pembaca. Semua fakta lengkap dengan dalil daripada al-Quran dan hadis sahih.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : SOAL JAWAB REMEH TEMEH TENTANG BERSUCI-TAHARAH
    • Nama : SOAL JAWAB REMEH TEMEH TENTANG BERSUCI-TAHARAH
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR20.00
    • Berat : 283.00G
    • Penerangan :

      SOAL JAWAB REMEH TEMEH TENTANG BERSUCI - TAHARAH

      Buku ini memberi jawapan kepada pelbagai persoalan remeh-temeh berkaitan BERSUCI (TAHARAH) yang kadang-kadang anda malu bertanya. Persoalan boleh dibahagikan kepada 4 skop :

      1. Perkara kontroversi dalam masyarakat. Najis, anjing, khinzir, alkohol dan arak.
      2. Perkara berkaitan ibadah. Jenis air, cara beristinjak, wuduk dan cara mandi khususnya mandi wajib.
      3. Perkara yang jarang-jarang didengar. Khuf, tayamum dan bersuci bagi orang sakit.
      4. Perkara yang memalukan. Air mani, air mazi, air wadi, haid, nifas, wiladah dan berkhatan.

      Kadang-kadang anda tidak terfikir bahawa perkara remeh temeh ini boleh membelenggu amal ibadah anda. Sahkah amal ibadah yang anda lakukan ? Mengapa orang memberi jawapan yang berlainan setiap kali anda bertanya ? Dapatkan jawapan sebenar.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : NABI KHIDIR - Di Sebalik Tabir Laduni
    • Nama : NABI KHIDIR - Di Sebalik Tabir Laduni
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR23.00
    • Berat : 287.00G
    • Penerangan :

      NABI KHIDIR - Di Sebalik Tabir Laduni

      Kisah Nabi Musa as dan Nabi Khidir as diceritakan dalam al-Quran melalui surah al-Kahfi, ayat 60-82. Dalam surah al-Kahfi terdapat kisah pertemuan dan pengembaraan antara kedua-dua nabi Allah ini. Dalam pengembaraan tersebut, nabi Musa mendapati tindakan-tindakan Nabi Khidir as menyalahi syariat sebagaimana yang diturunkan oleh Allah kepadanya. Justeru bantahan demi bantahan yang dikemukakan oleh Nabi Musa as terhadap Nabi Khidir as, maka Nabi Khidir as memutuskan untuk mengakhiri pertemuan mereka setelah baginda menceritakan segala yang tersirat di sebalik tindakan-tindakannya itu. 

      Ironinya, kisah pertemuan ini telah dieksploitasi oleh sesetengah golongan yang mendakwa berfahaman sufi. Maka menjelmalah pelbagai versi cerita tentang dakwaan-dakwaan pertemuan orang tertentu dengan Nabi Khidir as. Malah golongan ini mendakwa agama yang diturunkan Allah ini terbahagi kepada zahir & batin. Implikasinya, para wali dianggap tidak terikat kepada syariat Allah dan boleh melakukan apa jua tindakan yang zahirnya dilihat menyalahi syariat namun hakikatnya betul.

      " Sedangkan Nabi Musa as belajar dengan Nabi Khidir as, sudah tentu kita di akhir zaman ini juga perlu belajar dan mengambil iktibar daripada sejarah hidup Nabi Khidir.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : PEMBURU KESEPIAN DI BUMI GEORDY
    • Nama : PEMBURU KESEPIAN DI BUMI GEORDY
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR26.00
    • Berat : 437.00G
    • Penerangan :

      PEMBURU KESEPIAN DI BUMI GEORDY

      Monolog

      Ali Shariati ketika mentafsirkan kemiskinan mengatakan :

      "What i want to say is...

      Poverty goes everywhere and is ubiquitous...

      Poverty is not being hunger, not being naked...

      Poverty is not having something, but that thing is not food and money and even gold...

      Poverty is dust which sits on unsold books in a bookstore...

      Poverty is a blade which cuts returned newspapers in a recycling machine...

      Poverty is a three-thousand-year-old inscription which a memento of a visit has been written by visitor on...

      Poverty is a banana's skin which is thrown from a window of a car to a road...

      Poverty goes everywhere and its ubiquitous...

      Poverty is not a night you spend without food...

      Poverty is a day you spend without thinking."

      Buku ini perlu dimiliki kerana :

      • Perkongsian pengalaman yang penuh ibrah dikongsi oleh penulis.
      • Pengisian dapat meransang pemikiran yang lebih serius.
      • Mengetengahkan pelbagai budaya luar, amalan Islam di bumi orang dan pelajar yang boleh diimplementasi dalam kehidupan seharian.
    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : AURATKU MARUAHKU
    • Nama : AURATKU MARUAHKU
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR26.00
    • Berat : 378.00G
    • Penerangan :

      AURATKU MARUAHKU

      Persoalan di atas sering menimbulkan kemusykilan dan kekeliruan berkaitan kewajipan wanita Muslimah berpakaian mengikut syariat Islam. Kaedah dan keperluan menutup aurat sempurna semakin dikaburi oleh arus fesyen dan gaya hidup masyarakat Islam itu sendiri.

      Buku "Auratku Maruahku" ini merungkai semua keraguan dan kemusykilan anda. Persembahan kanduangan dalam bentuk soal jawab memudahkan kepentingan syariat ini. 

      Mengapa anda perlu memiliki buku ini :

      • Setiap persoalan dijawab berserta huraian, rujukan al-Quran dan hadis, rujukan kitab dan ilustrasi yang menarik.
      • Teks mudah difahami, ringkas dan agak santai.
      • Grafik menarik, berilustrasi dan berwarna penuh.
      • Sesuai dijadikan bacaan usrah, rujukan di perpustakaan, hadiah buat teman dan ahli keluarga.
    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : 300 HADIS BIMBINGAN
    • Nama : 300 HADIS BIMBINGAN
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR26.00
    • Berat : 376.00G
    • Penerangan :

      300 HADIS BIMBINGAN - Ke Arah Mencari Redha Allah

      Al-Quran menjadi panduan hidup manusia. Panduan ini banyak dalam bentuk falsafah, konsep dan umum. Hadis Rasulullah SAW pula memberi contoh dan panduan yang lebih praktikal. Soalnya hadis ratusan ribu banyaknya dikategorikan kepada beberapa taraf yang terdiri daripada hadis sahih, hasan, daif hingga yang palsu. Buku ini telah mengumpulkan 300 hadis sahih yang paling utama yang mencakupi bidang kehidupan harian dan disusun mengikut keutamaan tajuk seperti ilmu, beramal, berjemaah, hal ehwal Rasulullah SAW, para sahabat, rukun Islam, rukun iman, solat, al-Quran, puasa, kesihatan, zakat, haji, jihad, dia, zikir, persaudaraan, akhlak, sedekah, komunikasi, pengurusan, pesanan nabi, dan sebagainya.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : 101 DOA DARIPADA HADIS-HADIS SAHIH
    • Nama : 101 DOA DARIPADA HADIS-HADIS SAHIH
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR26.00
    • Berat : 341.00G
    • Penerangan :

      101 DOA DARIPADA HADIS-HADIS SAHIH

      Doa dan zikir mampu menjadi motivasi diri untuk menguatkan rohani dan jiwa. Ahli psikologi mengatakan bahawa apa yang minda kita mampu fikir, kita mampu lakukan. Fikiran minda itu ialah doa dan zikir. Apabila kita berdoa, kita membayangkan (visualise) natijah yang ingin kita capai. Segala kekuatan, pengalaman, kemahiran dan kekuatan batin yang lahir daripada tenaga dalaman akan dipadukan untuk mencapai apa-apa yang dihajatkan. Apabila diketengahkan dan diamalkan dalam kehidupan seharian, doa dan zikir mampu menjadi senjata paling ampuh.

      Selain itu, doa dan zikir juga perlu melalui adab dan kaifiat untuk mendatangkan kesan yang optimum. Doa dan zikir adalah suara hati. Namun jika doa dan zikir itu daripada hadis, bermakna pemohon membawa suara hati Rasulullah SAW untuk memohon daripada Allah SWT. Sudah tentu impaknya lebih kuat.

      Pada masa yang sama, doa tidak pula menghalang kita daripada berusaha. Orang yang bukan Islam juga berdoa menggunakan kaedah mereka yang tersendiri. Mereka juga berjaya menempa kecemerlangan. Buku ini mendedahkan segala persoalan berkaitan doa dan zikir dalam kehidupan seharian berserta teks lengkap, adab dan motivasi untuk kita amalkan.

       

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : STRATEGI JIHAD BISNES
    • Nama : STRATEGI JIHAD BISNES
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR49.00
    • Berat : 850.00G
    • Penerangan :

      STRATEGI JIHAD BISNES

      "Adapun hukum jihad adalah wajib bagi setiap Muslim dan Muslimah, baik dengan jiwanya, hartanya, lidahnya atau hatinya... Keimanan seorang Muslim belum sempurna kecuali dengan JIHAD." - Dr.Yusuf Qaradhawi, Ulama Terkenal.

      Jihad Bisnes ialah jihad yang perlu didepani oleh Melayu-Islam yang mengingini dan menjana kekayaan ummah. Jihad Bisnes mampu membentuk masyarakat Melayu-Islam "lari" daripada meletakkan kebergantungan hidup bangsa kepada orang lain. Jihad Bisnes mampu menggerakkan generasi muda memakmurkan kehidupan, membina semula tamadun berdasarkan ketegasan Islam menegakkan keadilan ekonomi di samping mengenyah kemiskinan yang menghimpit bangsa.

      Buku istimewa hasil tulisan tokoh korporat nasional ini harus dimiliki  oleh setiap individu yang ingin memiliki jiwa besar dalam memacu kehidupan yang utuh.

      Keistimewaan buku ini ialah :

      • Menyuntik kesedaran peri penting berbisnes dengan strategi yang berkiblatkan Islam dan bukannya Barat yang penuh kerakusan.
      • Memangkin semangat jihad untuk menjana kejayaan ummah.
      • Perkongsian kejayaan seorang tokoh yang banyak melakar kejayaan dalam dunia keusahawanan. 
    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : SYAMAIL MUHAMMAD S.A.W - Keperibadian Rasulullah
    • Nama : SYAMAIL MUHAMMAD S.A.W - Keperibadian Rasulullah
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR45.00
    • Berat : 772.00G
    • Penerangan :

      SYAMAIL MUHAMMAD SAW - Keperibadian Rasulullah

      Syamail Muhammad SAW ialah himpunan hadis oleh Imam al-Tirmizi tentang Rasulullah SAW dalam 5 aspek kehidupan Baginda iaitu :

      1. Fizikal : Tanda kenabian, rambut, uban, celak, berbekam, pakaian, aksesori, kasut, sandal, cincin, pedang, baju besi, pelindung kepala, serban, sarung dan tempat tidur.
      2. Perilaku : Cara berjalan, duduk, bersandar, bertopang, tidur, makan, jenis roti, lauk, gelas minum dan buah-buahan.
      3. Ibadah : Wuduk, doa, wangi-wangian, solat Dhuha, solat sunat di rumah, puasa dan membaca al-quran.
      4. Perhubungan & Akhlak : Berbicara, ketawa, bergurau, bersyair, berbual, bersifat tawaduk, rasa malu dan tangisan.
      5. Penghidupan : Nama-nama Rasulullah, penghidupan, usia, kewafatan, warisan dan mimpi melihat Rasulullah.
    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT
    • Nama : INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR55.00
    • Berat : 733.00G
    • Penerangan :

      INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT - Panduan Fardu Ain Lengkap Bergambar

      Kandungan buku Indahnya Hidup Bersyariat ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat(fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.

      Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step-by-step. Media fotografi warna digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik.

      Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.

      Bagaimana menggunakan buku ini :

      • Menjadi rujukan institusi pendidikan, sekolah, pusat sumber, masjid, surau, kumpulan pengajian, persatuan dan NGO.
      • Modul fardu ain untuk seisi keluarga.
      • Dibaca lepas solat Subuh, Maghrib, atau sebelum tidur.
      • Bahan fardu ain mingguan, tazkirah, usrah dan halaqah.
      • Bahan untuk mengisi laman web dan blogspot.
      • Hadiahkan buku ini untuk sambutan hari lahir dan hari perkahwinan. 
      • Jadikan hadiah atas kejayaan dalam peperiksaan  atau kenaikan pangkat.
      • Beri hadiah pada bos, kakitangan, suami, isteri, anak, ibu bapa, guru dan murid.
    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : PESAN HATI UNTUK HATI
    • Nama : PESAN HATI UNTUK HATI
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR39.00
    • Berat : 868.00G
    • Penerangan :

      PESAN HATI UNTUK HATI

      Buku ini merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Huraiannya bermula dengan persoalan asas yang berkaitan iman, Islam dan ibadah kemudian menjangkau aspek hubungan sesama makhluk agar pembaca akan sentiasa faham, ingat dan beramal selaras dengan prinsip pengajian yang dinamik.

      Mengapa buku ini wajar dimiliki ?

      1. Mendidik hati agar tidak terus alpa sebaliknya sentiasa akrab dengan Allah yang seterusnya memberi penekanan kepada pesan takwa.
      2. Menyingkap masalah-masalah yang berlaku dalam kalangan umat dan cara mengatasinya.
      3. Membawa mesej agar memurnikan kembali kehidupan beragama.
      4. Menekankan soal keberkesanan ibadah-ibadah lahiriah dalam proses pembentukan hati nurani yang baik dengan menyingkap hikmah yang lebih maknawi.
      5. Sebagai teman dalam menelusuri jalan takwa dan panduan dalam bermujahadah.
    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : ALLAH DOKTORKU-Wahyu Ubat Penyakitku
    • Nama : ALLAH DOKTORKU-Wahyu Ubat Penyakitku
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR32.00
    • Berat : 566.00G
    • Penerangan :

      ALLAH DOKTORKU - Wahyu Ubat Penyakitku

      Kesihatan yang terjamin dan kehidupan yang selesa adalah sebahagian tuntutan kehidupan manusia. Dalam episod kehidupan, sakit merupakan salah satu babak kehidupan yang datang daripada Pencipta Yang Maha Bijaksana sebagai ujian dan dugaan. Manusia akan berusaha untuk sembuh dan hakikat penyembuhan yang sebenarnya adalah daripada Allah SWT kerana Allah bersifat asy-Syafi.

      Pelbagai pendedahan mengenai kaedah perubatan warisan Islam melalui buku, " Allah Doktorku, Wahyu Ubat Penyakitku". Buku ini sangat wajar dimiliki kerana :

      • Menekankan penyembuhan penyakit luaran dan dalaman, jasmani dan rohani.
      • Membantu masyarakat mengamalkan perubatan Islam dengan panduan al-Quran dan hadis.
      • Sarat dengan doa dan petua bagi penyembuhan penyakit
      • Memberikan penghayatan dan motivasi agar turut merawat iman di dalam hati.

      Semoga buku ini membawa sebanyak mungkin manfaat dan pedoman buat kita bersama. Setiap orang daripada kita ingingkan kesihatan di dunia ini. Maka janganlah kita lupa bagaimanakah "kesihatan" kita di Akhirat nanti. 

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan