Kategori Buku (sila tekan)

Penerbit -

    • Gambar : HAZAL HABIB-INI KEKASIHKU MUHAMMAD BIN ABDULLAH
    • Nama : HAZAL HABIB-INI KEKASIHKU MUHAMMAD BIN ABDULLAH
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR10.00
    • Penerangan :

      HAZAL HABIB- INI KEKASIHKU MUHAMMAD BIN ABDULLAH

      Tidak dapat dinafikan Muhammad SAW adalah seorang insan yang mempunyai latar belakang yang cukup indah lagi sempurna. Kisah hidupnya begitu unik, kisah yang penuh dramatis dan puitis. Kisah ini membuatkan orang yang membacanya terpukau dan teruja, membuatkan sasterawan hanyut dan karam dilautan pujangga dan para sejarawan bagaikan mati hidup semula.

      Buku Hazal Habib - Ini Kekasihku yang berada di tangan pembaca ini bakal merungkai  1001 persoalan negatif dan fitnah yang dilemparkan kepada junjungan besar kita, Muhammad SAW yang merupakan utusan Allah SWT, penutup segala nabi dan pemimpin orang beriman.

      Baginda adalah tauladan sepanjang zaman dan tidak boleh disanggah akan kesucian dan kemuliaan dirinya. Segala fitnah yang dilemparkan oleh Yahudi Barat hanyalah momokan yang bakal dibalas dengan balasan yang setimpal oleh Allah SWT.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : MEMBURU DARJAT WANITA SOLEHAH
    • Nama : MEMBURU DARJAT WANITA SOLEHAH
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR29.00
    • Penerangan :

      MEMBURU DARJAT WANITA SOLEHAH

      Buku Memburu Darjat Wanita Solehah adalah sebuah buku panduan bagaimana untuk menjadi wanita yang patuh kepada agama. Ia mencakupi reformasi empat aspek penting yang sangat berkait rapat dengan keimanan seorang Islam, iaitu aspek akidah, ibadah, rumahtangga dan akhlak.

      Mengapakah seseorang wanita itu perlu menjadi wanita solehah ? Ini adalah kerana, wanita Islam memang menjadi sasaran musuh Islam sejak dahulu sampai sekarang. Usaha-usaha penyesatan terhadap wanita Muslim adalah bagi menghancurkan Islam menerusi jalan akidah Islamiah dan keluarga Islam.

      Wanita Islam perlu melengkapkan diri dengan ilmu Islam. Hanya wanita solehah yang akan mampu menangkis serangan dan godaan para musuh.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : MENITI SAKARATUL MAUT
    • Nama : MENITI SAKARATUL MAUT
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR13.00
    • Penerangan :

      MENITI SAKARATUL MAUT 

      Setiap orang pasti akan melalui detik-detik sakaratul maut.

      • Bagaimanakah para nabi, khalifah dan orang soleh memalui detik-detik ini ?
      • Apakah yang diucapkan pada akhir nafas mereka ?
      • Apa yang perlu dilakukan oleh ahli keluarga kepada insan yang sedang sakaratul maut ?
      • Bolehkah kita bersedih apabila orang yang disayangi meninggal dunia ?
      • Adakah kita akan berbaik sangka kepada Allah pada ketika ini ?

      'Kematian pasti akan tiba...'

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : KURSUS LENGKAP-PERKAHWINAN
    • Nama : KURSUS LENGKAP-PERKAHWINAN
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR21.00
    • Penerangan :

      KURSUS LENGKAP PERKAHWINAN-Adab Dan Bimbingan Menjadi Suami Isteri Berjaya

      Pembentukan rumahtangga adalah satu keperluan dan tuntutan hidup yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan penuh keinsafan, supaya rumahtangga yang bakal dibina sentiasa aman dan sejahtera.

      Allah SWT berfirman :

      " Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan menjadikan-Nya di antara kamu(suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir". (Ar-Rum:21)

      Buku Kursus Lengkap Perkahwinan ini diharapkan dapat membantu generasi muda yang bakal berumahtangga, ataupun mereka yang sudah berumahtangga bagi membina keluarga dan generasi yang bahagia atau keluarga sakinah.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : 100 WASIAT NABI UNTUK WANITA
    • Nama : 100 WASIAT NABI UNTUK WANITA
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR17.00
    • Penerangan :

      100 WASIAT NABI UNTUK WANITA

      Sesungguhnya kaum wanita memiliki tempat yang istimewa dalam islam. Keistimewaan ini diberitahu melalui Rasulullah SAW. Sabda ataupun wasiat baginda ini disampaikan kepada wanita pada sepanjang zaman.

      Antara wasiat baginda adalah :

      • " Janganlah menikahkan janda sebelum meminta pendapatnya dan janganlah menikahkan anak dara sebelum meminta persetujuannya ".
      • " Seorang janda lebih berhak ke atas dirinya berbanding walinya ".
      • " Orang mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik antara kalian adalah yang paling baik perlakuannya kepada perempuan
    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : 12 CARA MENDAPATKAN DOA MALAIKAT
    • Nama : 12 CARA MENDAPATKAN DOA MALAIKAT
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR20.00
    • Penerangan :

      12 CARA MENDAPATKAN DOA MALAIKAT

      Antara isu yang dikupaskan di dalam buku ini adalah :

      • Apakah yang patut kita lakukan bagi mendapatkan doa daripada malaikat ?
      • Bagaimanakan cara malaikat mendoakan kita ?
      • Dimanakah tempat yang disukai malaikat ?
      • Apakah yang membuatkan malaikat menjauhi kita ?

