Kategori Buku (sila tekan)

Penerbit -

    • Gambar : KIT IBADAT:PUASA-PUASA SUNAT
    • Nama : KIT IBADAT:PUASA-PUASA SUNAT
    • Kod : MUSTREAD
    • Harga : MYR15.00
    • Berat : 169.00G
    • Penerangan :

      KIT IBADAT : PUASA-PUASA SUNAT

      Rasulullah SAW amat menggalakkan umatnya untuk berpuasa sunat, sepertimana hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim :

      " Abu Hurairah RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah mewasiatkan kepadanya tiga perkara : perkara pertama adalah berpuasa tiga hari pada setiap bulan, yang kedua mengerjakan solat dhuha dua rakaat dan yang ketiga menunaikan solat witir sebelum tidur." - Riwayat oleh Imam Bukhari dan Muslim.

      Sejajar dengan dorongan daripada Rasulullah SAW yang menyarankan kita berpuasa sunat, buku KIT IBADAT: PUASA-PUASA SUNAT amat bersesuaian untuk dijadikan panduan kepada semua Muslimin dan Muslimat. Buku ini mengandungi hukum-hukum puasa, jenis-jenis puasa, waktu yang diharamkan puasa, hari yang disunatkan, cara perlaksanaan ibadat puasa, hikmah, matlamat dan tujuan berpuasa. Secara amnya, kita mengetahui hikmah berpuasa secara fizikal dapat menyihatkan tubuh badan manakala hikmah berpuasa secara batin adalah mendidik jiwa dengan sifat sabar.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : 7 SUNAH MEMBAWA SYAFAAT
    • Nama : 7 SUNAH MEMBAWA SYAFAAT
    • Kod : MUSTREAD
    • Harga : MYR17.00
    • Berat : 235.00G
    • Penerangan :

      7 SUNAH MEMBAWA SYAFAAT

      " Sesiapa yang menghidupakan satu sunah daripada sunah-sunahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapat pahala  seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun."- Riwayat Ibnu Majah

      Miliki ganjaran di atas dengan cara mengamalkan perkara berikut ;

      • Jika bangun pada malam hari, jangan lupa SOLAT TAHAJUD.
      • Jika diri sihat dan mampu, berusaha untuk BERPUASA SUNAT.
      • Jika berada pada waktu duha, ringankan diri untuk menunaikan SOLAT DUHA.
      • Jika memiliki harta, jangan kedekut untuk BERSEDEKAH.
      • Jika ada masa berselang, basahi lidah dengan BERSELAWAT.
      • Jika ada waktu terluang, isilah aktiviti dengan MEMBACA AL-QURAN.
      • Jika ada kesempatan dan tenaga, tujulah ke masjid untuk SOLAT BERJEMAAH.

      Buku ini membicarakan semua kelebihan yang diperolehi oleh setiap orang yang mengamalkan 7 sunah Rasulullah SAW.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : LOST? AL-QURAN KAN ADA
    • Nama : LOST? AL-QURAN KAN ADA
    • Kod : MUSTREAD
    • Harga : MYR17.00
    • Berat : 184.00G
    • Penerangan :

      LOST? AL-QURAN KAN ADA

      Kadangkala di saat hati sedih, buntu memikirkan masalah kehidupan yang tidak berkesudahan, kita lebih suka mencari keseronokan lain untuk melupakan masalah. Namun, Allah SWT telah menitipkan al-Quran kepada umat-Nya agar kehidupan manusia terpandu dengan baik. Jika terasa diri jauh daripada Tuhan, buka dan bacalah al-Quran. Sayangilah al-Quran melebihi apa yang ada di sekeliling anda, kerana ia kalam Allah.

      Pastikan Al-Quran sentiasa ada.

      Ikuti kisah pengalaman dakwah Ustaz Zamri dan bagaimana beliau mengaitkan setiap kisahnya dengan ayat-ayat al-Quran. Dalam setiap butir pesanannya, terselit mutiara hikmah untuk panduan semua.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : SIPUT YANG MENGUBAH SEJARAH
    • Nama : SIPUT YANG MENGUBAH SEJARAH
    • Kod : MUSTREAD
    • Harga : MYR22.00
    • Berat : 233.00G
    • Penerangan :

      SIPUT YANG MENGUBAH SEJARAH

      " Di sebalik helaian dan perenggan buku ini, saya dapat merasakan seolah-olah penyusunan semula ide-ide yang sering saya kongsikan bersama beliau lewat bicara santai kami di kafe Human Science dan juga siri ceramah saya di youtube. Istimewanya, Syed dapat mengolahkannya dalam bentuk yang lebih menarik dengan mengaitkannya dengan ilmu-ilmu yang beliau miliki.- Dr.Maszlee Malik, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

      "Penulis buku ini berjaya menjadikan sejarah sebagai subjek yang menarik perhatian hasil daripada penulisannya yang santai kritis."- Ustaz Abdullah Bukhari, Penulis buku Ceritera Haji Wartawan Al-Quran.

      "Membaca buku ini seperti membaca pemikiran-pemikiran yang mengubah umat manusia, termasuklah kita."- Saudara Hafizul Faiz, Penulis Novel Surat-Surat Dari Maninjau.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : KEMBALI BERTUHAN
    • Nama : KEMBALI BERTUHAN
    • Kod : MUSTREAD
    • Harga : MYR19.00
    • Berat : 267.00G
    • Penerangan :

      KEMBALI BERTUHAN - KERANA CINTA, AKU KEMBALI

      Bilakah kali terakhir kita menangis kerana Tuhan? 

      Buku ini merungkai satu per satu kasih sayang Tuhan supaya rasa cinta kepada-Nya itu hadir dan mekar. Mudah-mudahan pada akhirnya kita akan sedar dan insaf untuk kembali bertuhan, bukan sekadar agama.

      "Jika engkau datang kepadaku dengan membawa dosa-dosa yang hampir memenuhi bumi kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun, nescaya Aku datang kepadamu dengan memberikan ampunan sepenuh bumi".- Riwayat Tirmizi

      Sudahkah anda bersedia untuk kembali bertuhan?

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : MAT CLEANER UK
    • Nama : MAT CLEANER UK
    • Kod : MUSTREAD
    • Harga : MYR20.00
    • Berat : 158.00G
    • Penerangan :

      MAT CLEANER UK - AWAS! TUKANG CUCI SEDANG......

      Ada orang yang jadi tukang cuci sebab pilihan sendiri. Ada orang memang tak ada pilihan, sekadar itu saja kebolehan mereka. Bukan semua orang boleh cuci najis dan kotoran orang lain, tapi tukang cuci dah lalui itu semua. Mereka dah mudahkan kerja kita. Mereka kotorkan tangan supaya tangan kita sendiri tidak kotor.

      Ini semua kita perlu hargai.

      Kerja sebagai tukang cuci ini memang penat. Kotor. Busuk. Tapi apabila kami berjumpa dengan pelanggan dan tetamu yang melayan kita seperti manusia, penat lelah kami itu seolah-olah hilang ditiup angin.

      Ya, kami tukang cuci ini juga manusia. Ada hati dan perasaan. Ada masa kami tertekan, ada masa kami sedih, ada masa kami terluka.

      Sama seperti pekerja kolar putih, kami juga ada tugasan yang perlu disiapkan dalam masa tertentu. Jadi kalau ada pelanggan yang baik hati membantu memudahkan kerja kami, alangkah gembiranya kami.

      Terima kasih pelanggan yang baik hati.

      Terima kasih kerana melayan kami seperti manusia.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : APA JADINYA HIDUP TANPA ISLAM
    • Nama : APA JADINYA HIDUP TANPA ISLAM
    • Kod : MUSTREAD
    • Harga : MYR14.00
    • Berat : 172.00G
    • Penerangan :

      APA JADINYA HIDUP TANPA ISLAM

      Kita sedang hidup di dunia yang dicengkam kezaliman, dibelenggu penindasan, dicemari ketidakadilan, bahkan wang menjadi nadi dan raja dalam hati insan. Sedarkah kita, virus apa yang sedang melanda ini? Tahukah kita, dunia yang kita diami ini pernah sebegitu gah di bawah acuan Islam, namun kegemilangan Islam dijatuhkan oleh tangan-tangan kotot yang tidak suka melihat Islam bangkit. Mengapa ia berlaku? Mari kita lihat sendiri :

      • Mengapa Yahudi suka apabila agama Islam dipisahkan daripada pentadbiran?
      • Agama Kristian juga pernah disatukan dalam pentadbiran, namun akhirnya dipisahkan. Apa puncanya?
      • Mengapa syariat Islam dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW diperakui oleh pakar-pakar dari Barat? Apa istimewaannya Islam yang tiada pada agama lain?
      • Hanya kerana menentang kepimpinan yang zalim, lidah mereka dipotong dan mereka dibakar hidup-hidup. Siapa mereka ini ?
      • Seribu orang mati dibunuh dalam masa satu malam, dan 9 juta orang menderita terkorban dalam tempoh lima abad. Inikah natijahnya hidup tidak berlandaskan Islam?  
    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : REBEL DENGAN TUHAN
    • Nama : REBEL DENGAN TUHAN
    • Kod : MUSTREAD
    • Harga : MYR22.00
    • Berat : 194.00G
    • Penerangan :

      REBEL DENGAN TUHAN

      "Kau ingat Allah tu macam manusia? Bila kau rebel, akan dapat perhatian? Bila kau buat kecoh, akan dapat apa yang kau inginkan?"

      Apabila kita peroleh kejayaan, kita sangka kejayaan itu daripada hasil usaha kita. Kita begitu bangga atas kejayaan kita. Namun apabila Tuhan tarik kejayaan itu, kita marah kepada Tuhan. Begitulah manusia. Dia hanya ingat dirinya sahaja, dab begitu senang melupakan Si Pemberi Nikmat.

      Rebel Dengan Tuhan bunyinya agak canggung. Contohnya, jika dahulu dirinya selalusolat berjemaah, kini dia tidak lagi mahu ke masjid atau surau untuk solat berjemaah. Dia rebel dengan Tuhan. Dia seolah-olah ingin menunjukkan rajuknya kepada Tuhan. Dia benar-benar tenggelam dalam kefahaman dan keyakinan akidah yang tidak kena.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : AURAT DI BAWAH BUMBUNG
    • Nama : AURAT DI BAWAH BUMBUNG
    • Kod : MUSTREAD
    • Harga : MYR18.00
    • Berat : 201.00G
    • Penerangan :

      AURAT DI BAWAH BUMBUNG

      Kita sering kali terlepas pandang batas aurat dalam kalangan keluarga, sedangkan ia amat penting demi menjaga maruah diri dan keluarga. Penjagaan aurat bukan sahaja bermula apabila kita melangkah keluar dari rumah, malah ia bermula dari dalam rumah. Semak kembali pergaulan kita sesama ahli keluarga. 

      Adakah kita boleh bersalaman dengan sepupu? Dua pupu? Atau dengan bapa saudara?

      Antara topik menarik dalam buku ini :

      • Siapa mahram saya?
      • Boleh kita bersalaman?
      • Lesen bertunang
      • Ketahui pergaulan lelaki dengan wanita ajnabi
      • Kisah viral menantu tidak mahu tidur di rumah mertua!

      Gula-gula. Selagi mana ia masih berbalut, ia akan tetap terpelihara dan boleh dimakan. Tetapi sebaik sahaja ia terbuka dan gula-gula itu jatuh ke tanah, ia tidak lagi akan di makan. Begitulah perumpamaan penjagaan aurat dan tatasusila sebagai Muslim.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : RINGKASAN RIYADHUS SHALIHIN
    • Nama : RINGKASAN RIYADHUS SHALIHIN
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR50.00
    • Berat : 1.024KG
    • Penerangan :

      RINGKASAN RIYADHUS  SHALIHIN - IMAM AN NAWAWI

      Riyadhus Shalihin yang bermaksud Taman-Taman Golongan Solihin ialah kumpulan hadis  yang disusun oleh tokoh ulama besar antarabangsa bermazhab Syafi'i iaitu Imam al-Hafiz Sheikhul Islam Muhyiddin Abu Zakariya Yahya yang kita kenali sebagai Imam an-Nawawi. Kitab ini layak menjadi rujukan dan kajian umat Islam seluruh dunia.

      Kisah asal Riyadhus Shalihin telah diringkaskan oleh seorang ulama terkenal, Syeikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani dan dinamakan TAHZIB AN-NUFUS FI TARTIB AD-DURUS.

      Kitab ini mengandungi ayat al-Quran dan hanya kumpulan hadis sahih dan hasan yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim sahaja. Susunannya merangkumi hal-hal perundangan dalam agama yang membicarakan masalah akidah, syariah dan akhlak.

      Antara kandungan RINGKASAN RIYADHUS SHALIHIN ialah :

      • Akidah dan ilmu
      • Solat, puasa, zakat, haji dan ibadah-ibadah lain
      • Adab yang bersifat lahiriah dan batiniah
      • Pemberi semangat (targhib) dan amaran (tarhib)
      • Perbahasan mengenai zuhud & warak
      • Pendidikan keluarga
      • Penyucian hati dan ubatnya
      • Pemeliharaan anggota tubuh badan
      • Kepemimpinan
      • Jihad
    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : ANGGUK GELENG
    • Nama : ANGGUK GELENG
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR22.00
    • Berat : 363.00G
    • Penerangan :

      ANGGUK GELENG - Himpunan Kisah Dakwah Satira

      Manusia tidak suka digesa apalagi dipaksa. Alpanya tidak boleh dikejutkan dengan kasar. Egonya tidak boleh diterjah dengan bersemuka. Manusia suka dipujuk, dibelai dan diajak kepada kebaikan degan lunak dan kasih-sayang. Biar dia tidak sedar betapa hati, fikiran dan emosinya "diundang" ke daerah kebaikan menerusi pendekatan yang mudah, ceria malah tidak menekan. Inilah eksplorasi yang penuh aspirasi di sebalik pembikinan buku ini.

      " Jangan ada tekanan. Usah ada yang dipersendakan. Buku ini, insya-Allah akan menyebabkan kita rasa bersalah tanpa dipersalahkan."

      Buku ini wajar dimiliki oleh segenap lapisan masyarakat kerana :

      • Memaparkan kisah-kisah yang dapat memberi kesedaran jiwa dan minda ;
      • Paparan kisah dalam keadaan yang bersahaja tetapi mampu membuat kita mengangguk-mengeyakan kebenaran.
      • Paparan kisah yang mampu menyentak kotak fikiran sehingga kita menggeleng - mengakui kita sebahagian daripada kisah yang dipersembahkan, dan
      • Menyajikan kisah-kisah yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan seharian.
    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : MAGNET AKHIRAT
    • Nama : MAGNET AKHIRAT
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR20.00
    • Berat : 162.00G
    • Penerangan :

      MAGNET AKHIRAT - Inspirasi Dari Surah Al-Waqiah

      Halaman 12 : - Apakah nama-nama lain bagi hari kiamat seperti yang disebutkan dalam al-Quran ?

      Halaman 42 :- Antara tiga golongan utama yang dibangkitkan pada hari kiamat kelak, golongan manakah yang paling afdal ?

      Halaman 46 :- Siapakah golongan  VVIP syurga dan apakah nikmat-nikmat yang bakal diperoleh oleh mereka ?

      Halaman 72 :- Bagaimanakah gambaran golongan pertaman yang memasuki syurga ?

      Halaman 84 :- Bagaimanakah tempat teduhan golongan kiri ? Adakah tempat teduhan ini selesa atau penuh seksaan ? 

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : SOLAT SUNAT PILIHAN
    • Nama : SOLAT SUNAT PILIHAN
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR19.90
    • Berat : 267.00G
    • Penerangan :

      SOLAT SUNAT PILIHAN

      Mengapa di akhirat nanti ada orang yang masuk syurga tetapi masih menyesal ? Inilah hakikat yang dialami oleh orang yang masuk syurga apabila melihat kelebihan orang lain. Kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh orang lain itu bukan disebabkan amalan fardu, tetapi hanyalah amalan-amalan sunat. Mereka amat menyesal kerana di dunia dahulu kurang melakukan amalan sunat berbanding orang yang mendapat kelebihan kerana amalan sunat mereka.

      Sebab itulah dikatakan bahawa solat sunat ada kaitan dengan darjat kedudukan seseorang di akhirat nanti. Tidak hairan para sahabat begitu fanatik mengikut jejak Rasulullah s.a.w dalam mengamalkan solat sunat. Setiap solat sunat yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w tetap akan mereka ikuti kerana yakin dengan sabda Rasulullah tentang keistimewaan dan kelebihannya.

      Solat Sunat pilihan menampilkan solat-solat sunat yang menjadi amalan rutin Rasulullah s.a.w setiap hari. Lengkap dengan dalil keterangan Rasulullah s.a.w tentang keistimewaan dan kelebihan setiap satu solat. Sebagai panduan dan bimbingan, disertakan kaifiat melaksanakan solat-solat tersebut.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : FIQH WANITA
    • Nama : FIQH WANITA
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR28.00
    • Berat : 384.00G
    • Penerangan :

      FIQH WANITA

      "Islam memuliakan wanita laksana raja yang mencintai ratunya, ibu yang menyayangi anaknya, dan Tuhan yang mengasihi hamba-Nya."

      ***

      Antara yang menarik di dalam :

      1. Imam al-Qaradhawi ada menyebut beberapa syarat untuk wanita bekerja, apakah syarat tersebut? m/s 236
      2. Menuntut ilmu dan menziarahi orang sakit adalah antara aktiviti Muslimah pada zaman Nabi saw. Apakah aktiviti lain yang dilakukan oleh wanita pada zaman nabi saw ?m/s 200
      3. Fuqaha telah berbeza pendapat dalam hukum mengkhatan wanita. Apakah sebenarnya hukum khatan terhadap wanita?m/s 24
      4. Apakah hukum mempercepat dan memperlambat pengeluaran darah haid? Apakah pula implikasi daripada perbuatan ini?m/s 80
    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : MAKKAH AL-MUKARRAMAH
    • Nama : MAKKAH AL-MUKARRAMAH
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR30.00
    • Berat : 380.00G
    • Penerangan :

      MAKKAH AL-MUKARRAMAH - Kelebihan Dan Sejarah

      ***

      Apabila tiba di Marwah pada kali terakhir, Hajar terdengar seakan-akan bunyi suara, lalu beliau mendiamkan diri dan memasang telinga dengan teliti. Beliau mendengar bunyi suatu suara yang berkata kepadanya, " Aku telah mendengar suara kamu. Adakah kamu mempunyai sesuatu untuk menolongku ?". - Siapakah yang berkata-kata itu? ketahuinya di halaman 49.

      ***

      Ibrahim lalu berpesan, " Apabila suami kamu pulang, sampaikan salamku kepadanya dan beritahu kepadanya supaya menukar mabang pintu rumahnya." - Apakah maksud kata-kata Nabi Ibrahim ini? Ketahuinya di halaman 52.

      ***

      Ibrahim lalu berkata " Wahai Ismail! Allah telah menurunkan perintah-Nya terhadapku." Kata Ismail, "Tunaikanlah apa yang telah diperintahkan oleh Tuhanmu." Ibrahim bertanya, "Adakah kamu akan menolongku?" Ismail menjawab, " Aku akan menolongmu." - Apakah yang telah diperintahkan kepada Nabi Ibrahim? Ketahuinya di halaman 54.


    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : SOAL JAWAB A-Z TENTANG MUNAKAHAT
    • Nama : SOAL JAWAB A-Z TENTANG MUNAKAHAT
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR30.00
    • Berat : 522.00G
    • Penerangan :

      SOAL JAWAB A-Z TENTANG MUNAKAHAT - Tapi Anda Tiada Tempat Untuk Bertanya

      Buku SOAL JAWAB A-Z TENTANG MUNAKAHAT Tapi Anda Tiada Tempat Untuk Bertanya... ini berkisar tentang soal jawab munakahat yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Turut disertakan penerangan yang mudah di fahami, terperinci, dan menyeluruh.

      Kepada calon-calon suami isteri, buku ini amat sesuai untuk dimiliki sebagai mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan agar bahtera yang dinaiki, tidak terpesong dari arah tujuan yang sebenar walaupun dilanda badai atau karam di tengah lautan.

      ' Diharapkan buku yang disampaikan dalam bentuk soal jawab yang mudah difahami ini mendatangkan manfaat yang besar kepada seluruh umat Islam'.

      Jadikanlah buku ini sebagai bahan bacaan dan rujukan serta bahan kuliah untuk di baca selepas solat berjemaah atau di dalam usrah dan tazkirah keluarga. Buku ini juga amat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah majlis pertunangan, perkahwinan dan hari ulang tahu.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : MADINAH MUNAWWARAH - Kelebihan Dan Sejarah
    • Nama : MADINAH MUNAWWARAH - Kelebihan Dan Sejarah
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR30.00
    • Berat : 422.00G
    • Penerangan :

      MADINAH MUNAWWARAH - Kelebihan Dan Sejarah

      Buku ini mendalami sejarah asal-usul dan ketamadunan pembinaan pusat perkembangan agama Islam. Di samping itu pembaca juga dapat mencungkil hikmah yang terdapat di sebalik kewujudan bandar istimewa ini. Jadi sebelum para jemaah merancang atau bercita-cita untuk mengerjakan ibadah haji atau umrah, ambillah masa untuk meneliti dan membaca buku ini bagi menyelami hikmah dan kepentingan Madinah di sisi Islam.

      Gambar rajah, peta dan gambar disertakan sebagai panduan dan maklumat berguna buat pembaca. Semua fakta lengkap dengan dalil daripada al-Quran dan hadis sahih.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : SOAL JAWAB REMEH TEMEH TENTANG BERSUCI-TAHARAH
    • Nama : SOAL JAWAB REMEH TEMEH TENTANG BERSUCI-TAHARAH
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR20.00
    • Berat : 283.00G
    • Penerangan :

      SOAL JAWAB REMEH TEMEH TENTANG BERSUCI - TAHARAH

      Buku ini memberi jawapan kepada pelbagai persoalan remeh-temeh berkaitan BERSUCI (TAHARAH) yang kadang-kadang anda malu bertanya. Persoalan boleh dibahagikan kepada 4 skop :

      1. Perkara kontroversi dalam masyarakat. Najis, anjing, khinzir, alkohol dan arak.
      2. Perkara berkaitan ibadah. Jenis air, cara beristinjak, wuduk dan cara mandi khususnya mandi wajib.
      3. Perkara yang jarang-jarang didengar. Khuf, tayamum dan bersuci bagi orang sakit.
      4. Perkara yang memalukan. Air mani, air mazi, air wadi, haid, nifas, wiladah dan berkhatan.

      Kadang-kadang anda tidak terfikir bahawa perkara remeh temeh ini boleh membelenggu amal ibadah anda. Sahkah amal ibadah yang anda lakukan ? Mengapa orang memberi jawapan yang berlainan setiap kali anda bertanya ? Dapatkan jawapan sebenar.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan
    • Gambar : NABI KHIDIR - Di Sebalik Tabir Laduni
    • Nama : NABI KHIDIR - Di Sebalik Tabir Laduni
    • Kod : Telaga Biru
    • Harga : MYR23.00
    • Berat : 287.00G
    • Penerangan :

      NABI KHIDIR - Di Sebalik Tabir Laduni

      Kisah Nabi Musa as dan Nabi Khidir as diceritakan dalam al-Quran melalui surah al-Kahfi, ayat 60-82. Dalam surah al-Kahfi terdapat kisah pertemuan dan pengembaraan antara kedua-dua nabi Allah ini. Dalam pengembaraan tersebut, nabi Musa mendapati tindakan-tindakan Nabi Khidir as menyalahi syariat sebagaimana yang diturunkan oleh Allah kepadanya. Justeru bantahan demi bantahan yang dikemukakan oleh Nabi Musa as terhadap Nabi Khidir as, maka Nabi Khidir as memutuskan untuk mengakhiri pertemuan mereka setelah baginda menceritakan segala yang tersirat di sebalik tindakan-tindakannya itu. 

      Ironinya, kisah pertemuan ini telah dieksploitasi oleh sesetengah golongan yang mendakwa berfahaman sufi. Maka menjelmalah pelbagai versi cerita tentang dakwaan-dakwaan pertemuan orang tertentu dengan Nabi Khidir as. Malah golongan ini mendakwa agama yang diturunkan Allah ini terbahagi kepada zahir & batin. Implikasinya, para wali dianggap tidak terikat kepada syariat Allah dan boleh melakukan apa jua tindakan yang zahirnya dilihat menyalahi syariat namun hakikatnya betul.

      " Sedangkan Nabi Musa as belajar dengan Nabi Khidir as, sudah tentu kita di akhir zaman ini juga perlu belajar dan mengambil iktibar daripada sejarah hidup Nabi Khidir.

    • Tambah Pesanan
    • Butiran
    • Pertanyaan