      Setiap persoalan pasti akan terjawab melalui pembacaan dalam buku ini. 

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : WASIAT IBNU QUDAMAH AL MAQDISI
    • Nama : WASIAT IBNU QUDAMAH AL MAQDISI
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR10.00
    • Penerangan :

      WASIAT IBNU QUDAMAH AL MAQDISI - Jalan Lurus Menuju Allah

      Nama sebenar beliau ialah Abu Muhammad, Abdullah bin Ahmad bin Qudamah Al Jamai'li Al Maqdisi Ad Dimasyqi Al Hambali. Beliau seorang ulama mazhab Hambali yang amat faqih dan mempunyai karangan yang masyhur. Dilahirkan di Jama'ili iaitu sebuah perkampungan di kawasan Nablus, Palestin pada tahun 541H bersamaan dengan 1146M dan beliau meninggal dunia pada tahun 620H bersamaan dengan 1223M.

      Beliau merupakan seorang Imam yang diikuti, mujtahid dan syaikul Islam. Beliau menghafaz al-Quran dan menguasainya sebelum usia balighnya. Beliau mengembara menuntut ilmu bersama dengan sepupunya Al Hafiz Abdul Ghani pada tahun 561H di Kota Baghdad. Beliau sempat belajar dengan Syaikh Abdul Qadir Al Jilani di madrasahnya di Baghdad selama 40 hari. Beliau mempunyai ramai guru dan juga mempunyai ramai murid. Antara gurunya yang terkenal ialah Ibnu Jauzi ra.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : SEJARAH KEAJAIBAN GERAK DALAM SOLAT
    • Nama : SEJARAH KEAJAIBAN GERAK DALAM SOLAT
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR15.00
    • Penerangan :

      SEJARAH KEAJAIBAN GERAK DALAM SOLAT

      Buku ini memaparkan sejarah bermulanya kewajiban solat, dari malam kejadian Israk dan Mikraj dan rahsia di sebalik gerakan dan bacaan dalam solat, mengikut panduan al-Quran dan hadis.

      Disini juga dapat kita cungkil rahsia diperintahkan bersolat di awal waktu juga rahsia-rahsia gelombang alam pada setiap masuknya waktu solat.

      Diharapkan buku ini dapat memberikan petunjuk kepada umat Islam bagi mengenal selok belok solat dan memberi fokus dalam menunaikan solat seharian bagi merapatkan hubungan antara hamba dengan Tuhannya.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : TOOLKIT FARDHU AIN
    • Nama : TOOLKIT FARDHU AIN
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR39.00
    • Penerangan :

      TOOLKIT FARDHU AIN

      Toolkit Fardhu Ain adalah panduan fardhu ain yang ringkas. Ilmu fardhu ainmerupakan ilmu yang membincangkan tentang segala amalan-amalan wajib yang dilakuka oleh umat Islam pada setiap masa. Antara topik yang dimuatkan dalam buku ini ialah taharah, najis, istinjak, darah wanita, air manusia,mandi, sunat fitrah, wuduk dan tayamum.

      Segala kandungan yang terdapat dalam buku ini sangat sesuai dibaca oleh semua golongan masyarakat. Gaya bahasa yang mudah dan senang difahami oleh golongan biasa. Dilengkapi juga dengan gambar, jadual dan peta minda bagi memudahkan pembaca memahami segala topik yang dibahaskan.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : BILIK-BILIK CINTA MUHAMMAD
    • Nama : BILIK-BILIK CINTA MUHAMMAD
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR27.00
    • Penerangan :

      BILIK-BILIK CINTA MUHAMMAD

      Bagaimanakah kehidupan Nabi Muhammad sehari-harian ?

      Bagaimanakah kehidupan baginda dengan isteri-isterinya ?

      Bagaimana pula pergaulan Nabi Muhammad SAW dengan orang di sekeliling baginda yang lain seperti :

      • Keluarga bapa saudara baginda.
      • Anak-anak baginda dan anak-anak tiri.
      • Para Hamba sahaya.
      • Para jiran tetangga.
      • Para sahabat

      Semua jawapan di atas dapat disemak dalam buku Bilik-Bilik Cinta Muhammad SAW ini. Semoga buku ini dapat menambahkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : ORANG YANG DILAKNAT DALAM SUNAH NABI
    • Nama : ORANG YANG DILAKNAT DALAM SUNAH NABI
    • Kod : Pustaka Azhar
    • Harga : MYR37.00
    • Penerangan :

      ORANG YANG DILAKNAT DALAM SUNAH NABI

      Buku ini membincangkan tentang perbuatan-perbuatan terlaknat yang terkandung dalam hadis-hadis yang sabit daripada Rasulullah SAW. Perbuatan-perbuatan tersebut dapat menjauhkan para pelakunya daripada rahmat Allah SWT.

      Perbuatan-perbuatan tersebut dapat dikesan melalui beberapa ungkapan yang termaktub dalam hadis-hadis Rasulullah. Antaranya adalah, \" Allah melaknat\", \"Rasulullah melaknat\". Laknat Allah baginya\" dan \" Sesungguhnya orang yang melakukan...adalah dilaknat\".

      Setelah melihat kepada bahaya perbuatan-perbuatan tersebut, penulis berasa bertanggungjawab untuk mengingatkan serta menasihati diri sendiri dan saudara-saudara seagama agar tidak terjebak. Inilah bukunya, Orang Yang Dilaknat Dalam Sunah Nabi. 

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan